Mssm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 25 Sep 2026 13:41:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mssm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah cipta hatrik juara keseluruhan Olahraga MSSM https://sabahmedia.com/2026/09/25/sabah-cipta-hatrik-juara-keseluruhan-olahraga-mssm/ https://sabahmedia.com/2026/09/25/sabah-cipta-hatrik-juara-keseluruhan-olahraga-mssm/#respond Fri, 25 Sep 2026 13:37:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104176
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 di Pahang sekali gus mempertahankan kejuaraan berkenaan untuk tahun ketiga berturut-turut.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kejayaan itu membuktikan keupayaan atlet muda Sabah untuk terus bersaing di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata, kontinjen Sabah mengumpul 25 pingat emas, 13 perak dan 13 gangsa, menjadikan keseluruhan 51 pingat.

“Sabah sekali lagi mengharumkan nama negeri apabila muncul Juara Keseluruhan Olahraga MSSM 2026, sekali gus mempertahankan kejuaraan buat tiga tahun berturut-turut selepas kejayaan pada 2024 dan 2025,” katanya.

Menurutnya, pencapaian itu adalah hasil usaha dan komitmen pelbagai pihak termasuk atlet, jurulatih, guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada pembangunan bakat muda dalam bidang olahraga.

Nizam turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), urus setia Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Sabah, jurulatih, guru dan semua pihak yang terlibat dalam mempersiapkan kontinjen olahraga negeri.

Katanya, kejayaan itu tidak hanya bergantung kepada prestasi atlet ketika pertandingan, sebaliknya merupakan hasil proses latihan, bimbingan dan sokongan yang berterusan.

“Paling utama, syabas dan tahniah kepada anak-anak atlet Sabah. Kalian telah membuktikan bahawa bakat muda Sabah mampu bersaing dan menjadi yang terbaik di pentas kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian dalam Olahraga MSSM 2026 turut memberi keyakinan bahawa pembangunan sukan di peringkat sekolah di Sabah berada pada landasan yang baik.

Sehubungan itu, katanya, usaha selepas ini perlu terus diperkukuh menerusi pencarian bakat, peningkatan kejurulatihan, penyediaan kemudahan serta laluan pembangunan atlet yang lebih tersusun.

“Lebih ramai anak Sabah perlu diberikan peluang untuk melangkah dari pentas sekolah ke peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa,” katanya.

Nizam berkata, kejayaan mempertahankan kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut juga wajar dijadikan pemangkin untuk terus memperkukuh pembangunan olahraga di negeri ini.

Beliau berharap pencapaian kontinjen Sabah pada MSSM 2026 dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang sukan serta berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/25/sabah-cipta-hatrik-juara-keseluruhan-olahraga-mssm/feed/ 0 104176
MSSM : Raja pecut 100m milik Aidil Auf https://sabahmedia.com/2022/09/21/mssm-raja-pecut-100m-milik-aidil-auf/ https://sabahmedia.com/2022/09/21/mssm-raja-pecut-100m-milik-aidil-auf/#respond Wed, 21 Sep 2022 01:43:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=21799
Read Time:59 Second

KUALA LUMPUR : Pelari pecut 100 meter Lelaki bawah 18 tahun yang mewakili Sabah, Pengiran Aidil Auf Hajam muncul juara pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini semalam.

Acara itu menyaksikan Aidul Auf menamatkan perlumbaan dengan catatan masa sepantas 10.57 saat (s) sekali gus menjadi pemegang pingat emas.

Klip rakaman acara pecut berkenaan turut dilaporkan dan dimuat naik di laman Twitter Astro Arena petang semalam selain turut tular di media sosial dimana ia menyaksikan Aidil Auf selesa mendahului semua peserta lain.

Difahamkan, peserta-peserta kelahiran Sabah dilihat turut mendominasi acara pecut tersebut apabila pingat perak turut dimenangi Jad Rizalman.

Sebelum ini pada 2006, anak kelahiran Sabah Rayzam Shah Wan Sofian turut pernah memegang gelaran raja pecut ekoran mencatat masa 10.57s.

Aidil Auf bersama jurulatihnya Jumain Taepe

Terdahulu dalam Sukan Malaysia (SUKMA), Sabah tidak akan mempunyai wakil dalam perlawanan akhir lelaki selepas Aidil Auf terlepas kedudukan lapan terbaik.

Aidil Auf ketika itu mencatat masa 10.81s dan disahkan menduduki tempat keempat dalam saingan satu separuh akhir.

Anak Sabah yang lain, Muhammad Isyhan Thomas Edmund pula menduduki tempat keenam dalam saringan tiga separuh akhir dalam masa 10.99s.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/09/21/mssm-raja-pecut-100m-milik-aidil-auf/feed/ 0 21799