musa aman – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 20 Dec 2024 14:16:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png musa aman – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya https://sabahmedia.com/2024/12/20/hentikan-fitnah-musa-aman-pilihan-tepat-sebagai-tyt-sabah-yahya/ https://sabahmedia.com/2024/12/20/hentikan-fitnah-musa-aman-pilihan-tepat-sebagai-tyt-sabah-yahya/#respond Fri, 20 Dec 2024 13:29:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65748
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, tampil menggesa pihak tertentu agar menghentikan segala fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap Tun Musa Aman, yang bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11.

Yahya menegaskan bahawa pelantikan Musa sebagai pengganti Tun Juhar Mahiruddin, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember 2024, adalah langkah yang tepat dan sesuai.

Pelantikan tersebut, katanya, dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Negeri dan tidak seharusnya dipertikaikan.

“Musa adalah tokoh berpengalaman luas dan telah banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah, khususnya dalam bidang ekonomi, infrastruktur, sosial, dan politik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Yahya, sebagai bekas Ketua Menteri Sabah, Musa telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri ini.

“Tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan fitnah dan cuba menghasut rakyat untuk membenci kepimpinan negeri dan negara amat tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila isu ini turut melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Memandangkan fitnah terus dilemparkan terhadap Musa, saya menggesa pihak-pihak ini agar segera menghentikan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut,” tegas Yahya, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri penuh di bawah pentadbiran Musa.

Pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 mendapat perkenan Sultan Ibrahim, yang turut menyampaikan Surat Cara Pelantikan pada 17 Disember di Istana Negara.

Musa juga telah dianugerahkan pingat kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa baktinya.

Pelantikan ini mencatatkan sejarah baharu dalam landskap politik Sabah.

Justeru, Yahya menyeru rakyat agar menghormati proses ini demi perpaduan dan kestabilan negeri.

“Sabah memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa, dan saya percaya Musa adalah pilihan yang tepat untuk membawa negeri ini ke arah yang lebih cemerlang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/20/hentikan-fitnah-musa-aman-pilihan-tepat-sebagai-tyt-sabah-yahya/feed/ 0 65748
Musa junjung kasih kepada Agong atas pelantikan TYT Sabah https://sabahmedia.com/2024/12/17/musa-junjung-kasih-kepada-agong-atas-pelantikan-tyt-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/12/17/musa-junjung-kasih-kepada-agong-atas-pelantikan-tyt-sabah/#respond Tue, 17 Dec 2024 07:45:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65580
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Tun Musa Aman menjunjung kasih kepada Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pengurniaan  Surat Cara Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 pada satu istiadat di Istana Negara.

Bekas Ketua Menteri itu menerusi hantaran di Facebooknya turut menzahirkan kesyukuran atas pelantikan tersebut dan turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima suratcara pelantikan sebagai Yang di- Pertua Negeri Sabah ke-11 daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di Singgahsana Kecil Istana Negara Kuala Lumpur.

“Menjunjung Kasih Tuanku. Terima kasih YAB Perdana Menteri Malaysia dan terima kasih YAB Ketua Menteri Sabah,” katanya dalam hantaranya di sini hari ini.

Pada istiadat sama, Musa turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

Musa, 73, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dilantik bagi menggantikan Yang di-Pertua Negeri sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.

Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya Yang di-Pertua Negeri paling lama berkhidmat setakat ini. SABAH MEDIA / FOTO ISTANA NEGARA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/17/musa-junjung-kasih-kepada-agong-atas-pelantikan-tyt-sabah/feed/ 0 65580
Anak Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia https://sabahmedia.com/2021/08/24/anak-bekas-ketua-menteri-sabah-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/anak-bekas-ketua-menteri-sabah-meninggal-dunia/#respond Tue, 24 Aug 2021 06:45:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5156
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta disini.

Kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Musa menyatakan anak lelakinya Mohammed Hayssam yang juga adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021.  Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini. Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan itu.

Pemergian anak Musa itu tersebar di media sosial berdasarkan ucapan takziah beberapa pihak sebelum disahkan melalui kenyataan media dari pejabat Musa dan sumber terdekat yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/anak-bekas-ketua-menteri-sabah-meninggal-dunia/feed/ 0 5156