muis sabah sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Jun 2024 14:58:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muis sabah sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUIS, MIS jalin kerjasama perkasa hal ehwal Islam https://sabahmedia.com/2024/06/27/muis-mis-jalin-kerjasama-perkasa-hal-ehwal-islam/ https://sabahmedia.com/2024/06/27/muis-mis-jalin-kerjasama-perkasa-hal-ehwal-islam/#respond Wed, 26 Jun 2024 16:10:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56567
Read Time:59 Second

Kuching : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Majlis Islam Sarawak (MIS) serta agensi dibawahnya bersetuju untuk mengadakan mesyuarat dwi tahunan bermula tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, langkah itu bagi memperkasa hal ehwal Islam dan menambah baik institusi serta pendidikan Islam di dua buah negeri itu.

Katanya, inisiatif itu juga merupakan amanat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang sentiasa mengalakkan kerjasama dengan pelbagai agensi.

Katanya, usaha ini merupakan amanat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor agar ahli jemaah kabinet negeri berkolaborasi dengan rakan kementerian masing-masing.

“Ini untuk kita berkongsi ilmu, pengalaman dan apa yang perlu kita mantapkan khususnya usaha kita untuk memperkasa agensi agama di kawasan kita masing-masing.

“Saya yakin ini akan dapat membantu negeri Sabah dalam kita memperkasa hal ehwal Islam di Sabah dan kita belajar daripada pengalaman Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan kerja ke Majlis Islam Sarawak di Kuching, di sini bary-baru ini.

 Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak Datuk Misnu Taha berharap hubungan serta perkongsuan seperti ini dapat mempertingkatkan pembangunan orang Islam di Sabah dan Sarawak. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/27/muis-mis-jalin-kerjasama-perkasa-hal-ehwal-islam/feed/ 0 56567