muis PZS Sabah bantuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Feb 2024 08:13:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muis PZS Sabah bantuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PZS salur bantuan kepada sembilan KIR terlibat kebakaran di Kg Bakalau https://sabahmedia.com/2024/02/23/pzs-salur-bantuan-kepada-sembilan-kir-terlibat-kebakaran-di-kg-bakalau/ https://sabahmedia.com/2024/02/23/pzs-salur-bantuan-kepada-sembilan-kir-terlibat-kebakaran-di-kg-bakalau/#respond Fri, 23 Feb 2024 08:13:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49980
Read Time:1 Minute, 34 Second

Beaufort : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Pusat Zakat Sabah (PZS) akan menyegerakan bantuan berupa kewangan kepada sembilan ketua isi keluarga (KIR) yang terlibat dengan insiden kebakaran rumah di Kampung Bakalau di sini Rabu lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, bantuan yang akan disalurkan itu adalah bagi membantu meringankan bebanan keluarga terlibat dengan musibah berkenaan.

“Hari ini saya hadir ke lokasi kebakaran rumah yang berlaku Rabu lalu bersama wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias; pejabat daerah; pihak bomba dan PZS selain bertemu keluarga yang terlibat.

“Kita diperingkat MUIS akan cuba membantu sembilan keluarga ini dimana kita juga akan menyegerakan bantuan dalam bentuk kewangan lebih kurang dalam RM1,000 satu keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak kebakaran di Kampung Bakalau di sini hari ini.

Ruslan yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, Kerajaan sentiasa prihatin bagi membantu golongan memerlukan termasuk mereka yang terlibat dengan musibah seperti kebakaran.

“Pada kebiasaan, jika ada insiden seperti kebakaran memang kita akan memberi sumbangan daripada PZS sebab kita melihat ini merupakan satu musibah yang mereka juga tidak ingin berlaku.

“Kita dipihak Kerajaan hari ini juga prihatin kepada siapa saja atas kemanusiaan dan sudah tentu kita sangat prihatin bagi menyalurkan sumbangan seperti ini,” katanya.

Terdahulu, sebanyak sembilan buah rumah di Kampung Bakalau, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku petang Rabu lalu.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas penghuni rumah sempat keluar menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.10 petang.

Katanya, operasi memadam kebakaran dilaksanakan sepasukan anggota dari BBP Beaufort dengan bantuan dari BBP Kimanis.

“Kebakaran membabitkan lapan buah rumah kediaman jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran, empat pancutan dan satu aliran hose reel dengan sumber air yang diperolehi dari air terbuka iaitu sungai berhampiran,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/23/pzs-salur-bantuan-kepada-sembilan-kir-terlibat-kebakaran-di-kg-bakalau/feed/ 0 49980