muis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Apr 2024 16:19:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUIS serah kepada peguam, dakwaan salah guna kuasa https://sabahmedia.com/2024/04/05/muis-serah-kepada-peguam-dakwaan-salah-guna-kuasa/ https://sabahmedia.com/2024/04/05/muis-serah-kepada-peguam-dakwaan-salah-guna-kuasa/#respond Thu, 04 Apr 2024 16:19:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52182
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Mesyuarat Majlis Tertinggi, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) hari ini memutuskan menyerahkan kepada pihak peguam mengenai dakwaan salah guna kuasa berkaitan penggunaan wang zakat yang tular di laman media sosial, baru-baru ini.

Yang di-Pertua MUIS, Datuk Yahya Hussin berkata, perkara itu diputuskan setelah tempoh tamat 24 jam pihak MUIS menuntut permohonan maaf secara terbuka sejak semalam sehingga kini tiada yang tampil untuk membuat permohonan maaf tersebut dari pihak yang bertanggungjawab menyebarkan dakwaan itu.

“Oleh itu, kita telah memutuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi, MUIS hari ini, kita serahkan kepada peguam kita. Kita telah dimaklumkan dia (penyebar dakwaan) juga telah melantik peguam. Jadi soal apa yang berlaku, peguam kita akan berbincang dengan peguam dialah.

“Maka tindakan seterusnya kita akan mendapat nasihat daripada peguam kita,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis YDP MUIS Berbuka Puasa dan Menyampaikan Sumbangan kepada Anak-anak Yatim, di kediamannya di sini pada Khamis.

Menurut Yahya lagi, beliau serahkan semua perkara itu kepada pihak berkenaan.

“Saya tidak boleh bercakap lebih dari itu sebab kes itu kita sudah serahkan kepada pihak polis, pihak berkenaan dan kita pun sudah memanggil peguam kita.

“Harapan saya sebagai YDP MUIS, saya harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan pegawai atau kakitangan MUIS sebab kita diberi amanah apa pun berlaku perlunya kita berbincang dari dalam sebab kita satu keluarga.

“Apatah lagi ianya berkaitan dengan agama, dan perkara zakat ini amat sensitif dan bila kita dituduh menyalahgunakan zakat, ini amat sensitif ia akan menjatuhkan imej MUIS, satu institusi agama yang dihormati.

“Baru juga dalam Dewan Undangan Negeri, Datuk Masidi Manjun memuji-muji kita empat tahun berturut-turut dapat sijil audit bersih dalam pengurusan kewangan yang cukup baik dan apabila dapat dakwaan perkara-perkara seperti ini memang tidak eloklah jadi begitu,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai majlis itu, seramai 50 orang anak yatim dari Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (MAWIS), Tanjung Aru menerima sumbangan yang disampaikan oleh Datuk Yahya Hussin.

Sumbangan yang disampaikan berupa wang tunai RM200 setiap seorang dan barangan keperluan makanan masing-masing disumbangkan daripada MUIS dan Koperasi Tanjung Keramat.

Turut diraikan seramai 400 orang ibu-ibu qhatam Quran pada majlis itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/05/muis-serah-kepada-peguam-dakwaan-salah-guna-kuasa/feed/ 0 52182
MUIS beri perhatian mendalam terhadap integriti dalam pentadbirannya – Arifin https://sabahmedia.com/2024/04/02/muis-beri-perhatian-mendalam-terhadap-integriti-dalam-pentadbirannya-arifin/ https://sabahmedia.com/2024/04/02/muis-beri-perhatian-mendalam-terhadap-integriti-dalam-pentadbirannya-arifin/#respond Tue, 02 Apr 2024 08:37:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52059
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sentiasa memberikan perhatian mendalam terhadap integriti dalam pentadbirannya, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama serta Exco Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang akan wang zakat yang disalurkan kerana ia sentiasa diaudit dan dipantau setiap tahun.

“Jangan risau mengenai wang zakat, lagipun bahagian zakat sentiasa diaudit dan dipantau. Sekiranya ada keraguan boleh rujuk ke MUIS dan insya Allah kita sentiasa memberikan perhatian yang mendalam terhadap integriti di MUIS,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Penyampaian Sumbangan dari Pusat Zakat Sabah kepada 150 pelajar di Dewan SK Bongawan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Arifin turut menekankan dan memastikan wang zakat disampaikan kepada yang berhak menerimanya.

“Saya juga tekankan semua wang zakat yang berhak terima, kita sampaikan seperti kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan fisabillah, sebelum akhir tahun semua kita sampaikan sebab memang hak mereka, dan asnaf yang lain kita tunaikan seperti untuk pendidikan anak-anak, semua kita laksanakan, melainkan Asnaf Amil,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, tiada isu mengenai penyelewengan wang zakat di Sabah.

“tiada isu mengenai penyelewengan wang zakat, insya Allah.

“Empat tahun audit bersih dan saya sendiri jadi saksi untuk penerimaan setiap tahun di Kuala Lumpur dan pada tahun ini mudah-mudahan kita akan mendapat rekod bersih,” katanya.

Malah katanya, hasil kutipan zakat juga meningkat dari tahun ke tahun.

“Kutipan zakat juga ada peningkatan, tahun lalu RM140 juta lebih dan sebelum itu RM130 juta dan tahun sebelum tu RM120 juta ertinya 10 juta setiap tahun meningkat hasil usaha daripada kempen dan kerja keras bahagian zakat dan fitrah serta sumbangan daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Selain yang paling banyak tunaikan zakat adalah zakat penggajian daripada guru, pegawai perkhidmatan awam, polis, tentera dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu media melaporkan MUIS menafikan dakwaan salah guna kuasa berkaitan penggunaan wang zakat seperti tular di laman media sosial, baru-baru ini.

Yang di-Pertua MUIS, Datuk Yahya Hussin dalam kenyataannya menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutifnya membuat beberapa arahan pembayaran bonus kepada kakitangan dengan menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.

“Kita menafikan juga dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.

“Semua tuduhan berkenaan adalah tidak berasas dan suatu fitnah yang dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS serta pentadbirannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/02/muis-beri-perhatian-mendalam-terhadap-integriti-dalam-pentadbirannya-arifin/feed/ 0 52059
THP Sabaco bayar zakat RM1.34 juta kepada MUIS https://sabahmedia.com/2024/02/12/thp-sabaco-bayar-zakat-rm1-34-juta-kepada-muis/ https://sabahmedia.com/2024/02/12/thp-sabaco-bayar-zakat-rm1-34-juta-kepada-muis/#respond Mon, 12 Feb 2024 06:06:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49373
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: THP Sabaco Sdn Bhd membayar zakat perniagaan RM1,342,126 untuk 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Penyerahan bayaran zakat daripada Pengerusi THP Sabaco Datuk Dr Ahmad Kushairi Din kepada Presiden MUIS Datuk Seri Yahya Hussin disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Ser Hajiji Noor di Menara Kinabalu baru-baru ini.

Terdahulu, Ketua Menteri diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantations Berhad Mohamed Zainurin Mohamed Zain mengenai aktiviti dan hala tuju TH Plantations dan THP Sabaco Sdn Bhd.

THP Sabaco Sdn Bhd merupakan syarikat usaha sama antara TH Plantations, ladang itu cabang Lembaga Tabung Haji dan Musman Holdings, yang terlibat dalam perladangan minyak sawit.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/12/thp-sabaco-bayar-zakat-rm1-34-juta-kepada-muis/feed/ 0 49373