mpp – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 02 Aug 2024 04:08:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mpp – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 QTSB bayar Yuran Permit Tahunan Struktur Telekomunikasi 2019-2022 berjumlah RM660,500 kepada MPP https://sabahmedia.com/2024/08/02/qtsb-bayar-yuran-permit-tahunan-struktur-telekomunikasi-2019-2022-berjumlah-rm660500-kepada-mpp/ https://sabahmedia.com/2024/08/02/qtsb-bayar-yuran-permit-tahunan-struktur-telekomunikasi-2019-2022-berjumlah-rm660500-kepada-mpp/#respond Fri, 02 Aug 2024 04:03:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58452
Read Time:1 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Majlis Perbandaran Penampang (MPP) telah menerima cek replika berjumlah RM660,500 yang disampaikan oleh Pengerusi Qhazanah Technology Sdn. Bhd. (QTSB), Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari untuk bayaran Yuran Permit Tahunan Struktur Telekomunikasi bagi tempoh 2019 hingga 2022.

QTSB merupakan syarikat yang dilantik sebagai One Stop Agency (OSA) oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelaras permohonan berkaitan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sabah.

Penyerahan cek replika ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Penampang pada 30 Julai lalu.

Dalam majlis penyerahan tersebut, Ahmad Sah menyarankan agar syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi memberi kerjasama untuk mengemukakan setiap permohonan kelulusan permit pembinaan infrastruktur komunikasi baharu dan mengemukakan permohonan pembaharuan permit tahunan melalui OSA untuk tindakan selanjutnya bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain itu, syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi juga digalakkan untuk menyertai program pemutihan bagi infrastruktur sedia ada yang masih belum berdaftar bagi mengelakkan infrastruktur telekomunikasi mereka dianggap struktur haram.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QTSB Mikail S. Abdullah meminta kerjasama semua pihak terutama pemilik Infrastruktur Komunikasi menggunakan platform online yang telah dikuatkuasakan pada 15 Julai lalu untuk memudahkan dan memastikan pengurusan dalam bentuk digital ke atas infrastruktur komunikasi di negeri Sabah dapat diurus tadbir dengan lebih baik dan teratur.

MPP berterima kasih kepada QTSB atas usaha mereka dan berharap kerjasama yang baik ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pemantauan dan pengurusan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sabah.

Majlis ini turut dihadiri Setiausaha Perbandaran, Robert Malangking, Timbalan Setiausaha Perbandaran, Andresia Lojingau, Pengurus QTSB Hermi Pilson, Ketua -Ketua Bahagian dan Kakitangan MPP dan Pegawai QTSB.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/02/qtsb-bayar-yuran-permit-tahunan-struktur-telekomunikasi-2019-2022-berjumlah-rm660500-kepada-mpp/feed/ 0 58452
Francis Chong dilantik Presiden Majlis Perbandaran Penampang https://sabahmedia.com/2024/07/22/francis-chong-dilantik-presiden-majlis-perbandaran-penampang/ https://sabahmedia.com/2024/07/22/francis-chong-dilantik-presiden-majlis-perbandaran-penampang/#respond Mon, 22 Jul 2024 07:44:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57863
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Francis Chong Yu Shing dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP).

Watikah pelantikan Presiden MPP itu disampaikan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada majlis yang diadakan Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Francis Chong akan memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos ini.

Francis Chong, 59, memiliki pengalaman meluas selama 37 tahun dalam sektör perkhidmatan awam. Sebelum menjadi Pegawai Daerah Penampang, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Kudat dan mengetuai daerah kecil sebagai Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong.

Dr. Joachim berharap Francis bersama jentera kerja Majlis Perbandaran Penampang (MPP) akan meningkatkan kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Penampang dan turut menyatakan bahawa MPP mendapat sokongan kuat daripada Kementerian.

MPP dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada bulan Oktober tahun ini.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Timbalan Presiden, Noemi Deyna Johntren; Setiausaha, Robert Malangkig dan Timbalan Setiausaha, Andresia A. Lojingau.

Hadir sama dalam majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Jamili Nais; Timbalan Setiausaha Tetap I, Stanley Chong; Timbalan Setiausaha Tetap II, Faridah Giau; dan Setiausaha Rendah (Pembangunan), Johnny Samson.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/22/francis-chong-dilantik-presiden-majlis-perbandaran-penampang/feed/ 0 57863
138 Peserta Dari 10 Negara Sertai Program Kepimpinan Belia Asia AYLA 2021 UMS https://sabahmedia.com/2021/11/12/138-peserta-dari-10-negara-sertai-program-kepimpinan-belia-asia-ayla-2021-ums/ https://sabahmedia.com/2021/11/12/138-peserta-dari-10-negara-sertai-program-kepimpinan-belia-asia-ayla-2021-ums/#respond Fri, 12 Nov 2021 04:43:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8391
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Seramai 138 peserta dari 10 negara menyertai program kepimpinan belia Asia Youth Leadership Assemblage (AYLA) 2021 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Pengarah AYLA 2021, Low Yee Teng berkata, penganjuran program selama dua hari itu memfokuskan pembangunan daya saing, inovasi, kecerdasan dan kemahiran pengurusan masa untuk melahirkan pemimpin muda di seluruh benua Asia.

“Ia seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals – SDGs) yang diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Antara yang dibincangkan adalah matlamat SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti, SDG 5 (Kesaksamaan Jantina), SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG 7 (Tenaga Berpatutan dan Bersih), SDG 13 (Tindakan Terhadap Iklim), SDG 14 (Kehidupan Dalam Air), SDG 15 (Kehidupan di Darat), and SDG 17 (Kerjasama demi Matlamat),” katanya.

Low Yee Teng berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, program itu diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom membabitkan 18 universiti di Asia.

“Antara negara yang mengambil bahagian termasuklah China, Indonesia, Thailand, India, Kemboja, Filipina, Timor-Leste, Pakistan dan Brunei.

“AYLA 2021 juga menampilkan fasilitator jemputan dari Majlis Belia Komanwel Perwakilan Serantau Asia, Archana Vijai Kumar untuk membincangkan ujian personaliti bagi pemimpin belia.

“Selain itu kita turut menjemput Ketua Pegawai Eksekutif Empowered Living Intentionally Forward Everyday (L.I.F.E) Amerika Syarikat, Kenneth Antoine, untuk mengupas tentang analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman,” jelasnya.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa belia adalah bakal pemimpin yang akan mencorakkan masa depan dunia.

“Justeru, perkembangan kemahiran mereka adalah penting untuk melahirkan pemimpin yang hebat. Penyelesaian masalah, kemahiran interpersonal dan kemahiran kepimpinan adalah aspek yang perlu digilap dan diselaraskan dengan matlamat untuk melahirkan pemimpin global.

“Syabas dan tahniah atas penganjuran AYLA 2021. Saya kagum dengan semua pemimpin dalam acara ini kerana kesanggupan, dedikasi, dan keinginan mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru,” katanya.

Dengan tema Future on Us, program tersebut diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UMS dan rakan strategik RAKUN, sebuah komuniti sosial yang menyebarkan kasih dan kegembiraan, serta mempromosi universiti sebagai rumah kedua kepada pelajar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/12/138-peserta-dari-10-negara-sertai-program-kepimpinan-belia-asia-ayla-2021-ums/feed/ 0 8391