Murid – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Jul 2026 09:45:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Murid – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis siasat dakwaan kes buli libatkan dua murid sekolah rendah https://sabahmedia.com/2026/07/08/polis-siasat-dakwaan-kes-buli-libatkan-dua-murid-sekolah-rendah/ https://sabahmedia.com/2026/07/08/polis-siasat-dakwaan-kes-buli-libatkan-dua-murid-sekolah-rendah/#respond Wed, 08 Jul 2026 09:45:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99552
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat dakwaan kejadian buli dan serangan fizikal yang membabitkan dua murid sekolah rendah di daerah ini selepas menerima satu laporan polis pada 7 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, laporan itu dibuat oleh bapa kepada kedua-dua mangsa yang mendakwa anak-anaknya menjadi mangsa gangguan dan serangan fizikal oleh seorang murid lelaki.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian pertama dipercayai berlaku pada 6 Julai apabila seorang murid perempuan berusia 12 tahun didakwa ditendang pada bahagian belakang kepala oleh rakan sekelasnya.

“Keesokan harinya, adik mangsa yang turut bersekolah di sekolah sama pula didakwa ditendang pada bahagian perut oleh murid lelaki yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa perempuan dilaporkan mengalami sakit kepala, manakala adiknya berada dalam keadaan trauma dan ketakutan susulan kejadian itu.

Katanya, pengadu turut mendakwa suspek sering mengganggu kedua-dua mangsa melalui panggilan berunsur hinaan serta gangguan fizikal di dalam kelas, yang dipercayai berlaku secara berterusan sejak awal sesi persekolahan.

Syed Lot berkata, polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti penuh suspek, merakam percakapan mangsa, saksi, guru serta pihak pentadbiran sekolah.

“Pemeriksaan perubatan terhadap mangsa turut dijalankan bagi menentukan tahap kecederaan yang dialami,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 507(b) Kanun Keseksaan.

Beliau menegaskan polis memandang serius sebarang bentuk buli dan keganasan yang melibatkan kanak-kanak serta akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan siasatan serta mendedahkan identiti kanak-kanak yang terlibat.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Movendran A/L Apoorvasamy di talian 018-5746310 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/08/polis-siasat-dakwaan-kes-buli-libatkan-dua-murid-sekolah-rendah/feed/ 0 99552
Bomba Bantu Murid Lelaki Kemaluannya Tersepit Di Zip Seluar https://sabahmedia.com/2022/01/11/bomba-bantu-murid-lelaki-kemaluannya-tersepit-di-zip-seluar/ https://sabahmedia.com/2022/01/11/bomba-bantu-murid-lelaki-kemaluannya-tersepit-di-zip-seluar/#respond Tue, 11 Jan 2022 10:28:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11012
Read Time:36 Second

MEMBAKUT: Keadaan menjadi cemas apabila seorang murid lelaki, kemaluannya tersepit di zip seluar dalam satu kejadian di Klinik Kesihatan Membakut dekat sini pada Selasa.

Menurut satu kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikeluarkan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Klinik Kesihatan Membakut pada jam 9.52 pagi tadi (11 Jan) mengenai insiden itu.

“Setiba di lokasi kejadian, ketua operasi pasukan Bomba melaporkan terdapat mangsa seorang kanak-kanak sekolah rendah lelaki berusia lingkungan lapan tahun itu lengkap memakai pakaian sekolah dan mendapati kemaluannya tersepit di zip seluarnya.

“Pasukan bomba bertindak memotong zip tersebut dan melonggarkan bahagian yang tersepit dan setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 10:50 pagi,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/11/bomba-bantu-murid-lelaki-kemaluannya-tersepit-di-zip-seluar/feed/ 0 11012
Penyelidik UMS Bangunkan Modul STEM Bantu PdPR Murid Prasekolah https://sabahmedia.com/2021/06/25/penyelidik-ums-bangunkan-modul-stem-bantu-pdpr-murid-prasekolah/ https://sabahmedia.com/2021/06/25/penyelidik-ums-bangunkan-modul-stem-bantu-pdpr-murid-prasekolah/#respond Fri, 25 Jun 2021 04:10:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1902
Read Time:2 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) membangunkan modul bagi membantu memudahkan para guru dan ibu bapa menghadapi cabaran mendidik murid prasekolah sepanjang tempoh Pengajaran dan Pendidikan di Rumah (PdPR).

Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak FPP UMS, Dr Connie Cassy Ompok berkata, modul yang berasaskan konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) itu terinspirasi daripada geran penyelidikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Menerusi geran ini, sekumpulan penyelidik UMS telah membangunkan Modul STEM Makanan dan Minuman yang mengangkat dapur memasak sebagai makmal maya.

“Dengan menukar dapur menjadi makmal maya, ibu bapa dapat menjana bahan pembelajaran yang mudah didapati di rumah mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Modul tersebut dibangunkan oleh kumpulan penyelidik yang terdiri daripada beliau sendiri, Dr. Nur Suhaidah Sukor, Dr. Musirim Mosin, dan Masalinah Jamri.

Menurut Connie, pada awalnya ia dibangunkan dengan berkonsepkan “bahan kitar semula” sebelum diubah selepas sekolah ditutup akibat pandemik Covid-19.

“Dalam fasa pembangunan modul, timbul persoalan tentang bagaimanakah cara terbaik dalam memperkenalkan STEM kepada murid prasekolah, yang pada dasarnya berada dalam fasa perkembangan awal kanak-kanak dan secara naluri amat menyukai aktiviti bermain sambil belajar.

“Bagi menjawab persoalan tersebut, dapur memasak sebagai makmal maya dilihat bertepatan untuk meneroka pelbagai jenis topik STEM yang digariskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2017).

“Proses menyiapkan makanan adalah bahagian penting dalam kehidupan harian, yang bermaksud bahawa pembelajaran boleh berlaku dalam konteks semula jadi dan lebih bermakna kerana pada masa yang sama aktiviti pendidikan ini dapat menghasilkan makanan yang lazat,” jelasnya.

Ujar Connie, pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, maka pergerakan ibu bapa juga telah dihadkan, dan kesempatan ini dapat digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk mencari bahan yang diperlukan bagi tujuan pembelajaran anak-anak.

“Dalam aktiviti Kereta Api saya misalnya, murid didedahkan dengan kemahiran manipulatif, iaitu kaedah menggunakan peralatan secara selamat dan betul dalam membina struktur asas kereta api daripada sayur-sayuran.

“Aktiviti ini juga memperkenalkan anak-anak tentang warna, serta menentukan nama buah dan sayur-sayuran. Aktiviti ini memenuhi standard pembelajaran tunjang Awal Sains, iaitu membanding beza dari segi saiz (besar-kecil, panjang-pendek) dan menggunakan elemen deria hidu dan rasa (masin, manis, masam, dan pahit).

“Modul ini juga memperkenalkan konsep awal Matematik, iaitu kemahiran mengukur unit bukan piawai bagi isipadu cecair,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Connie memaklumkan beliau melalui FPP bersama Nur Suhaidah turut membangunkan sebuah lagi modul untuk murid prasekolah yang dinamakan “Designing Mind, Construction of 3D Model of UMS Clock Tower for Preschoolers” dengan kerjasama penyelidik Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS, Prof. Madya Dr. Abdullah Bade.

“Inovasi ini memperkenalkan asas geometri, Polygonal Modeling dan Constructive Solid Geometry.

“Melalui aktiviti ini, murid dapat memanipulasikan bentuk geometri secara memusing kanan-kiri dan atas-bawah serta menterbalikkan objek secara maya.

“Selain itu, murid didedahkan dengan animasi tiga dimensi 3D, iaitu aplikasi virtual camera dan pencahayaan bagi menghasilkan photorealistic model dalam dunia maya,” katanya.

Kedua-dua modul tersebut turut berjaya mengharumkan nama UMS apabila dinobatkan sebagai penerima pingat perak dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2021, sebuah pameran antarabangsa mengenai inovasi dan teknologi yang berlangsung secara maya pada 14-18 June 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/25/penyelidik-ums-bangunkan-modul-stem-bantu-pdpr-murid-prasekolah/feed/ 0 1902