Muis perkips – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Aug 2025 10:11:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Muis perkips – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUIS, PERKIPS perkukuh khidmat PMI, bantu pesakit jalani rawatan dengan pengisian rohani https://sabahmedia.com/2025/08/27/muis-perkips-perkukuh-khidmat-pmi-bantu-pesakit-jalani-rawatan-dengan-pengisian-rohani/ https://sabahmedia.com/2025/08/27/muis-perkips-perkukuh-khidmat-pmi-bantu-pesakit-jalani-rawatan-dengan-pengisian-rohani/#respond Wed, 27 Aug 2025 09:56:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80163
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) terus memperkukuh sokongan terhadap Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) dengan menyalurkan bantuan kewangan secara tahunan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata, bantuan itu adalah khusus bagi memperkasakan peranan Petugas Mesra Ibadah (PMI) di hospital-hospital seluruh Sabah.

Katanya, lebih RM1 juta setahun diperuntukkan bagi membayar elaun PMI yang berkhidmat bagi melaksanakan tuntutan fardu kifayah, termasuk menguruskan hal ehwal ibadah pesakit Muslim di hospital.

“Petugas ini berperanan besar bukan sahaja membantu melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah, malah mengisi masa rawatan pesakit, khususnya pesakit buah pinggang, dengan aktiviti berteraskan kerohanian seperti bacaan al-Quran serta pengisian agama lain. 

“MUIS amat mendukung dan menyokong segala usaha PERKIPS bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjayakan program sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Kursus Pengukuhan PMI di sini pada Rabu.

Malai Ali berkata, bantuan MUIS kepada PMI telah bermula sejak akhir 90-an yang pada awalnya hanya di beberapa hospital terpilih sebelum diperluas hampir ke seluruh hospital di Sabah menerusi kerjasama erat dengan PERKIPS.

Katanya, selain sokongan kepada PMI, MUIS turut memberi amanah kepada PERKIPS untuk menguruskan pembelian ubat bagi pesakit kanser menggunakan peruntukan zakat di bawah kategori ‘fisabilillah’.

“Ini bukan sekadar tanggungjawab sosial korporat, tetapi ia merupakan amanah agihan zakat bagi membantu asnaf yang memerlukan, khususnya dalam aspek keagamaan dan kebajikan pesakit.

“MUIS merakamkan penghargaan kepada para pembayar zakat kerana sumbangan mereka telah memberi manfaat yang besar kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada PERKIPS dan KKM kerana melaksanakan program yang memberi manfaat besar, bukan sahaja kepada pesakit, tetapi juga dalam memantapkan peranan PMI di hospital-hospital negeri ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/27/muis-perkips-perkukuh-khidmat-pmi-bantu-pesakit-jalani-rawatan-dengan-pengisian-rohani/feed/ 0 80163