muis zakat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Nov 2025 02:19:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muis zakat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUIS nafi dakwaan salah guna kuasa, tegaskan tuduhan lama tidak berasas https://sabahmedia.com/2025/11/06/muis-nafi-dakwaan-salah-guna-kuasa-tegaskan-tuduhan-lama-tidak-berasas/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/muis-nafi-dakwaan-salah-guna-kuasa-tegaskan-tuduhan-lama-tidak-berasas/#respond Thu, 06 Nov 2025 02:19:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85061
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menafikan dakwaan kononnya berlaku salah guna kuasa dalam pentadbiran dan pengurusan dana Tabung Zakat seperti yang kembali tular di beberapa laman media sosial baru-baru ini.

Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin berkata, tuduhan tersebut adalah fitnah lama yang tidak berasas dan telah pun disiasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa sebelum ini.

Katanya, isu berkenaan pernah mendapat perhatian Ketua Menteri Sabah dan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Agama, yang telah mengarahkan agar siasatan menyeluruh dijalankan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana zakat.

“Pada masa yang sama, MUIS juga telah mengambil tindakan saman fitnah terhadap pihak yang menyebarkan tuduhan tidak benar ini.

“Prosiding mahkamah masih berjalan dan wajar dihormati oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Yahya berkata, MUIS telah memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap keseluruhan akaun kewangannya termasuk Tabung Zakat.

Katanya, ia adalah bagi membuktikan komitmen terhadap integriti dan ketelusan MUIS.

“Hasil siasatan SPRM mendapati tiada sebarang unsur salah laku atau jenayah melibatkan mana-mana pegawai MUIS,” katanya.

Selain itu katanya, Jabatan Audit Negara turut menjalankan audit kewangan terhadap akaun MUIS setiap tahun, dan hasilnya institusi itu menerima Sijil Tanpa Teguran selama lima tahun berturut-turut.

Katanya, sijil itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap pengurusan kewangan yang telus, berhemah dan mengikut piawaian perakaunan yang ditetapkan.

“Dari sudut pengurusan kualiti, MUIS turut memperoleh Pensijilan Antarabangsa MS ISO 9001:2015 sejak tahun 2021, manakala kini berada di peringkat akhir untuk memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016.

“MUIS sentiasa komited memastikan tadbir urusnya kekal bersih, berintegriti dan bebas daripada sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tohmahan dan fitnah berunsur jahat yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjejaskan imej MUIS sebagai institusi Islam yang memelihara kebajikan asnaf dan memperkasa umat Islam di Sabah.

“MUIS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemar nama baik institusi ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/muis-nafi-dakwaan-salah-guna-kuasa-tegaskan-tuduhan-lama-tidak-berasas/feed/ 0 85061
MUIS terima zakat perniagaan lebih RM2.9 juta https://sabahmedia.com/2025/03/25/muis-terima-zakat-perniagaan-lebih-rm2-9-juta/ https://sabahmedia.com/2025/03/25/muis-terima-zakat-perniagaan-lebih-rm2-9-juta/#respond Tue, 25 Mar 2025 00:51:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71059
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM2.9 juta membabitkan 10 buah agensi perniagaan di sini semalam.

Penyerahan zakat perniagaan itu diserahkan kepada Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin dan disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Majlis yang diadakan sempena Program Mutiara Kasih Ramadan dan Sinar Tinta Mahrajan itu turut dihadiri isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Faridah Tussin dan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Antara agensi yang terlibat menyerahkan zakat perniagaan itu termasuklah TM Technologies Services Sdn Bhd (RM509,262); Agrobank (RM500,000); Bank Muamalat (RM452,515.24); Takaful Malaysia (RM400,000) dan Lembaga Koko Malaysia (RM328,175.49).

Selain itu, turut menyerahkan zakat perniagaan Affin Islamic Bank Berhad (RM300,000); Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (RM198,4040.64); Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (RM100,000); Zirbad Resources Sdn Bhd (RM100,000) dan KPJ Sabah Specialist Hospital (RM60,000).

Pada majlis itu juga, turut disampaikan sumbangan tunai kepada 50 orang asnaf sekitar Kota Kinabalu yang disumbangkan MUIS dan bakul makanan yang disumbangan TM.

Terdahulu, Arifin ketika ditemui berkata, zakat yang diterima telah disampaikan kepada fakir miskin dan asnaf yang layak menerima.

“Apa yang lebih menarik, kita telah memberikan sumbangan yang besar untuk pembangunan pendidikan di negeri ini.

“Lebih kurang RM40 juta tahun lalu kita sumbangkan untuk pembangunan pendidikan yang menjadi teras kepada kekuatan kita,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/25/muis-terima-zakat-perniagaan-lebih-rm2-9-juta/feed/ 0 71059
MUIS serah agihan zakat kepada UMS https://sabahmedia.com/2025/03/15/muis-serah-agihan-zakat-kepada-ums/ https://sabahmedia.com/2025/03/15/muis-serah-agihan-zakat-kepada-ums/#respond Sat, 15 Mar 2025 03:06:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70417
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Bahagian Zakat dan Fitrah menyerahkan agihan zakat sebanyak RM776,634.90 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penyerahan zakat harta itu disampaikan Penolong Setiausaha Kanan (Pungutan) MUIS, Wan Mohd. Zakri Wan Yaacob kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor, pada Majlis Iftar Perdana UMS di sini semalam.

Majlis penyerahan itu disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang turut menyampaikan bantuan zakat kepada lapan pelajar universiti tersebut.


Agihan kutipan zakat harta bagi tahun itu adalah hasil memorandum perjanjian (MOA) yang telah dimeterai pada tahun 2022 bagi membantu meringankan beban kewangan asnaf dalam kalangan pelajar dan kakitangan UMS.


Tahun ini merupakan tahun ketiga agihan zakat harta yang diberikan kepada UMS dengan kutipan tertinggi sebanyak RM1.5 juta pada tahun lalu.

Di samping itu, Tun Musa turut menunaikan solat terawih bersama 500 warga pentadbir, pendidik dan para pelajar UMS.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/15/muis-serah-agihan-zakat-kepada-ums/feed/ 0 70417