MSSM Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 Aug 2025 00:48:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png MSSM Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kejayaan MSSM bukti potensi besar atlet muda Sabah – Arifin https://sabahmedia.com/2025/08/24/kejayaan-mssm-bukti-potensi-besar-atlet-muda-sabah-arifin/ https://sabahmedia.com/2025/08/24/kejayaan-mssm-bukti-potensi-besar-atlet-muda-sabah-arifin/#respond Sun, 24 Aug 2025 00:45:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79933
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri menzahirkan penghargaan kepada kontinjen Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah yang berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 dengan pencapaian membanggakan termasuk mencipta enam rekod baharu kejohanan.

Exco Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata, kejayaan itu bukan sahaja mengharumkan nama negeri di persada kebangsaan, malah menjadi bukti kepada potensi besar bakat muda Sabah dalam arena sukan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih serta pegawai kontinjen Sabah yang berjuang gigih hingga mempertahankan kejuaraan MSSM tahun ini.

“Kejayaan ini adalah hasil disiplin, kerja keras dan semangat juang tinggi yang wajar dicontohi,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini pada Ahad.

Kontinjen Sabah berjaya membawa pulang 19 pingat emas; 22 perak dan 17 gangsa.

Berikutan kejayaan itu, Arifin berkata, Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar (AKSA) akan diberikan kepada 19 penerima pingat emas yang merupakan antara inisiatif penghargaan dari Kerajaan Sabah.

“Pemberian Anugerah AKSA ini adalah simbol pengiktirafan kita terhadap pencapaian atlet muda negeri yang telah mengharumkan nama Sabah.

“Kita mahu mereka terus bersemangat untuk melangkah lebih jauh, sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, anugerah AKSA diberikan kepada pelajar cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tambahnya, sehingga Ogos 2025, lebih 20 pelajar telah menerima anugerah tersebut melibatkan jumlah sebanyak RM116,000.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Perlis, kontinjen Sabah mengungguli pelbagai acara termasuk 4×100 meter bawah 18 tahun, 4×400 meter bawah 15 tahun, acara 400 meter lelaki bawah 15 tahun serta lempar cakera bawah 15 tahun.

Turut cemerlang ialah atlet muda yang mencipta rekod baharu dalam 80 meter berpagar kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, Kerajaan negeri akan terus memperkukuh sokongan terhadap pembangunan sukan peringkat akar umbi melalui program sekolah, pusat latihan dan inisiatif bersama MSS Sabah.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, turut menzahirkan penghargaan sama kepada semua pihak yang menjayakan kejayaan tersebut.

“Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada atlet yang mewakili Negeri Sabah dalam kejohanan olahraga MSSM Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

“Anak-anak murid ini telah berjaya melaksanakan visi mempertahankan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut. Tahniah juga kepada semua jurulatih yang terlibat,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan ini diyakini bakal menjadi pemangkin kepada pencapaian lebih besar, termasuk persediaan kontinjen Sabah menghadapi temasya SUKMA akan datang.

“Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan strategik Jabatan Pendidikan Sabah yang terus memberi kerjasama kepada jabatan ini.

“Saya yakin kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha menjayakan landskap baharu pendidikan di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/24/kejayaan-mssm-bukti-potensi-besar-atlet-muda-sabah-arifin/feed/ 0 79933
Kontinjen Sabah juara kejohanan olahraga MSSM ke-65 https://sabahmedia.com/2025/08/24/kontinjen-sabah-juara-kejohanan-olahraga-mssm-ke-65/ https://sabahmedia.com/2025/08/24/kontinjen-sabah-juara-kejohanan-olahraga-mssm-ke-65/#respond Sat, 23 Aug 2025 23:40:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79930
Read Time:1 Minute, 24 Second

BERNAMA

Kangar :  Kontinjen Sabah muncul juara Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ke-65 selepas berjaya mengutip 19 pingat emas, 22 perak dan 17 gangsa menjadikan keseluruhan 58 pingat.

Sabah menerima piala pusingan kejohanan, piala iringan tajaan Milo serta baucar bernilai RM1,500 tajaan Clamor yang disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Wan Hashim Wan Rahim pada majlis penutup kejohanan itu di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini pada Sabtu.

Kontinjen Selangor meraih naib johan dengan 47 pingat terdiri daripada 18 emas, 14 perak dan 15 gangsa manakala Terengganu di tempat ketiga membawa pulang 17 pingat iaitu sembilan emas, dua perak dan enam gangsa.

Kejohanan yang bermula pada 19 Ogos lepas dan berakhir hari ini disertai kira-kira 1,400 atlet daripada 16 kontinjen negeri melibatkan kategori acara bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun.

Wan Hashim dalam ucapannya berkata kejohanan MSSM bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat atlet murid tetapi juga cerminan komitmen KPM dalam memupuk dan membangunkan potensi generasi muda menerusi sukan.

“Sukan pada peringkat sekolah khususnya di Kejohanan MSSM bukanlah sekadar pertandingan. Ia adalah asas kepada pembentukan peribadi yang seimbang, penerapan nilai-nilai murni seperti kerja berpasukan dan semangat juang yang tinggi.

“Setiap tahun kejohanan ini menyaksikan kelahiran ramai atlet murid yang akhirnya menjadi harapan negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Dasar 1 Murid 1 Sukan yang berteraskan penyertaan menyeluruh murid adalah sejajar dengan gerakan Sukan Untuk Semua yang menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup aktif.

Wan Hashim berkata Sukan Untuk Kecemerlangan pula berteraskan pembangunan prestasi atlet murid ke arah kecemerlangan dan menyokong penyertaan atlet murid untuk bertanding di Kejohanan MSSM.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/24/kontinjen-sabah-juara-kejohanan-olahraga-mssm-ke-65/feed/ 0 79930
Atlet muda Sabah sasar pertahan kejuaraan MSSM https://sabahmedia.com/2025/05/23/atlet-muda-sabah-sasar-pertahan-kejuaraan-mssm/ https://sabahmedia.com/2025/05/23/atlet-muda-sabah-sasar-pertahan-kejuaraan-mssm/#respond Fri, 23 May 2025 09:31:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74335
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu :  Seramai lebih 400 atlet muda Sabah berlepas ke enam destinasi berbeza seluruh negara bagi menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 dalam pelbagai acara sukan utama.

Majlis pelepasan rasmi telah disempurnakan Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Datuk Mohd Arif Sakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Penolong Pengarah Perhubungan Jabatan Pendidikan Daerah (JPN) Sabah, Syapiei Mohamad, serta Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Datu Asrah Datuk Ambas, bersama pegawai-pegawai JPN, ibu bapa dan wakil PIBG.

Atlet-atlet Sabah akan bersaing dalam 12 jenis sukan iaitu  Merentas Desa (Melaka);  Akuatik (Johor); Bola Baling (WP Kuala Lumpur); Bola Tampar (Kedah); Boling Tenpin (WP Putrajaya); Catur (Selangor); Gimnastik (Kedah); Golf (Pulau Pinang); Ping Pong (Kelantan); Pelayaran (Pahang); Skuasy (Negeri Sembilan) dan Sofbol (Pahang).

Terdahulu, Arif turut memberi suntikan semangat kepada para atlet agar berjuang bersungguh-sungguh sambil menjaga disiplin dan nama baik negeri.

“Jadikan penyertaan ini sebagai peluang menimba pengalaman, menjulang prestasi dan mengharumkan nama Sabah di pentas kebangsaan,” katanya.

Pelepasan ini turut menyaksikan sokongan padu daripada semua pihak termasuk komuniti pendidikan dan ibu bapa, melambangkan komitmen berterusan terhadap pembangunan bakat sukan peringkat akar umbi negeri.

MSSM itu akan bermula hari ini sehingga 30 Mei depan.

Tahun lalu, Sabah muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 selepas meraih 23 pingat emas selain menyaksikan 18 rekod berjaya dipecahkan. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/23/atlet-muda-sabah-sasar-pertahan-kejuaraan-mssm/feed/ 0 74335
MSSM : Sabah duduki tangga kedua keseluruhan acara pelayaran https://sabahmedia.com/2023/09/01/mssm-sabah-duduki-tangga-kedua-keseluruhan-acara-pelayaran/ https://sabahmedia.com/2023/09/01/mssm-sabah-duduki-tangga-kedua-keseluruhan-acara-pelayaran/#respond Fri, 01 Sep 2023 03:39:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41112
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Pasukan pelayaran Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah tetap berpuas hati apabila sekadar menduduki tempat kedua pada kejohanan MSS Malaysia di Langkawi Kedah baru-baru ini.

Skuad muda Sabah itu berjaya membawa pulang lima emas; satu perak dan tujuh gangsa seterusnya memperbaiki kedudukan tangga kelima keseluruhan yang dicapai pada tahun lalu.

Jurulatih bagi sukan pelayaran Zainal Madi berkata, pihaknya tetap berpuas hati dengan pencapaian pasukan pelayaran meskipun diletakkan sebagai juara keseluruhan bagi acara berkenaan pada MSSM.

“Secara keseluruhan pencapaian pasukan pada tahun ini sangat memuaskan berbanding tahun lalu dimana kita hanya mendapat tempat kelima keseluruhan.

“Pada tahun ini kita berjaya menduduki tempat kedua dengan pungutan pingat sebanyak lima emas, satu perak dan tujuh gangsa meskipun pada awalnya kita diletakkan boleh menjadi juara keseluhan untuk sukan pelajaran MSSM seperti yang dinyatakan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, pasukannya berdepan cabaran apabila berdepan angin kencang dengan purata tujuh hingga 17 knots.

Pemenang bagi pingat emas berjaya dimenangi Muhammad Asnawi Iqbal Adam (penaja dan individu); berpasukan; Nascar Chong Na Jia (individu) dan Marcella Wilson Villaceran (individu).

Bagi pemenang pingat perak berjaya dimenangi oleh Marcella Wilson Villaceran (penaja).

Manakala bagi pingat gangsa berjaya dimenangi Muhammad Aiman Aqeel Mohd Firdaus (penaja); Zeti Irdina Zainal (individu dan penaja); Lucqmann Racheed Haron (individu dan penaja); Nur Hafizahanani Zailan (individu) dan Nur Hafizanah Zailan (individu) – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/01/mssm-sabah-duduki-tangga-kedua-keseluruhan-acara-pelayaran/feed/ 0 41112
Guna peruntukan sedia ada tampung kos penyertaan pasukan wakili Sabah ke MSSM https://sabahmedia.com/2023/08/18/guna-peruntukan-sedia-ada-tampung-kos-penyertaan-pasukan-wakili-sabah-ke-mssm/ https://sabahmedia.com/2023/08/18/guna-peruntukan-sedia-ada-tampung-kos-penyertaan-pasukan-wakili-sabah-ke-mssm/#respond Fri, 18 Aug 2023 14:01:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40320
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk menggunakan peruntukan sedia ada bagi menampung kos penyertaan pasukan bola sepak yang mewakili Sabah ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam satu hantaran di Facebook bagi mengulas isu yang tular berkenaan penyertaan pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah dalam kejohanan MSSM.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan setiap pemimpin komuniti yang telah sama-sama membantu mencari jalan penyelesaian.

“KPM sentiasa berusaha untuk memastikan penglibatan menyeluruh semua murid institusi pendidikan bawah KPM dalam sukan dan kegiatan kokurikulum yang dapat menggilap bakat dan membentuk kemahiran insaniah,” katanya.

Beberapa hari lalu, tular seorang guru di negeri ini meluahkan rasa kekecewaan selepas pasukan bola sepak Keningau bawah 18 tahun (B18) yang menjuarai kejohanan MSS Sabah tidak dihantar ke Kejohanan MSSM yang diadakan di Johor.

Guru itu mendakwa skuad kendaliannya itu tidak dapat ‘diterbangkan’ ke Johor susulan masalah kewangan.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, KPM sentiasa cakna mengenai isu yang ditularkan dalam media sosial berhubung isu penyertaan pasukan bola sepak MSS Sabah dalam kejohanan MSSM di Johor pada 24 hingga 30 Ogos ini.

Katanya, bagi menjamin kemenjadian murid yang menyeluruh termasuk dalam sukan, KPM telah menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk penganjuran sukan dan aktiviti kokurikulum di setiap peringkat.

“Peruntukan juga diberi kepada setiap jabatan pendidikan negeri bagi memastikan aktiviti sukan dan kokurikulum dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/18/guna-peruntukan-sedia-ada-tampung-kos-penyertaan-pasukan-wakili-sabah-ke-mssm/feed/ 0 40320