muaythai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Apr 2026 05:43:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muaythai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Emmabell terima insentif kejayaan dari Kerajaan Sabah https://sabahmedia.com/2026/04/30/emmabell-terima-insentif-kejayaan-dari-kerajaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/04/30/emmabell-terima-insentif-kejayaan-dari-kerajaan-sabah/#respond Thu, 30 Apr 2026 05:43:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95855
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Atlet Muaythai Sabah, Emmabell Cassandra menerima insentif  berjumlah RM5,000 atas kejayaaan menjuarai kategori wanita dalam kejohanan Byon Combat Showbiz 7 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Jumaat lalu.

Penyerahan insentif dari Kerajaan Negeri itu adalah sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas antarabangsa dan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Khamis.

Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah serta menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian Emmabell yang berjaya mengharumkan nama Sabah dan negara.

Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan keupayaan atlet negeri ini untuk bersaing dan menyerlah di peringkat antarabangsa, sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan.

Majlis penyerahan insentif itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Juil Nuatim dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Mansur  Asun.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/30/emmabell-terima-insentif-kejayaan-dari-kerajaan-sabah/feed/ 0 95855
D’Sha Muayfit Tawau lakar sejarah muncul juara Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024 https://sabahmedia.com/2024/05/29/dsha-muayfit-tawau-lakar-sejarah-muncul-juara-kejohanan-muaythai-piala-premier-sarawak-2024/ https://sabahmedia.com/2024/05/29/dsha-muayfit-tawau-lakar-sejarah-muncul-juara-kejohanan-muaythai-piala-premier-sarawak-2024/#respond Wed, 29 May 2024 04:10:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55206
Read Time:41 Second

Bintulu : Pasukan D’Sha Muayfit Tawau berjaya melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pasukan mewakili negeri Sabah itu berjaya menampilkan aksi cemerlang sepanjang tiga hari kejohanan dengan meraih 12 pingat keseluruhan iaitu 10 emas dan dua perak.

Manakala tempat kedua turut di dominasi satu lagi kelab dari Sabah iaitu Muaythai Sabah juga dengan 12 pingat keseluruhan, sembilan emas dan tiga perak.

Bagi tempat ketiga adalah milik kelab Muaythai Kenyalang dengan 14 pingat keseluruhan, lapan emas dan enam perak.

Sementara itu, Sting Muaythai Club yang meraih 19 pingat keseluruhan, tujuh emas, 11 perak dan dua gangsa menduduki tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim di Naim Paragon Street Mall, Bintulu pada Ahad lalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/29/dsha-muayfit-tawau-lakar-sejarah-muncul-juara-kejohanan-muaythai-piala-premier-sarawak-2024/feed/ 0 55206
Berlatih dengan fasiliti serba kekurangan bukan halangan untuk raih kejayaan dunia https://sabahmedia.com/2022/08/21/berlatih-dengan-fasiliti-serba-kekurangan-bukan-halangan-untuk-raih-kejayaan-dunia/ https://sabahmedia.com/2022/08/21/berlatih-dengan-fasiliti-serba-kekurangan-bukan-halangan-untuk-raih-kejayaan-dunia/#respond Sun, 21 Aug 2022 13:36:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=20445
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Kelab Tambuakar Muaythai Papar mahu terus mencari dan melatih bakat-bakat baharu dalam bidang sukan MuayThai yang bertaraf dunia meskipun berdepan cabaran.

Ketua Jurulatih Kelab Tambuakar Muaythai Papar Rozaimi Ahad berkata, berlatih dengan fasiliti yang serba kekurangan selain kurangnya dana bukan halangan untuk kelab mereka menarik lebih ramai pengemar MuayThai khususnya golongan muda.

“Kita telah menyertai dua kejohanan MuayThai dunia yang berlangsung di Sunway City Selangor bermula 9 Ogos lalu dan kita telah berjaya mencapai satu kejayaan besar dan memberangsangkan.

“Dari lapan atlet yang menyertai, kita berjaya membawa balik enam pingat iaitu satu emas; satu perak dan empat gangsa masing-masing menerima kejohanan IFMA World Grandslam dan IFMA Youth World Championship.  Mereka semua bertemu dengan peserta antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.

Rozaimi berkata, beliau amat berpuas hati dan terharu dengan persembahan serta komitmen yang ditunjukkan pada atlet yang berjaya membawa pulang pingat seterusnya membanggakan negeri Sabah.

“Bagi pihak kelab, saya turut berharap aka nada pihak yang melihat potensi dan bakat anak-anak ini yang perlu kita bantu selain memberi pendedahan yang banyak diperingkat luar lagi,” katanya.

Kelab Tambuakar Muaythai Papar tiba di KKIA di sini hari ini

Sementara itu, Rozaimi mengakui pihaknya berdepan kekangan dari segi fasiliti latihan selain kelengkapan termasuk dana bagi menyertai kejohanan yang dianjurkan.

“Bagaimanapun, bagi kami itu bukan halangan.  Dengan kerjasama, keikhlasan dan kerja berpasukan kita sesama keluarga akhirnya kita dapat mencari dana untuk menghantar anak-anak ini ke mata dunia khususnya anak jati daerah Papar.

“Perancangan kami selepas ini akan memberi fokus kepada Sukan Sabah (SAGA) dan Sukan Malaysia (SUKMA), saya bersama presiden kelab akan terus berjuang untuk menaikkan lagi imej sukan ini khususnya di Sabah,” katanya.

Pemenang pingat emas IFMA Grandslam Dunia Jezzevelle Myora Jerry,14, mengakui terkejut dan tidak menyangka untuk meraih pingat pada kejohanan itu.

Jezzevelle Myora Jerry

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Jospeh Papar itu berdepan dengan peserta yang mewakili Arab Saudi pada peringkat akhir kejohanan.

“Dari segi cabaran, saya akui memang ada takut namun dengan sokongan dari jurulatih dan rakan-rakan memperkuatkan lagi semangat saya untuk bertanding,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/08/21/berlatih-dengan-fasiliti-serba-kekurangan-bukan-halangan-untuk-raih-kejayaan-dunia/feed/ 0 20445