mpp kemuka cadangan terbaik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Mar 2024 01:43:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mpp kemuka cadangan terbaik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MPP perlu bertindak profesional, kemuka cadangan dan pandangan terbaik https://sabahmedia.com/2024/03/04/mpp-perlu-bertindak-profesional-kemuka-cadangan-dan-pandangan-terbaik/ https://sabahmedia.com/2024/03/04/mpp-perlu-bertindak-profesional-kemuka-cadangan-dan-pandangan-terbaik/#respond Mon, 04 Mar 2024 01:43:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50487
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) perlu bertindak secara profesional dalam kerangka perancangan yang terarah secara strategik.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Dullah Muluk berkata, pimpinan pelajar perlu berupaya mengemukakan cadangan dan pandangan terbaik untuk pengurusan PKK.

“Sebagai pimpinan pelajar, anda sekalian perlulah berupaya mengemukakan cadangan dan pandangan yang konstruktif, bernas, variable dan presentable untuk dipertimbangkan oleh Pihak Pengurusan PKK,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian watikah pelantikan MPP PKK 2024 di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts. Saril Yusop dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Muhammaddin Mohd Jair.

Terdahulu, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel PKK Abdullah Arinin telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PKK bagi lantikan sesi 2024/2025.

Abdullah, 20, mengetuai barisan 32 ahli MPP PKK lain yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab portfolio masing-masing.

“Adalah menjadi hasrat kami untuk dilihat kesinambungan dan kelangsungan kepimpinan yang dinamik yang bakal kami bawa,” katanya.

Tambahnya, kepimpinan mahasiswa bukan sahaja tentang memegang jawatan, tetapi juga mengenai kesediaan untuk memimpin dengan teladan dan membawa impak positif kepada komuniti kampus.

Sementara itu, jawatan Naib Yang Dipertua 1 disandang oleh pelajar jurusan  Diploma Pengurusan Logistik & Rantaian Bekalan, Sharifah Nursyafiqah Syed Alwee manakala Krishna Poobalan pelajar jurusan yang sama selaku Naib Yang Dipertua 2. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/04/mpp-perlu-bertindak-profesional-kemuka-cadangan-dan-pandangan-terbaik/feed/ 0 50487