muis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 22 Sep 2026 22:14:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar Sabah di Mesir diingatkan fokus pengajian, elak pengaruh negatif https://sabahmedia.com/2026/09/23/pelajar-sabah-di-mesir-diingatkan-fokus-pengajian-elak-pengaruh-negatif/ https://sabahmedia.com/2026/09/23/pelajar-sabah-di-mesir-diingatkan-fokus-pengajian-elak-pengaruh-negatif/#respond Tue, 22 Sep 2026 22:13:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103947
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di negara Timur Tengah diingatkan supaya sentiasa menjaga diri, memberi tumpuan kepada pengajian serta tidak mudah terpengaruh dengan budaya atau fahaman yang tidak selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Ramlan Awang Ali, berkata pelajar yang dihantar ke Mesir perlu menggunakan peluang berkenaan untuk menimba ilmu dan pengalaman yang kemudiannya dapat dimanfaatkan apabila mereka kembali ke Sabah.

Beliau berkata, pelajar juga perlu berhati-hati sepanjang berada di luar negara dan tidak mudah terikut-ikut dengan pengaruh yang boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pengajian.

“Pesanan kita, mudah-mudahan anak-anak pelajar yang kita hantar ini belajarlah rajin-rajin, baik-baik. 

“Jangan mudah terpedaya ataupun terikut-ikut dengan budaya-budaya yang kurang elok ataupun fahaman-fahaman yang mungkin bukan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kita amalkan di negeri Sabah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Sabah yang akan berlepas ke Mesir bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dan Ma’had Qiraat Shubra, Al-Azhar.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin bagi mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Ramlan berkata, MUIS turut memastikan kebajikan pelajar Sabah di Mesir mendapat perhatian menerusi pemantauan berterusan bagi membantu mereka menghadapi sebarang keperluan sepanjang tempoh pengajian.

Katanya, pelajar yang tiba di Kaherah akan disambut oleh pelajar senior Sabah yang berada di sana selain dibantu pegawai yang ditugaskan menjaga kebajikan mereka.

“Di sana kita juga ada pegawai-pegawai yang memang ditugaskan untuk menjaga kebajikan mereka.

“Begitu juga dengan pelajar-pelajar senior dan Persatuan Mahasiswa di Al-Azhar yang boleh membantu sekiranya terdapat sebarang permasalahan,” katanya.

Menurutnya, Bahagian Pendidikan MUIS juga sentiasa memastikan keperluan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di luar negara dapat diusahakan dan diselesaikan secepat mungkin.

Beliau berkata, pendekatan itu penting supaya sebarang masalah berkaitan kebajikan atau keperluan pelajar tidak menjejaskan semangat mereka untuk meneruskan pengajian.

“Kita mahu mereka bersemangat belajar supaya bila balik ke Sabah nanti boleh membawa ilmu dan pengalaman masing-masing untuk diajar pula kepada rakyat di negeri Sabah kita,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, MUIS pada tahun ini menghantar pelajar ke Mesir bagi mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang termasuk Usuluddin dan Qiraat, berdasarkan tawaran pengajian yang diterima masing-masing.

Setakat sesi 2025/2026, kira-kira 96 pelajar Sabah berada di Al-Azhar sebelum kemasukan pelajar baharu menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 124 orang.

Selain Mesir, kira-kira 15 pelajar Sabah turut mengikuti pengajian di Jordan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/23/pelajar-sabah-di-mesir-diingatkan-fokus-pengajian-elak-pengaruh-negatif/feed/ 0 103947
30 pelajar Sabah lanjut pengajian ke Al-Azhar, Maahad Qiraat Shoubra https://sabahmedia.com/2026/09/22/30-pelajar-sabah-lanjut-pengajian-ke-al-azhar-maahad-qiraat-shoubra/ https://sabahmedia.com/2026/09/22/30-pelajar-sabah-lanjut-pengajian-ke-al-azhar-maahad-qiraat-shoubra/#respond Tue, 22 Sep 2026 06:31:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103911
Read Time:2 Minute, 32 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Seramai 30 pelajar dari negeri ini akan berangkat ke Mesir tahun ini bagi melanjutkan pengajian di dua universiti iaitu Universiti Al-Azhar dan Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, berkata peluang menuntut ilmu di negara Timur Tengah itu bukan sekadar satu pencapaian akademik, sebaliknya merupakan amanah besar yang perlu dipikul setiap pelajar.

“Pergilah ke Mesir dengan niat yang betul. Tuntutlah ilmu kerana Allah SWT. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh, berdisiplin dan penuh kesabaran.

“Ingatlah bahawa saudara dan saudari bukan hanya membawa buku dan pakaian apabila berangkat nanti. Saudara dan saudari membawa bersama harapan ibu bapa, doa keluarga, amanah penaja serta nama baik Sabah dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat kepada 30 pelajar yang melanjutkan pengajian  di Universiti Al-Azhar dan Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin.

Daripada jumlah itu, 28 orang merupakan pelajar tajaan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), manakala dua lagi menerima tajaan Yayasan Sabah.

Arifin berkata, pelajar yang berada di Mesir akan berpeluang bergaul dengan pelajar dari pelbagai negeri dan negara selain menimba pengalaman bersama ulama, masyaikh dan ilmuwan.

Sehubungan itu, katanya, mereka perlu memanfaatkan pengalaman berkenaan untuk membina ilmu, kematangan dan keperibadian.

“Jagalah adab, akhlak dan disiplin. Hormatilah para guru dan pensyarah. Patuhi peraturan universiti dan negara.

“Jagalah hubungan sesama rakan dan jangan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan pengajian serta masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 24 pelajar akan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, terdiri daripada 13 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan.

Enam lagi akan mengikuti pengajian di Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar, membabitkan empat pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan.

Bagi 28 pelajar tajaan MUIS, Arifin berkata, Dermasiswa Awal sebanyak RM9,000 disediakan bagi setiap pelajar sebagai persediaan sebelum memulakan pengajian.

Jumlah keseluruhan dermasiswa berkenaan adalah RM252,000, manakala peruntukan tiket penerbangan pula berjumlah RM100,821.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi Dermasiswa Awal dan tiket penerbangan untuk kumpulan berkenaan sebanyak RM352,821.

Arifin berkata, bantuan berkenaan bukan sekadar angka dalam peruntukan, sebaliknya mencerminkan komitmen dalam memastikan anak-anak Sabah mendapat peluang melanjutkan pengajian serta membuat persiapan sebelum memulakan kehidupan sebagai mahasiswa di Mesir.

“Bagi kumpulan yang diraikan pada hari ini, MUIS turut menyediakan Dermasiswa Awal bagi membantu persiapan anak-anak sebelum memulakan pengajian di Mesir.

“Maka, kepada anak-anak penerima tajaan, hargailah amanah ini. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Jagalah disiplin. Gunakan bantuan yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan,” katanya.

Arifin turut menyeru pelajar supaya tidak melupakan Sabah dan keluarga apabila berada di perantauan, selain kembali ke negeri ini selepas tamat pengajian dengan membawa ilmu yang bermanfaat.

Menurutnya, Sabah memerlukan generasi muda yang bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik, tetapi turut memiliki ilmu, akhlak, kemahiran, pengalaman dan semangat untuk berkhidmat.

Beliau berharap pelajar berkenaan pada masa hadapan dapat menjadi ulama, pendidik, pendakwah, profesional dan pemimpin masyarakat yang mampu menyumbang kepada pembangunan agama dan negeri. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/22/30-pelajar-sabah-lanjut-pengajian-ke-al-azhar-maahad-qiraat-shoubra/feed/ 0 103911
MUIS perkukuh peranan dakwah, pendidikan dan kebajikan rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2025/09/30/muis-perkukuh-peranan-dakwah-pendidikan-dan-kebajikan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/09/30/muis-perkukuh-peranan-dakwah-pendidikan-dan-kebajikan-rakyat-sabah/#respond Tue, 30 Sep 2025 08:53:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82261
Read Time:1 Minute, 14 Second

TAWAU: Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) menegaskan komitmennya bukan sahaja dalam memperkukuh aspek dakwah dan pendidikan, malah terus menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan asnaf serta mangsa bencana di seluruh negeri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha ini dilaksanakan secara berterusan melalui pelbagai saluran termasuk bahagian zakat dan fitrah.

“Tahun ini lebih RM20 juta diperuntukkan khusus untuk bantuan pendidikan, derma siswa serta sokongan kebajikan lain. MUIS juga sentiasa hadir membantu mangsa kebakaran, banjir dan lain-lain musibah di setiap daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan MUIS kepada 10 keluarga mangsa kebakaran di Batu Empat, Tawau dalam majlis yang diadakan di Masjid Al Hidayah Nurul Jannah, Kampung Hidayat, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, setiap keluarga menerima bantuan tunai RM1,000 dan bakul makanan, selain inisiatif tambahan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah yang akan menyalurkan bantuan kelengkapan sekolah kepada anak-anak mangsa.

Menurut Mohd Arifin, inisiatif itu jelas menunjukkan peranan MUIS yang dekat dengan masyarakat, bukan sahaja dalam membimbing ummah melalui program keilmuan dan dakwah, tetapi juga menjaga kebajikan mereka yang ditimpa musibah.

“MUIS bergerak sebagai institusi menyeluruh. Kami memastikan asnaf terbela, pendidikan anak-anak diperkasa dan kebajikan masyarakat terus dijaga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan setinggan dan rumah atas air supaya sentiasa berhati-hati serta mengutamakan aspek keselamatan.

“Saya harap JKKK dan ketua-ketua kampung sentiasa menasihati penduduk agar lebih berwaspada, khususnya dalam keadaan cuaca sekarang,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/30/muis-perkukuh-peranan-dakwah-pendidikan-dan-kebajikan-rakyat-sabah/feed/ 0 82261
40 pelajar Sabah terima dermasiswa ikuti program guaman syarie di USIM https://sabahmedia.com/2025/08/04/40-pelajar-sabah-terima-dermasiswa-ikuti-program-guaman-syarie-di-usim/ https://sabahmedia.com/2025/08/04/40-pelajar-sabah-terima-dermasiswa-ikuti-program-guaman-syarie-di-usim/#respond Mon, 04 Aug 2025 07:27:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78545
Read Time:1 Minute, 19 Second

Nilai :  Seramai 40 orang pelajar Bumiputera Sabah bakal menerima dermasiswa penuh bagi mengikuti Program Diploma Lepasan Ijazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) hasil kerjasama strategik antara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Fakulti Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) kerjasama itu diadakan di kampus USIM di sini pada Isnin dan disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin ketika berucap berkata, menerusi inisiatif itu, setiap pelajar akan menerima tajaan yuran pengajian sebanyak RM9,500 setahun, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bernilai RM380,000 setahun yang dibiayai oleh Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS. 

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada pelajar lepasan bidang syariah dan undang-undang yang belum bekerja.

Menurutnya, program itu merupakan langkah proaktif dalam membina sumber manusia berkelayakan bagi menyokong perkembangan sistem kehakiman syariah di Sabah, terutamanya selepas kelulusan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Negeri Sabah pada Julai 2024.

“Penubuhan Mahkamah Syariah Utama di Sabah menuntut bukan sahaja infrastruktur yang kukuh, tetapi juga keperluan kepada hakim syarie dan pengamal undang-undang syarie yang terlatih dan berkualiti,” katanya.

Program DIJAP ini akan dilaksanakan secara pesisir di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), dengan sokongan penuh daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah turut memuji kerjasama antara MUIS dan USIM sebagai contoh sinergi terbaik antara institusi agama dan institusi pengajian tinggi dalam memperkasa pembangunan modal insan serta sistem perundangan syariah di Sabah.

“Saya yakin, usaha ini akan melahirkan lebih ramai Hakim Syarie, Pendakwa Syarie dan Pengamal Undang-undang Islam yang berwibawa dan berintegriti,” katanya . – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/04/40-pelajar-sabah-terima-dermasiswa-ikuti-program-guaman-syarie-di-usim/feed/ 0 78545
Wisma Harta terus pacu peranan ekonomi, sosial di bangunan MUIS https://sabahmedia.com/2025/07/18/wisma-harta-terus-pacu-peranan-ekonomi-sosial-di-bangunan-muis/ https://sabahmedia.com/2025/07/18/wisma-harta-terus-pacu-peranan-ekonomi-sosial-di-bangunan-muis/#respond Fri, 18 Jul 2025 04:14:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77512
Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Wisma Harta Sdn Bhd memainkan peranan penting bagi memastikan bangunan Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) terus mendapat perhatian pengunjung setempat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bangunan Wisma MUIS sentiasa menjadi kunjungan khususnya untuk mengadakan pelbagai program dan acara besar.

“Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada semua penerima anugerah dan mereka yang telah menamatkan perkhidmatan. Jasa anda amat dihargai.  Saya juga berharap agar Wisma Harta dapat berdikari dan mampu menjana keuntungan demi menyumbang kembali kepada MUIS.

“Saya percaya semua kakitangan dan pegawai Wisma Harta mampu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan semangat kerjasama.

“Mereka adalah tunjang kepada kelancaran operasi di bangunan MUIS yang sering menjadi tumpuan pelbagai program, termasuk majlis perkahwinan, urusan ekonomi dan acara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Wisma Harta Sdn Bhd di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Arifin turut menyentuh kerjasama strategik antara Wisma Harta dan Sedcovest dalam menguruskan Souq El-Madinah, sebuah pusat perniagaan yang diwujudkan kerajaan untuk membantu menjana ekonomi umat Islam di negeri ini.

Katanya, peranan anak syarikat seperti Wisma Harta tidak harus dipandang ringan kerana mereka memainkan peranan langsung dalam memudahkan urusan komuniti dan menyokong pembangunan ekonomi setempat.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah kepada pegawai dan staf yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang serta penghargaan kepada mereka yang telah bersara. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/18/wisma-harta-terus-pacu-peranan-ekonomi-sosial-di-bangunan-muis/feed/ 0 77512
MUIS serah sumbangan kepada mangsa terjejas banjir di Membakut, Beaufort https://sabahmedia.com/2025/02/09/muis-serah-sumbangan-kepada-mangsa-terjejas-banjir-di-membakut-beaufort/ https://sabahmedia.com/2025/02/09/muis-serah-sumbangan-kepada-mangsa-terjejas-banjir-di-membakut-beaufort/#respond Sun, 09 Feb 2025 12:14:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68335
Read Time:1 Minute, 31 Second

Membakut : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi Pusat Zakat Sabah (PZS) menyampaikan sumbangan kepada 257 ketua isi rumah (KIR) yang masih ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah di sini hari ini.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara daerah yang terlibat adalah di daerah Membakut dan Beaufort.

Katanya, sumbangan itu adalah berupa wang tunai dan bakul makanan yang akan diterima KIR terlibat.

“Hari ini saya bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS memberikan sumbangan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Membakut untuk daerah Membakut dan saya ucap terima kasih kepada MUIS kerana tampil membantu mangsa banjir.

“Saya juga akan ke Beaufort untuk meninjau PPS di Dewan Selagon dan MUIS juga akan memberikan sedikit sumbangan untuk mangsa banjir di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa terjejas banjir di PPS Dewan SMK Membakut di sini petang tadi.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pihaknya berharap agar situasi banjir di daerah itu akan surut dan beransur pulih seperti biasa.

“Saya difahamkan ada tempat yang mula surut tapi ada tempat yang naik airnya dan kita sentiasa bersiap siaga. Saya ucapkan terima kasih kepada pegawai daerah yang menjadi pengerusi kepada jawatankuasa ini serta agensi-agensi yang terlibat.

“Saya juga harap mula hari dan esok air akan surut. Mudah-mudahan yang masih terlibat dengan banjir ini saya nasihatkan agar mereka memberitahu kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) masing-masing.

“Dan JKKK juga saya harap dapat memantau pemimpin-pemimpin masyarakat dan jangan khuatir kita sentiasa membantu demikian juga Jawatankuasa ini sentiasa memantau dari kampung ke kampung,” katanya.

Terdahulu, mangsa yang masih ditempatkan di Beaufort adalah seramai 538 orang masing-masing ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon dan Dewan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/09/muis-serah-sumbangan-kepada-mangsa-terjejas-banjir-di-membakut-beaufort/feed/ 0 68335
147 murid SK Weston terima wang zakat https://sabahmedia.com/2024/11/29/147-murid-sk-weston-terima-wang-zakat/ https://sabahmedia.com/2024/11/29/147-murid-sk-weston-terima-wang-zakat/#respond Fri, 29 Nov 2024 05:25:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64594
Read Time:1 Minute, 9 Second

Beaufort : Seramai 147 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Weston di sini menerima wang zakat daripada Pusat Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Majlis penyerahan disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam di SK Weston di sini.

Ruslan ketika berucap berkata, zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan.

Katanya, selain menyucikan harta, zakat juga berperanan besar dalam membantu golongan yang memerlukan, termasuk dalam bidang pendidikan.

“Hari ini, kita menyaksikan bagaimana institusi zakat memainkan peranannya dalam memperkukuhkan kebajikan masyarakat melalui agihan kepada pelajar sekolah.

“Gunakanlah bantuan ini untuk tujuan yang bermanfaat, terutamanya untuk keperluan pembelajaran seperti membeli buku, alat tulis, atau pakaian sekolah.

“Pendidikan adalah kunci kejayaan. Anda adalah harapan keluarga, masyarakat, dan negara. Kejayaan anda kelak adalah kejayaan kita semua,” katanya.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan juga mahu para penerima untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Katanya, cabaran dalam kehidupan mungkin banyak, tetapi dengan semangat, doa, dan sokongan semua pihak, beliau yakin murid terlibat akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, peranan guru sebagai pendidik amat besar maknanya.

“Anda bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga membentuk sahsiah pelajar menjadi insan yang berguna. Teruskan usaha murni ini dengan penuh dedikasi.

“Sokongan anda kepada pelajar, terutamanya mereka yang memerlukan, akan sentiasa dikenang sebagai jasa yang tidak ternilai,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/29/147-murid-sk-weston-terima-wang-zakat/feed/ 0 64594
MUIS taja kos pendidikan anak Sabah lebih RM25 juta sehingga Oktober lalu https://sabahmedia.com/2024/11/24/muis-taja-kos-pendidikan-anak-sabah-lebih-rm25-juta-sehingga-oktober-lalu/ https://sabahmedia.com/2024/11/24/muis-taja-kos-pendidikan-anak-sabah-lebih-rm25-juta-sehingga-oktober-lalu/#respond Sun, 24 Nov 2024 02:07:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64307
Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah membelanjakan lebih RM25 juta bagi menaja kos pendidikan anak-anak Sabah yang melanjutkan pengajian ke beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta.

Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata, tajaan itu meliputi mereka yang menuntut di IPT dalam negara termasuk di Jordan dan Kaherah.

“Setakat Oktober lalu, kita (MUIS) sudah membelanjakan lebih RM25 juta wang zakat bagi tujuan tajaan pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian tidak kira di Malaysia mahupun yang berada di Jordan serta Kaherah.

“Ini termasuk wang pendaftarannya, bayaran tiketnya dan lain-lain dimana setahun mereka mendapat RM9,000 secara sekali bayar pada setiap tahun sepanjang pengajian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meraikan pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di Maahad Qiraat Shoubra Universiti Al-Azhar Mesir di Lapangan Terbang Antarabansa Kota Kinabalu (KKIA) di sini semalam.

Seramai tujuh pelajar akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah di Universiti berkenaan selama empat tahun.

Malai Ali berkata, pelajar terlibat merupakan pelajar daripada Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITKAS)

“Hari ini (semalam) kita seramai tujuh orang pelajar ke Shoubra. Di bidang amal Shoubra, ini bidang tahfiz Quran. Mereka ini daripada ITKAS di Kota Kinabalu ini.

“Tahun ini saja di Mesir, campur dengan yang Shoubra ini, tidak kurang daripada 30 orang yang kita sudah hantar. Ini termasuklah beberapa pelajar ke Jordan dan Mesir baru-baru ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/24/muis-taja-kos-pendidikan-anak-sabah-lebih-rm25-juta-sehingga-oktober-lalu/feed/ 0 64307
MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters https://sabahmedia.com/2024/05/09/muis-jheains-digesa-bincang-kajian-bina-kuarters/ https://sabahmedia.com/2024/05/09/muis-jheains-digesa-bincang-kajian-bina-kuarters/#respond Thu, 09 May 2024 08:03:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54167
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) digesa mengadakan perbincangan serta kajian pembinaan kuarters kakitangan.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perbincangan dan kajian bersama yang akan dibuat dua agensi agama itu penting bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Ia merupakan salah satu usaha bagi memastikan kebajikan kakitangan jabatan tersebut terus dijaga dan sekiranya dapat dilaksana ia sangatlah baik bagi membantu kakitangan yang memerlukan kemudahan tersebut.

“Diharap kajian itu dapat dijalankan dengan kadar segera dan maklumat lanjut mengenai usaha berkenaan akan segera dimaklumkan kepada media dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JHEAINS Tahun 2023 di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS, Jumain Abdul Ghani turut menyambut baik saranan untuk membina kuarters bagi kakitangan jabatan tersebut memandangkan ramai kakitangan JHEAINS dan MUIS yang mengalami kesukaran seperti tidak mempunyai rumah sehingga perlu menyewa.

“Bagi memastikan usaha tersebut kena pada sasarannya maka keutamaan yang akan menikmati kemudahan tersebut nanti akan diberikan kepada kakitangan peringkat rendah dan kurang berkemampuan.

“Beberapa lokasi juga sudah ada dalam senarai untuk dipertimbangkan bagi menjadi tapak lokasi pembinaan kuarters tersebut dan Insyaallah perbincangan lebih lanjut juga akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, seramai 35 kakitangan JHEAINS menerima APC bagi Tahun 2023 manakala 20 orang penerima pula menerima kategori Anugerah Khas Cemerlang JHEAINS bagi Tahun 2023.

Hadir sama,Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Islam (SIEDEC) merangkap Ahli Majlis Tertinggi MUIS, Datuk Sairin Karno,Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/09/muis-jheains-digesa-bincang-kajian-bina-kuarters/feed/ 0 54167
MUIS terima Zakat Perniagaan RM228,854.35 dari 13 pembayar zakat https://sabahmedia.com/2023/04/12/muis-terima-zakat-perniagaan-rm228854-35-dari-13-pembayar-zakat/ https://sabahmedia.com/2023/04/12/muis-terima-zakat-perniagaan-rm228854-35-dari-13-pembayar-zakat/#respond Wed, 12 Apr 2023 14:32:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32646
Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima sejumlah RM228,854.35 zakat perniagaan daripada 13 pembayar – pembayar zakat semasa Majlis Berbuka Puasa MUIS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis penyerahan zakat perniagaan disaksikan oleh Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.

Pembayar-pembayar zakat tersebut termasuklah KPJ Sabah Specialist Hospital 2022 RM 60,000.00, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2021 RM 18,720.00, Jamilah FSFY Sdn Bhd 2022 RM 40,276.40, Jamilah SFY Group Sdn Bhd 2022 RM 17,483.55, FM Fresh Mart 2022 RM 30,000.00, Farmasi Aslam 2022 RM 16,000.00, Andong Engineering 2022 RM 13,693.09 dan Saleh Truck & Trailer Manufacturer Sdn Bhd 2022 RM 9,429.92.

Manakala, Koperasi Wanita Kota Kinabalu Berhad 2020 & 2021 RM 11,918.72, Koperasi Smk Tansau Berhad 2020 RM 4,662.91, Koperasi SMK Sanzac Berhad 2022 RM 2,826.00, Koperasi Jabatan Cetak Kerajaan Sabah Berhad 2019 RM 2,237.37 dan Koperasi SMK Badin Tuaran Berhad 2021 RM 1,607.34.

Sementara itu, menurut Yahya dalam ucapannya, sepanjang tahun 2022 yang lepas, MUIS menerusi bahagian-bahagian di bawahnya giat menggandakan aktiviti ke arah memartabatkan syiar Islam, memperkasa ekonomi serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Sabah dan Malaysia amnya.

Katanya, disokong dengan komitmen dan kecemerlangan warga kerja yang tidak berbelah bahagi, MUIS telah melakar beberapa kejayaan yang cukup membanggakan. Antara kejayaan-kejayaan tersebut adalah MUIS telah berjaya mengekalkan Pensijilan ISO 9001:2015. Penganugerahan tersebut telah diberikan kepada MUIS oleh Juruaudit Bertauliah Antarabangsa SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.

“MUIS telah memperolehi Sijil Bersih daripada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk 3 tahun berturut-turut bagi prestasi Penyata Kewangan Tahun 2019 ,Penyata Kewangan Tahun 2020 dan Penyata Kewangan Tahun 2021.

“Pada tahun 2022, Majlis Ugama Islam Sabah menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah telah merekodkan pungutan zakat berjumlah RM133.4 juta dan agihan berjumlah RM122 juta. Ini adalah melebihi daripada unjuran yang dijangkakan, malah merupakan lakaran rekod baharu pencapaian pengurusan pungutan dan agihan zakat khususnya di Sabah,” katanya.

Beiau berkata, menerusi Bahagian Wakaf dan Baitulmal, hal ehwal pengurusan wakaf di negeri ini telah diperkemas dan diperkasakan.

“Antaranya pelancaran Wakaf Tunai, penganjuran siri jelajah Kesedaran Berwakaf di seluruh daerah dan pembangunan serta penyelidikan (R&D) variasi produk Wakaf Tunai & pembangunan Wakaf Hartanah melalui kerjasama strategik bersama-sama dengan pihak pemain industri wakaf, institusi perbankan dan sektor korporat seperti Yayasan Infaq ANGKASA, Waqaf An Nur dan SIRIM,” jelasnya.

Manakala bi bawah MUIS Halal Hub, Yahya berkata, perkhidmatan sertu iaitu proses menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah (najis berat) sedang giat dilaksanakan sejak tahun lepas. Selain pengenalan Surat Perakuan Patuh Syariah (SPPS) untuk usahawan di bawah industri mikro (home based), MUIS Halal Hub juga sedang dalam usaha membangunkan Makmal Halal dan Ekosistem Halal Maritim di negeri Sabah.

“Demikianlah penglibatan dan sumbangan yang telah dicapai oleh setiap bahagian di MUIS hasil komitmen padu warga kerja MUIS.

“Semoga segala usaha dalam kerangka memartabatkan syiar Islam dan memperkasa ekonomi umat Islam khususnya di Sabah mampu diterjemah dan direalisasikan sejajar dengan visi dan misi penubuhan MUIS itu sendiri,” ujarnya.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Timbalan Yang Dipertua MUIS Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/12/muis-terima-zakat-perniagaan-rm228854-35-dari-13-pembayar-zakat/feed/ 0 32646