muis pbns salur sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 03 Oct 2024 06:18:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muis pbns salur sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUIS, PBNS salur sumbangan kepada 11 KIR terjejas kebakaran di Likas https://sabahmedia.com/2024/10/03/muis-pbns-salur-sumbangan-kepada-11-kir-terjejas-kebakaran-di-likas/ https://sabahmedia.com/2024/10/03/muis-pbns-salur-sumbangan-kepada-11-kir-terjejas-kebakaran-di-likas/#respond Thu, 03 Oct 2024 06:18:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61630
Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 11 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dengan insiden kebakaran di perkampungan setinggan Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas, Isnin lalu menerima sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan.

Sumbangan yang disalurkan Pusat Zakat Sabah (PZS) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) itu disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan itu Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad; Pengerusi PBNS Datuk Dr Omar Raisul As Salam Syah dan Ketua Pegawai Eksekutif PBNS Ismail Mohd Adnan.

Arifin berkata, sumbangan yang disalurkan itu adalah bagi membantu meringankan beban keluarga terlibat khususnya dalam menyediakan keperluan seperti pakaian, makanan dan lain-lain.

“Sumbangan melalui MUIS dan PBNS diharap dapat meringankan sedikit sebanyak keperluan mangsa-mangsa terlibat dan diharap keluarga terlibat juga tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Dalam kejadian itu kira-kira jam jam 12.47 tengah hari itu telah meragut lima mangsa termasuk seorang bayi dan tiga kanak-kanak.

Semua mangsa ditemui rentung dalam bilik mandi salah sebuah rumah yang terbakar dalam kejadian itu.

Kebakaran dilaporkan membabitkan empat rumah dan sebuah gerai. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/03/muis-pbns-salur-sumbangan-kepada-11-kir-terjejas-kebakaran-di-likas/feed/ 0 61630
MUIS, PBNS salur sumbangan kepada 25 KIR terlibat kebakaran https://sabahmedia.com/2023/12/14/muis-pbns-salur-sumbangan-kepada-25-kir-terlibat-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2023/12/14/muis-pbns-salur-sumbangan-kepada-25-kir-terlibat-kebakaran/#respond Thu, 14 Dec 2023 04:26:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46521
Read Time:30 Second

Kota Kinabalu : Seramai 25 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dengan dua insiden kebakaran di Kampung Tanjung Aru baru-baru ini menerima sumbangan wang dan bakul makanan.

Sumbangan itu disalurkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru di sini semalam.

Penerima sumbangan merupakan mangsa yang terlibat dalam dua insiden kebakaran berasingan di Kampung Tanjung Aru Baru dan Kampung Tanjung Aru Lama membabitkan sembilan buah rumah pada 23 dan 29 November lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/14/muis-pbns-salur-sumbangan-kepada-25-kir-terlibat-kebakaran/feed/ 0 46521