movak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 26 Aug 2021 09:47:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png movak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PICK : Program Mobilisasi Vaksinasi Mudahkan Penduduk Luar Bandar Terima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-program-mobilisasi-vaksinasi-mudahkan-penduduk-luar-bandar-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-program-mobilisasi-vaksinasi-mudahkan-penduduk-luar-bandar-terima-vaksin/#respond Thu, 26 Aug 2021 10:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5295
Read Time:1 Minute, 20 Second

LAHAD DATU : Pelaksanaan Program Mobilisasi Vaksinasi COVID-19 (MOVAK) yang dilaksanakan di negeri ini amat memudahkan penduduk dari kawasan terpencil dan jauh untuk hadir mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama Mizma Appehdullah berkata, faktor logistik turut menghadkan pergerakan penduduk untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

“Saya amat mengakui program vaksinasi terutama kepada masyarakat di kawasan terpencil luar bandar seperti di kawasan Segama ini amat sukar dilaksanakan.

“Namun, berkat kerjasama dan semua pihak membantu kelompok ini agar tidak tercicir daripada menerima vaksin, kita dapat melaksanakan tanggungjawab ini sehabis baik.

“Semua ini adalah bukti komitmen kita di pihak UPPM, juga pentadbiran negeri dan kerajaan Pusat bahawa tidak ada yang akan terlepas pandang dalam program vaksinasi ini dan kita juga akan terus fokus memastikan program ini mencapai sasaran yang kita tetapkan,” katanya selepas menghadiri Program MOVAK di Sekolah Kebangsaan (SK) Tawaiyari baru-baru ini.

Mizma turut meminta orang ramai yang belum divaksin agar memanfaatkan sepenuhnya peluang seumpama itu sebagai satu usaha pencegahan mengurangkan risiko jangkitan dan penularan COVID-19.

“Ini adalah tanggungjawab kita semua untuk melindungi diri dan masyarakat sekeliling daripada bahaya Covid-19.

“Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan program ini berjalan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Kita akan meneruskan program ini di setiap lokaliti agar semua rakyat mendapat manfaat,” katanya.

Sehingga kini, katanya kawasan DUN Segama merekodkan seramai 77,671 orang atau 42.5 peratus daripada penduduk kawasan itu sudah menerima suntikan dos pertama, manakala 50,345 (27.5 peratus) selesai melengkapkan dua dos suntikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-program-mobilisasi-vaksinasi-mudahkan-penduduk-luar-bandar-terima-vaksin/feed/ 0 5295
PICK : Lebih 20 Program MOVAK Akan Dilaksana, Sasar Penduduk Luar Bandar Terima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/07/17/pick-lebih-20-program-movak-akan-dilaksana-sasar-penduduk-luar-bandar-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/07/17/pick-lebih-20-program-movak-akan-dilaksana-sasar-penduduk-luar-bandar-terima-vaksin/#respond Sat, 17 Jul 2021 10:07:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3161
Read Time:1 Minute, 17 Second

RANAU : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan melaksanakan lebih 20 program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di negeri ini yang mensasarkan kepada penduduk luar bandar dalam pemberian vaksin.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata, program inisiatif Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Sabah itu telah mula dilaksanakan sejak 21 Jun lalu.

“Sebelum ini kita telah melaksanakan tujuh program jangkauan luar (outreach) di seluruh Sabah dan akan diteruskan ke daerah lain.

“Kita jangkakan akan ada lebih 20 lagi program MOVAK bakal dilaksanakan di negeri ini. Program ini mensasarkan golongan penduduk di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kampung Bongkud, Ranau bersempena program MOVAK, disini hari ini.

Hadir sama, Pembantu kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan turut berkesempatan mengadakan lawatan ke PPV Dewan Masyarakat Ranau.

Shahelmey berkata, menerusi program ini, Komuniti Rukun Tetangga (KRT) membantu dalam usaha mobilisasi penduduk luar bandar untuk mendapatkan vaksin di PPV yang dikenalpasti.

Katanya, pelaksanaan MOVAK di Kampung Bongkud berjaya memberi vaksin kepada 480 penerima.

“Setakat ini, Program outreach di negeri Sabah sudah mencapai kira-kira 30,000 penerima vaksin setakat ini.  Kita difahamkan bulan ini Sabah akan menerima vaksin sebanyak 1 juta dos dan ia akan sampai secara berperingkat setiap minggu dan akan ditambah lagi pada bulan Ogos, September dan Oktober.

“Jadi kita menjangkakan Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) negeri ini akan mencapai imuniti kelompok menjelang November ataupun sekitar awal Disember tahun ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/17/pick-lebih-20-program-movak-akan-dilaksana-sasar-penduduk-luar-bandar-terima-vaksin/feed/ 0 3161