muhyiddin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Oct 2021 12:13:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muhyiddin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Muhyiddin Beri Kepercayaan Pimpinan GRS Tentukan Haluan Hadapi PRU-15 https://sabahmedia.com/2021/10/02/muhyiddin-beri-kepercayaan-pimpinan-grs-tentukan-haluan-hadapi-pru-15/ https://sabahmedia.com/2021/10/02/muhyiddin-beri-kepercayaan-pimpinan-grs-tentukan-haluan-hadapi-pru-15/#respond Sat, 02 Oct 2021 12:13:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7113
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menentukan haluan sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan rakan pimpinan GRS akan berbincang bagi menetapkan pendirian dan haluan menghadapi PRU.

“Kita percaya bahawa GRS sudah mewujudkan kerjasama yang baik sepanjang setahun kerajaan GRS ditubuhkan dengan pelbagai inisiatif dilaksanakan. 

“Kami juga telah berbincang dan Ketua Menteri turut mendengar apa yang kita bincangkan.  Ini juga kita bincangkan supaya lebih jelas apakah negeri ini berbeza dengan Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Sabah disini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Muhyiddin turut yakin tidak berlaku sebarang pertembungan antara BERSATU dan UMNO di Sabah.

Katanya, ia juga bergantung kepada hasil perbincangan yang akan diputuskan bersama pimpinan GRS sama ada wujud kerjasama atau tidak.

“Sabah sangat unik dan ada sedikit kelainan dengan Semenanjung.  Ini kita akan ambil kira supaya ada keputusan yang baik untuk semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, BERSATU sedia untuk bertembung dengan UMNO pada PRU-15.

Katanya, tiada cara lain untuk mengelak pertembungan itu memandangkan UMNO membuat keputusan untuk tidak mahu bersama-sama parti itu sebagai gabungan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Bagaimanapun katanya, Bersatu mempunyai strategi dan cara tersendiri untuk mendekati rakyat berdasarkan pengalaman yang dimiliki.

“Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perhimpunan Agung UMNO sudah buat keputusan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu. Secara asasnya mereka akan berlawan dengan kita (pada PRU15).

“Bersatu sudah ada pendirian, kalau UMNO tidak mengubah keputusan itu… kalau kita terpaksa bertembung dalam PRU15, kita tiada cara lain untuk mengelakkannya. Itulah realiti politik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/02/muhyiddin-beri-kepercayaan-pimpinan-grs-tentukan-haluan-hadapi-pru-15/feed/ 0 7113
STAR menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai PM https://sabahmedia.com/2021/08/05/star-menyokong-kepimpinan-muhyiddin-sebagai-pm/ https://sabahmedia.com/2021/08/05/star-menyokong-kepimpinan-muhyiddin-sebagai-pm/#respond Thu, 05 Aug 2021 06:08:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4088
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tetap teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, bagi STAR, Muhyiddin masih merupakan perdana menteri yang sah walaupun terdapat banyak tekanan untuk memaksa beliau berundur.

“Muhyiddin masih perdana menteri di bawah perlembagaan. Parlimen akan bersidang pada bulan September dan semua MP berpeluang menentukan kedudukan beliau sebagai perdana menteri.

“Sementara itu, tuduhan-tuduhan bahwa beliau menderhaka terhadap Yang diPertuan Agong adalah tidak berasas, dan sangat mengganggu pada saat kita semua sepatutnya bekerjasama, baik kerajaan mahupun pembangkang untuk memerangi COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Jeffrey berkata, usaha kerajaan untuk menghentikan penyebaran COVID-19 terjejas oleh gangguan politik yang berterusan, dan melemahkan usaha melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang dijadualkan.

Hari ini sahaja, hampir 20,000 kes COVID-19 dikesan di Malaysia, dan jumlah kes dijangka akan terus meningkat dalam beberapa minggu mendatang.

“Yang menyedihkan saya ialah, selama empat hari persidangan parlimen, pembangkang berkeras untuk bermain politik tetapi tidak menyumbang apa-apa dalam usaha memerangi COVID-19.

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah komitmen tidak berbelah bagi kerajaan untuk memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam memulihkan ekonomi demi kebajikan rakyat.

“Pembangkang harus memberikan kerajaan peluang untuk melaksanakan pelan pemulihan ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/05/star-menyokong-kepimpinan-muhyiddin-sebagai-pm/feed/ 0 4088
Kerajaan Kaji Kenakan Tindakan Ke Atas Golongan Antivaksin – PM Muhyiddin https://sabahmedia.com/2021/06/04/kerajaan-kaji-kenakan-tindakan-ke-atas-golongan-antivaksin-pm-muhyiddin/ https://sabahmedia.com/2021/06/04/kerajaan-kaji-kenakan-tindakan-ke-atas-golongan-antivaksin-pm-muhyiddin/#respond Fri, 04 Jun 2021 05:15:57 +0000 http://sabahmedia.com/?p=513
Read Time:51 Second

KUALA LUMPUR, Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati  menghasut orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri  berkata kerajaan juga telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran gagal mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Kalau ikut perancangan kita, saya harap kita dapat percepat vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin.

“Kita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan manakala sebahagian lagi tidak dapat, kerana ini akan membawa kesan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang turut disertai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

— BERNAMA

a

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/04/kerajaan-kaji-kenakan-tindakan-ke-atas-golongan-antivaksin-pm-muhyiddin/feed/ 0 513