Moyog – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Nov 2025 08:07:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Moyog – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isu jalan rosak dan balai raya uzur dominasi suara penduduk Moyog — Joeynodd https://sabahmedia.com/2025/11/24/isu-jalan-rosak-dan-balai-raya-uzur-dominasi-suara-penduduk-moyog-joeynodd/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/isu-jalan-rosak-dan-balai-raya-uzur-dominasi-suara-penduduk-moyog-joeynodd/#respond Mon, 24 Nov 2025 08:07:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86900
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Florieta Diet

PENAMPANG: Masalah jalan kampung rosak, lampu jalan tidak berfungsi, serta balai raya uzur menjadi antara isu utama yang dibangkitkan penduduk Moyog sepanjang minggu pertama tempoh berkempen, kata calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Ir Ts Joeynodd Bansin.

Menurut beliau, sepanjang turun padang dari Kampung Togudon sehingga Kampung Sugud, penduduk menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan prasarana asas yang semakin merosot dan memerlukan perhatian segera.

“Banyak kampung mengadu jalan raya mereka rosak teruk. Ada juga kawasan yang gelap pada waktu malam kerana lampu jalan sudah lama tidak diselenggara atau tidak dipasang langsung. Selain itu, banyak balai raya berada dalam keadaan tidak terjaga, lampu rosak, pintu pecah dan tidak sesuai digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah di Hotel Majulan, di sini, hari ini.

Joeynodd berkata, isu tersebut akan menjadi keutamaannya sekiranya diberi mandat oleh pengundi pada PRU DU Sabah ke-17.

“Saya sudah jelaskan kepada penduduk…bantulah saya pada hari mengundi. Jika diberi peluang, saya akan pastikan semua permintaan itu dilaksanakan. Ini komitmen saya kepada rakyat Moyog,” katanya.

Mengulas sentimen “tolak GRS” yang tular di media sosial, Joeynodd menegaskan bahawa gerakan itu tidak menggambarkan suasana sebenar di lapangan, sebaliknya hanya cubaan pihak tertentu memainkan isu politik.

“GRS adalah gabungan parti lokal, PGRS, PBS, USNO, LDP PCS dan Parti Harapan Rakyat Sabah. Jadi tidak ada alasan untuk menolak GRS kerana semua komponen memahami keperluan rakyat Sabah. Bagi saya, seruan di media sosial itu hanyalah propaganda kerana mereka tidak dapat menyerang prestasi GRS,” katanya.

Beliau berkata kerajaan GRS telah menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat, termasuk bantuan tunai RM1,000 kepada keluarga terjejas banjir baru-baru ini.

“Sebelum ini belum pernah ada bantuan seperti itu. Ini bukti bahawa kerajaan GRS responsif dan bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Joeynodd menyeru pengundi muda Moyog agar memberikan peluang kepada kepimpinan belia membawa perubahan baharu di kawasan berkenaan.

“Saya ada pasukan yang kuat dan anak muda yang bersemangat mahu membantu Moyog. Sudah tiba masanya kita memberi ruang kepada orang muda untuk membuktikan kemampuan mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/isu-jalan-rosak-dan-balai-raya-uzur-dominasi-suara-penduduk-moyog-joeynodd/feed/ 0 86900
Mandat untuk Moyog: Joeynodd garis 9 teras libatkan infrastruktur, kebajikan dan teknologi https://sabahmedia.com/2025/11/20/mandat-untuk-moyog-joeynodd-garis-9-teras-libatkan-infrastruktur-kebajikan-dan-teknologi/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/mandat-untuk-moyog-joeynodd-garis-9-teras-libatkan-infrastruktur-kebajikan-dan-teknologi/#respond Thu, 20 Nov 2025 08:52:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86487
Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh Florieta Diet

PENAMPANG: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Ir Ts Joeynodd Bansin, mengadakan walkabout di pusat komersial Donggongon hari ini sambil mengetengahkan sembilan fokus utama manifestonya bagi memperkukuh pembangunan dan kesejahteraan rakyat Moyog.

Joeynodd yang merupakan Ketua Pergerakan Belia dan Beliawanis Parti Bersatu Sabah (PBS) Moyog, berkata antara keutamaannya ialah penubuhan Jawatankuasa Khas Rakyat bagi setiap projek pembangunan, bertujuan memantau pelaksanaan agar disiapkan mengikut jadual tanpa sebarang kelewatan atau risiko projek terbengkalai.

“Saya turut menekankan isu masalah banjir sebagai isu kritikal di Moyog, dengan komitmen untuk menambah baik sistem penyelenggaraan parit melalui perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Ini termasuk kerja-kerja penyelenggaraan lebih kerap di kawasan berisiko tinggi banjir serta kawasan baharu yang dikenal pasti mudah dinaiki air,” katanya ditemui media semasa walkabout itu.

Selain itu, Joeynodd mahu mengoptimumkan tenaga lestari dan teknologi pintar, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kualiti hidup penduduk.

Dari segi kebajikan, beliau menggariskan inisiatif kebajikan sosial menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat daripada peringkat kanak-kanak, belia, wanita, ibu tunggal dan warga emas supaya tiada kelompok yang terpinggir.

Menyentuh isu kesihatan, beliau menegaskan keperluan menaik taraf klinik dan pusat perubatan sedia ada di Moyog memandangkan pertambahan penduduk. Joeynodd turut memaklumkan terdapat perancangan pembinaan hospital baharu dan berjanji akan memperjuangkan projek itu bersama pihak berkuasa berkaitan.

Sebagai anak muda, Joeynodd turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan usahawan muda, termasuk menyediakan bimbingan dan pasukan sokongan keusahawanan untuk membantu mereka berkembang dan memasuki pasaran dengan lebih berkesan.

“Kita akan bawa pasukan keusahawanan untuk membimbing mereka dan bantu mereka untuk terus maju sehingga mereka berjaya,” tambahnya.

Beliau juga menegaskan komitmen terhadap sokongan komprehensif kepada wanita, khususnya ibu tunggal dan wanita yang berdepan isu kesihatan mental, kerana wanita ialah tunjang yang membentuk peribadi dan masa depan keluarga.

Dalam aspek budaya, Joeynodd mahu memastikan adat dan budaya Kadazan Dusun terus diperkukuh, memandangkan Moyog mempunyai populasi majoriti masyarakat pribumi tersebut.

Beliau menegaskan kepentingan memelihara identiti budaya agar terus diwarisi generasi muda.

Akhir sekali, beliau menekankan potensi besar sektor pertanian dan teknologi moden, khususnya di kawasan Babagon yang terkenal dengan tanaman nanas, lengkuas dan serai.

Joeynodd berjanji menyediakan pasukan untuk membantu petani menguasai teknologi moden serta mempermudah akses terus ke pasaran tanpa melalui orang tengah.

Joeynodd, 36 tahun, berasal dari Kampung Penampang Proper, ingin berkhidmat untuk rakyat Moyog.

Pada penggal lalu, kerusi DUN ini dimenangi oleh pembangkang dan beliau berhasrat membawa teras ini untuk penambahbaikan dan pembangunan di kawasan tersebut di bawah kerajaan sekiranya diberi peluang menjadi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/mandat-untuk-moyog-joeynodd-garis-9-teras-libatkan-infrastruktur-kebajikan-dan-teknologi/feed/ 0 86487
Penduduk kawasan DUN Moyog mahu keperluan asas jadi keutamaan https://sabahmedia.com/2025/10/02/penduduk-kawasan-dun-moyog-mahu-keperluan-asas-jadi-keutamaan/ https://sabahmedia.com/2025/10/02/penduduk-kawasan-dun-moyog-mahu-keperluan-asas-jadi-keutamaan/#respond Thu, 02 Oct 2025 12:56:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82400
Read Time:2 Minute, 10 Second

Oleh Florieta Diet

PENAMPANG: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog mahu seorang wakil rakyat yang benar-benar berdedikasi dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat.

Bagi mereka, pemimpin yang diharapkan ialah seorang yang rajin turun padang, peka dengan keperluan asas masyarakat serta konsisten memperjuangkan isu rakyat.

Bagi salah seorang peniaga tamu di Donggongon, Tanya Lyna Edat, 48, selain wakil rakyat yang komited, peranan akar umbi juga penting dalam memastikan suara masyarakat benar-benar sampai kepada kerajaan.

Ketika ditanya adakah wakil rakyat di Penampang melaksanakan tanggungjawabnya selama lima tahun ini, dia menjawab, “Saya kurang pasti, tetapi Ahli Parlimen kawasan ini memang selalu turun padang dan mesra rakyat,” katanya.

Beliau menambah, rakyat tidak mahu wakil rakyat yang hanya muncul ketika pilihan raya. Sebaliknya, mereka mahu seorang pemimpin yang berdedikasi serta prihatin terhadap masalah rakyat.

Beliau berharap kerajaan pada penggal akan datang memberi perhatian terhadap isu harga barang yang semakin mahal, keadaan jalan raya yang perlu dinaik taraf serta sistem perparitan yang perlu dibaiki.

Pada masa yang sama, Tanya juga berharap kerja-kerja menaik taraf Tamu Donggongon dapat disiapkan dengan segera agar peniaga dapat berniaga dengan lebih selesa, manakala pengunjung pula berpeluang membeli barangan dalam suasana yang lebih baik.

Beliau turut merayu agar pihak berkuasa sentiasa memantau bagi memastikan hanya peniaga tempatan dibenarkan di tamu.

Sementara itu, Jacinta Minol, 45, dari Kampung Togudon, berkata wakil rakyat Parlimen Penampang setakat ini telah menunaikan beberapa janji termasuk pelaksanaan tamu desa dan pemberian geran tanah.

“Saya berharap beliau terus jadi wakil rakyat kami kerana masih ramai lagi yang belum mendapat geran tanah. Dari segi infrastruktur, jalan raya juga perlu diperbaiki. Dalam pilihan raya DUN yang terdekat ini, kami mahu seorang wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk Moyog,” katanya.

Bagi John Quincy, 27, pula, dia tidak nampak banyak perubahan dalam tempoh lima tahun ini.

“Tapi mungkin tidak boleh salahkan sepenuhnya kepada mereka, sebab memang faktor ekonomi dan kesan pandemik Covid-19. Namun begitu, kami mahu seorang pemimpin yang lantang bersuara, sentiasa turun padang dan benar-benar memperjuangkan nasib rakyat. Dalam penggal akan datang, kami mahu bekalan air yang stabil, elektrik yang tidak kerap terputus dan jalan raya yang lebih baik. Kami tidak minta bangunan pencakar langit atau pembangunan mewah. Cukuplah jika keperluan asas diutamakan dahulu,” katanya.

Beliau turut menegaskan kawasan Donggongon sebagai pusat tumpuan Penampang juga memerlukan banyak penambahbaikan.

“Banyak yang perlu diperbaiki, contohnya kawasan pejalan kaki yang tidak rata hingga ada orang tua tersadung. Kemudahan awam seperti tandas juga perlu diberi perhatian. Saya harap wakil rakyat DUN yang menang pada pilihan raya nanti sentiasa turun padang, dengar keluhan dan lihat sendiri apa masalah rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/02/penduduk-kawasan-dun-moyog-mahu-keperluan-asas-jadi-keutamaan/feed/ 0 82400