MTL Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Nov 2024 06:31:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png MTL Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Musim tengkujuh dijangka bermula 5 Nov – MetMalaysia https://sabahmedia.com/2024/11/02/musim-tengkujuh-dijangka-bermula-5-nov-metmalaysia/ https://sabahmedia.com/2024/11/02/musim-tengkujuh-dijangka-bermula-5-nov-metmalaysia/#respond Sat, 02 Nov 2024 06:30:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63182
Read Time:1 Minute, 30 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 Nov dan berterusan sehingga Mac 2025 kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Beliau dalam satu kenyataan semalam memaklumkan dalam tempoh berkenaan, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku.

“Semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Manakala pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku episod hujan lebat adalah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Hisham berkata sekiranya luluran monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain.

Beliau berkata keadaan hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari itu, boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Mohd Hisham berkata sekiranya hujan lebat berterusan berlaku secara serentak dengan kejadian air pasang besar and luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem.

Selain itu, katanya tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

“Menjelang pada fasa akhir MTL iaitu Januari hingga Mac 2025, kawasan utara Semenanjung dijangka mengalami kurang hujan.

“Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Hisham berkata keadaan itu diramalkan tidak seteruk seperti tahun 2024 disebabkan fenomena La Nina dijangka bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun hadapan.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amalan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui www.met.gov.my, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia atau hubungi talian 1300221638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/02/musim-tengkujuh-dijangka-bermula-5-nov-metmalaysia/feed/ 0 63182
Sabah dijangka alami pengurangan kadar taburan hujan https://sabahmedia.com/2023/10/22/sabah-dijangka-alami-pengurangan-kadar-taburan-hujan/ https://sabahmedia.com/2023/10/22/sabah-dijangka-alami-pengurangan-kadar-taburan-hujan/#respond Sun, 22 Oct 2023 05:45:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43983
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Sabah dijangka akan mengalami fenomena agak berbeza pada tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang diramalkan bermula November ini  apabila mengalami pengurangan kadar taburan hujan sebanyak 20 peratus.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Sabah merupakan satu-satunya negeri yang berhadapan fenomena berkenaan meskipun berlaku hujan dan ribut petir di sesetengah kawasan.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang diadakan pada 17 Oktober lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah membentangkan secara rasmi laporan mengenai MTL yang dijangka bermula November sehingga Mac tahun depan.

“Seperti kebiasaan dalam tempoh MTL keadaan cuaca lebih lembab dengan taburan hujan yang bertambah dan risiko banjir itu berlaku di seluruh negara termasuk Sabah.  Namun pada tahun ini diramal berbeza apabila Sabah akan mengalami fenomena taburan hujan yang berkurang sebanyak 20 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jualan Rahmah di Padang Kampung Warisan, Darau di sini hari ini.

Armizan berkata, kekurangan taburan hujan itu juga dijangka akan memberi risiko berlaku gangguan bekalan air yang serius di negeri ini .

“Ini kerana jumlah 20 peratus itu adalah besar dan sumber-sumber bekalan iar daripada empangan juga akan alami gangguan seterusnya mengurangkan sumber bekalan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA).

“Sebab itu kita telah maklumkan Kerajaan Sabah tentang perkara ini untuk dibincangkan antara Kerajaan Negeri dengan agensi berkaitan untuk mengambil langkah bersesuain dan kita juga telah meminta Sabah mendapatkan laporan terperinci dari METMalaysia berhubung kawasan yang kurang mendapat taburan hujan.

“Ini adalah bagi membolehkan kita dapat mempertimbangkan langkah-langkagh mitigasi untuk kita tangani isu yang dijangka mengganggu bekalan air di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/22/sabah-dijangka-alami-pengurangan-kadar-taburan-hujan/feed/ 0 43983