Muet – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Jul 2026 01:39:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Muet – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 180 pelajar Sabah cemerlang STPM, MUET bukti mampu bersaing di peringkat antarabangsa https://sabahmedia.com/2026/07/25/180-pelajar-sabah-cemerlang-stpm-muet-bukti-mampu-bersaing-di-peringkat-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2026/07/25/180-pelajar-sabah-cemerlang-stpm-muet-bukti-mampu-bersaing-di-peringkat-antarabangsa/#respond Sat, 25 Jul 2026 01:39:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100525
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Kejayaan cemerlang 180 pelajar Sabah dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET) membuktikan anak negeri ini berupaya bersaing di peringkat antarabangsa.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim berkata, pencapaian itu mencerminkan kemampuan pelajar Sabah untuk bersaing dengan sesiapa sahaja tanpa mengira lokasi atau latar belakang.

Beliau berkata, standard akademik STPM yang diiktiraf di peringkat global serta penguasaan bahasa Inggeris menerusi MUET menjadi asas kukuh kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan menembusi pasaran pekerjaan antarabangsa.

“Kejayaan yang dicapai merupakan hasil usaha yang konsisten, kesungguhan yang tidak pernah luntur serta keberanian untuk terus mencabar kemampuan diri.

“Namun, kita juga harus sedar bahawa kejayaan seseorang pelajar tidak pernah berdiri sendirian. Di belakang setiap pelajar cemerlang, berdiri seorang guru yang tidak pernah jemu membimbing.

“Ada guru yang sanggup meluangkan masa di luar waktu persekolahan, mengadakan kelas tambahan, memberi bimbingan secara individu dan sentiasa percaya akan potensi anak didiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM dan MUET (MAKEPS) anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Hanafiah berkata, kekuatan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya bergantung kepada kualiti modal insan yang berjaya dibangunkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya pelaburan dalam sektor pendidikan terus diperkasakan bagi memastikan setiap anak Sabah memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang.

“Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki integriti, daya fikir kritis, kemahiran berkomunikasi serta semangat perpaduan yang tinggi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para pelajar agar tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan yang diraih, sebaliknya menjadikannya sebagai titik permulaan kepada perjalanan yang lebih besar dalam kehidupan.

“Teruslah menuntut ilmu dengan rendah hati. Kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui sejauh mana kita melangkah, tetapi sejauh mana ilmu dan kebolehan yang dimiliki dimanfaatkan untuk keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berharap kejayaan yang diraikan pada majlis itu menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan melalui disiplin, ketekunan serta sokongan padu daripada keluarga dan guru.

Pada majlis sama, pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Kota Kinabalu, Ahmad Mursyied Umair Darwis menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2025 bagi Aliran Sains Sosial.

Sementara itu, Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu dan Kolej Tingkatan Enam Tawau masing-masing menerima Anugerah Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan STPM 2025 bagi kategori Kolej Tingkatan Enam.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/25/180-pelajar-sabah-cemerlang-stpm-muet-bukti-mampu-bersaing-di-peringkat-antarabangsa/feed/ 0 100525
Bantuan yuran MUET bukti keprihatinan Kerajaan Sabah terhadap pelajar B40 https://sabahmedia.com/2025/11/04/bantuan-yuran-muet-bukti-keprihatinan-kerajaan-sabah-terhadap-pelajar-b40/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/bantuan-yuran-muet-bukti-keprihatinan-kerajaan-sabah-terhadap-pelajar-b40/#respond Tue, 04 Nov 2025 00:35:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84883
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD : Inisiatif Bantuan Yuran Peperiksaan MUET untuk Pelajar B40 (BAYU) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Sabah mendapat sambutan positif dalam kalangan pelajar prauniversiti negeri ini, khususnya calon Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 2025.

Beberapa pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi yang ditemui mengakui bantuan tersebut bukan sekadar meringankan beban kewangan, tetapi juga bukti keprihatinan kerajaan terhadap masa depan pendidikan anak muda Sabah.

Pelajar Titie Husna Kamrudin, 19, berkata pengumuman mengenai BAYU memberikan kelegaan besar buat dirinya dan rakan-rakan yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Saya sangat bersyukur apabila mengetahui kerajaan negeri menanggung yuran MUET kami.

“Ia meringankan beban ibu bapa, dan saya dapat gunakan semula wang RM150 itu untuk membeli bahan ulang kaji serta alat tulis,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini

Titie menambah, inisiatif seumpama ini memberi motivasi tambahan kepada pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Titie

Bagi Muhammad Ilham Rasyasi Yusof, 19, bantuan yang disalurkan melalui BAYU membuktikan bahawa kerajaan negeri benar-benar memahami kesusahan pelajar B40 di Sabah.

“Tidak semua pelajar mampu bayar yuran MUET. Ramai antara kami datang dari luar bandar, jadi bantuan seperti ini memang sangat membantu,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memperluas skim bantuan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi agar pelajar Sabah terus dibantu sehingga menamatkan pengajian.

Seorang lagi calon MUET, Aaron Torres Mobie, 19, berkata usaha kerajaan negeri membiayai yuran peperiksaan menunjukkan komitmen terhadap pembangunan modal insan di Sabah.

“Langkah ini bukan sahaja membantu pelajar dari segi kewangan, tetapi memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha.

“Kalau kerajaan teruskan program ini, pasti lebih ramai pelajar cemerlang dapat dilahirkan,” ujarnya.

Bagi Sesi 3 MUET 2025, ujian lisan telah bermula pada 29 Oktober hingga 6 November, manakala ujian bertulis merangkumi reading, writing, dan listening akan dilaksanakan pada 22 November ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/bantuan-yuran-muet-bukti-keprihatinan-kerajaan-sabah-terhadap-pelajar-b40/feed/ 0 84883