Mount Kinabalu International Climbathon – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Oct 2024 02:01:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mount Kinabalu International Climbathon – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Safrey Sumping kembali beri saingan pada Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Ahad ini https://sabahmedia.com/2024/10/04/safrey-sumping-kembali-beri-saingan-pada-climbathon-antarabangsa-gunung-kinabalu-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2024/10/04/safrey-sumping-kembali-beri-saingan-pada-climbathon-antarabangsa-gunung-kinabalu-ahad-ini/#respond Fri, 04 Oct 2024 02:01:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61659
Read Time:1 Minute, 56 Second

Kota Kinabalu : Pelari tempatan, Safrey Sumping kembali memberi saingan pada Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Ke-31 yang akan diadakan di Kundasang, Ahad ini.

Safrey yang sebelum ini berjaya menjuarai kategori Lelaki Elit dua tahun berturut-turut pada 2016 dan 2017 sebelum pertandingan itu dihentikan pada 2018.

Pada edisi kali ini, Safrey akan bersaing dalam kategori Lelaki Veteran bersama pemenang tempat ketiga Lelaki Elit pada 2017, Daved Simpat selain mendapat saingan bersama Sapirin Sumping yang menduduki tempat kelima bagi Lelaki Elit pada 2016.

Selain itu, bagi kategori Lelaki Elit tahun ini, pemenang tempat keempat pada tahun 2017 kategori sama Walter Herman dan keenam pada 2016 turut kembali bersaing pada pertandingan larian kali ini.

Turut bertanding ialah Roger Herman dari Malaysia, yang menduduki tempat ketujuh pada 2016 dan 2017 bagi kategori sama turut memberi saingan kepada peserta lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Julinus Jeffery Jimit berkata, pihaknya menyatakan kegembiraan apabila menerima penyertaan peserta yang luar biasa selepas tujuh tahun pertandingan ini kembali diadakan.

“Kami menerima sambutan yang luar biasa dan saya ingin memaklumkan bahawa peserta yang menyertai larian ini adalah terdiri 17 buah negara termasuk wakil dari Peru, Amerika Syarikat, Great Britain, Sweden, Hungary, Perancis, dan Poland.

“Kami turut berbesar hati untuk mengalu-alukan peserta dari Australia, China, Poland dan Vietnam selain Perancis, Filipina, Indonesia, Brunei Darussalam dan beberapa negara lain,” katanya.

Seramai 206 peserta mewakili 17 negara akam mengambil bahagian dalam Climbathon kali ini.

Seramai 155 daripada jumlah itu ialah peserta Malaysia dengan 83 orang dari Sabah, diikuti 33 peserta dari Selangor dan 13 orang dari Kuala Lumpur, manakala selebihnya dari negeri lain.

Perlumbaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Elit Lelaki (74 peserta), Elit Wanita (60 peserta) dan Lelaki Veteran seramai 72 peserta.

Ketiga-tiga kategori masing-masing menawarkan hadiah wang tunai RM8,000 untuk juara, diikuti RM6,000 (kedua), RM4,000 (ketiga), RM1,000 (keempat), RM900 (kelima), RM800 (keenam), RM700 (ketujuh), RM600 (kelapan), RM500 (kesembilan) dan RM400 (ke-10).

Secara keseluruhan, perlumbaan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM77,700.

Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu dianjurkan setiap tahun sejak 1987, namun dihentikan seketika sejak 2018, sebelum diadakan semula pada tahun ini.

Perlumbaan membabitkan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu sejauh 13.3 kilometer sebelum turun semula dengan jarak yang sama dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut. – SABAH MEDIA / FOTO SRI PELANCONGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/04/safrey-sumping-kembali-beri-saingan-pada-climbathon-antarabangsa-gunung-kinabalu-ahad-ini/feed/ 0 61659
206 peserta Climbathon bakal ‘takluk’ Gunung Kinabalu Ahad ini https://sabahmedia.com/2024/10/03/206-peserta-climbathon-bakal-takluk-gunung-kinabalu-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2024/10/03/206-peserta-climbathon-bakal-takluk-gunung-kinabalu-ahad-ini/#respond Thu, 03 Oct 2024 09:19:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61634
Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Seramai 206 peserta dari 17 buah negara bakal ‘menakluk’ Gunung Kinabalu pada acara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu yang akan berlangsung di Taman Kinabalu, Kundasang Ahad ini.

Peserta yang menyertai akan bersaing dalam larian pendakian setinggi 4,095 meter menerusi tiga kategori dipertandingkan bagi merebut hadiah wang tunai sehingga RM77,700.

Antara kategori dipertandingkan adalah Lelaki Elit yang disertai 74 peserta; Wanita Elit (60 peserta) dan Lelaki Veteran (72 peserta).

Selepas tujuh tahun tidak diadakan, perlumbaan melibatkan jarak laluan yang mencabar sejauh 26 kilometer itu akan menampilkan beberapa peserta lama dan baru dalam usaha merebut gelaran dan hadiah wang tunai RM8,000 bagi setiap kategori.

Malaysia menjadi antara negara teramai menghantar peserta iaitu seramai 155 orang dan diikutI Brunei (16); Singapura (7); Filipina (4); Perancis dan Jepun masing-masing tiga peserta manakala negara –negara lain menghantar satu hingga dua peserta.

Bagi peserta tempatan, peserta dari Sabah menjadi antara negeri tertinggi menghantar jumlah peserta teramai iaitu seramai 84 orang dan Selangor 33 orang serta Kuala Lumpur (13).

Pada 2017, pelari Sabah Safrey Sumping dan atlet dari Filipina Sandi Menchi Catlona Abahan memenangi gelaran Lelaki dan Wanita Elit untuk dua tahun berturut-turut. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/03/206-peserta-climbathon-bakal-takluk-gunung-kinabalu-ahad-ini/feed/ 0 61634
Mount Kinabalu International Climbathon diadakan semula tahun hadapan https://sabahmedia.com/2023/06/06/mount-kinabalu-international-climbathon-diadakan-semula-tahun-hadapan/ https://sabahmedia.com/2023/06/06/mount-kinabalu-international-climbathon-diadakan-semula-tahun-hadapan/#respond Tue, 06 Jun 2023 10:56:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35859
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUNDASANG: Mount Kinabalu International Climbathon akan diadakan semula pada tahun hadapan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memulakan Program Latihan Simulasi untuk Pasukan 2 daripada 30 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Altitud Tinggi (SAR-HAT) di Timpohon Gate di sini pada Selasa. Pasukan 1 telah berlepas ke lokasi latihan di Panar Laban pada Isnin.

“Hari ini saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kita akan menyambung semula Mount Kinabalu International Climbathon yang dihentikan pada 2017. Semoga kita dapat merealisasikannya pada tahun hadapan selepas Taman-Taman Sabah (di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) telah membuat persediaan yang diperlukan untuk membuka semula laluan pendakian,” katanya.

Menurut Christina, pendakian itu akan menjadi sebahagian daripada siri acara antarabangsa yang akan dianjurkan oleh kementeriannya untuk membawa pelancongan Sabah ke peringkat seterusnya.

Turut dalam perancangan ialah kejohanan golf antarabangsa dan Miss World Malaysia yang telah dipersetujui oleh kementerian untuk menyokong program itu.

Climbathon adalah pertandingan international skyrunning yang diadakan buat pertama kali pada tahun 1987, tetapi telah dihentikan selepas tiga dekad mempromosikan puncak tertinggi Asia Tenggara dan sekitar Taman Kinabalu yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pertama Malaysia oleh UNESCO pada Disember 2000.

Christina turut diiringi Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ir. Mohd Yusrie Abdullah dan Pengarah Taman-Taman Sabah Datuk Dr Maklarin Lakim.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/06/mount-kinabalu-international-climbathon-diadakan-semula-tahun-hadapan/feed/ 0 35859