mssd – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 05 Aug 2025 01:09:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mssd – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MSSD Tawau juara keseluruhan Kejohanan Kriket MSS Sabah 2025 https://sabahmedia.com/2025/08/05/mssd-tawau-juara-keseluruhan-kejohanan-kriket-mss-sabah-2025/ https://sabahmedia.com/2025/08/05/mssd-tawau-juara-keseluruhan-kejohanan-kriket-mss-sabah-2025/#respond Tue, 05 Aug 2025 01:09:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78607
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Tawau berjaya mengungguli Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2025 apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan setelah mencatat keputusan cemerlang dalam kategori yang disertai.

Dalam kategori Bawah 12 Tahun (12TKB), MSSD Tawau muncul juara selepas menewaskan pesaing hebat, MSSD Beaufort yang menduduki tempat naib johan, manakala tempat ketiga disandang oleh MSSD Lahad Datu.

Bagi kategori Bawah 18 Tahun (18TKB) pula, MSSD Tawau meneruskan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih naib johan, di belakang juara kategori, MSSD Lahad Datu. Tempat ketiga bagi kategori ini pula dimenangi oleh MSSD Beaufort.

Konsistensi yang ditampilkan oleh MSSD Tawau dalam kedua-dua kategori memberi kelebihan kepada mereka untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan, menewaskan pencabar utama dari Lahad Datu dan Beaufort.

Majlis penutupan kejohanan disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick Membakut.

Arifin ketika ditemui merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort bersama SMK St. Patrick, Membakut atas kejayaan menganjur dan menyelaras program kriket yang telah diamanahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

“Ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memartabatkan sukan kriket sebagai sukan bitara bagi daerah Beaufort. Malah, kita dapat lihat akar pembangunan sudah mula dibina apabila program turut menyasarkan pelajar peringkat sekolah rendah seperti di sekolah rendah,” katanya.

Beliau turut menyifatkan inisiatif tersebut sebagai usaha yang sangat baik dalam melahirkan bakat muda dalam sukan kriket dan berpotensi menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

“Kita berharap kriket bukan sahaja berkembang di peringkat negeri, malah mampu menyumbang kepada kemajuan sukan negara. Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/05/mssd-tawau-juara-keseluruhan-kejohanan-kriket-mss-sabah-2025/feed/ 0 78607
MSSD Kota Kinabalu: Kejohanan gimnastik artistik 2025 serlah bakat muda https://sabahmedia.com/2025/04/23/mssd-kota-kinabalu-kejohanan-gimnastik-artistik-2025-serlah-bakat-muda/ https://sabahmedia.com/2025/04/23/mssd-kota-kinabalu-kejohanan-gimnastik-artistik-2025-serlah-bakat-muda/#respond Wed, 23 Apr 2025 00:54:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72486
Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Aksi lincah dan bertenaga 68 gimnas muda memeriahkan Kejohanan Gimnastik Artistik Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kota Kinabalu 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, sekali gus menyerlahkan potensi besar dalam kalangan atlet pelapis daerah ini.

Selama dua hari, Dewan Gimnastik bergema dengan sorakan dan semangat kesukanan tinggi, menyaksikan pertarungan sengit antara peserta dalam usaha merebut tempat ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS).

Para gimnas kategori bawah 12 dan 15 tahun yang akan mewakili daerah Kota Kinabalu ke MSSS. – Foto ihsan SK Stella Maris

Kejohanan yang berlangsung pada 21 dan 22 April (Isnin dan Selasa) ini dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris dan melibatkan penyertaan daripada 23 buah sekolah rendah dan menengah sekitar Kota Kinabalu.

Pertandingan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Lelaki Bawah 12 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun, Perempuan Bawah 12 Tahun dan Perempuan Bawah 15 Tahun. Acara yang dipertandingkan adalah Palang Bertingkat, Melombol, Senaman Lantai, Batang Titian, Kekuda Berpelana dan Palang Sejajar.

Dalam ucapan alu-aluannya, Guru Besar SK Stella Maris, James Johnny merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk para guru, jurulatih, juri pertandingan dan ibu bapa atas komitmen dalam menjayakan kejohanan ini.

“Saingan MSSD kali ini agak sengit. Setiap gimnas menunjukkan usaha terbaik mereka, dan ini membuktikan adanya potensi besar dalam kalangan atlet muda di Kota Kinabalu yang boleh terus digilap untuk masa depan sukan gimnastik.

“Seramai 24 gimnas telah terpilih mewakili daerah Kota Kinabalu untuk bertanding di peringkat negeri (MSSS) yang dijangka berlangsung bulan hadapan,” katanya, sambil menambah 12 gimnas kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun layak mara secara automatik ke peringkat MSSS.

Beliau turut menekankan pentingnya latihan berterusan serta peranan jurulatih dalam membentuk atlet yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berdisiplin dan konsisten dalam meningkatkan prestasi.

“Ini adalah hasil latihan berterusan dan kesungguhan para gimnas. Pemilihan atlet yang teliti oleh jurulatih serta sokongan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam perkembangan dan kelangsungan latihan atlet,” katanya.

Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) serta Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Menurut James, objektif kejohanan adalah untuk mencungkil bakat dan kebolehan sedia ada dalam kalangan murid, selain memupuk minat terhadap sukan gimnastik di peringkat sekolah.

“Penyertaan pelajar dalam kejohanan ini dapat memupuk semangat kesukanan dan turut menyumbang kepada pemarkahan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),” katanya.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Bunsu Gaga telah hadir bagi merasmikan kejohanan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/23/mssd-kota-kinabalu-kejohanan-gimnastik-artistik-2025-serlah-bakat-muda/feed/ 0 72486
Ambil langkah berjaga-jaga, elak penularan COVID-19 dikalangan atlet – Yakub https://sabahmedia.com/2022/07/30/ambil-langkah-berjaga-jaga-elak-penularan-covid-19-dikalangan-atlet-yakub/ https://sabahmedia.com/2022/07/30/ambil-langkah-berjaga-jaga-elak-penularan-covid-19-dikalangan-atlet-yakub/#respond Sat, 30 Jul 2022 08:59:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=19329
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU : Semua peserta khususnya atlet yang bertanding dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD) Kota Kinabalu diingatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang penganjuran dilaksanakan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ini bagi memastikan tidak ada sebarang insiden penularan COVID-19 dan seterusnya membentuk kluster.

“Saya berharap agar semua peserta dapat memberi pengesahan tahap kesihatan kendiri COVID-19 yang disahkan oleh ibu bapa dan ianya adalah wajib di isi oleh semua setiap atlet yang bertanding.

“Perlu juga diingat dalam kita ghairah mengejar kemenangan, kita jangan lupa keselamatan diri serta semangat kesukanan menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga MSSD Kota Kinabalu 2022 kali ke-54 di Stadium Likas di sini semalam.

Yakub berkata, pandemik COVID-19 yang melanda negara dua tahun lalu memberi banyak pengajaran kepada rakyat termasuk melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). kehilangan nyawa  dan lain-lain insiden.

“Saya berharap semua guru, jurulatih dan atlet akan sedaya upaya memastikan segala prosedur standard operasi (SOP) dan peraturan yang ditetapkan akan dipatuhi dan dihormati,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, sejak pelaksanaan Hari Sukan Negara disambut bermula pada tahun 2015 telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan Keluarga Malaysia yang sihat, aktif dan cergas.

Katanya, Kejohanan Sukan Olahraga Tahun 2022 pada kali ini, dilaksanakan dengan penuh makna, selepas dua tahun tidak dapat melaksanakannya secara bersemuka ekoran pandemik COVID-19.

“Tahniah kepada  Unit Sukan, Sektor Pembangunan Bakat Murid PPD Kota Kinabalu dengan kerjasama  SJKC ST James dan SMK Perempuan Likas yang telah berjaya mengelola bersama Urusetia MSSD KK Induk PPD Kota Kinabalu.

“Kejohanan Sukan Olahraga MSSDKK bagi Tahun 2022 pada kali ini yang berlangsung secara bersemuka merupakan aktiviti tahunan MSS yang mengumpul para atlet dalam kalangan pelajar sekolah di seluruh PPD Kota Kinabalu bagi memilih wakil pasukan MSSD Kota Kinabalu ke Kejohanan Olahraga MSS Sabah yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2022 di Kota Kinabalu.

“MSSD Kota Kinabalu juga telah diberi kepercayaan selaku Pengelola Bersama Sekretariat MSS Sabah untuk  mengelola Kejohanan Olahraga MSS Sabah bagi tahun 2022,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/07/30/ambil-langkah-berjaga-jaga-elak-penularan-covid-19-dikalangan-atlet-yakub/feed/ 0 19329