Musim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Apr 2022 09:21:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Musim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LPKP Setuju Naikkan Kadar Tambang Khas Bas Ekspress Sepanjang Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/#respond Fri, 08 Apr 2022 08:45:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14060
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambang 10% daripada kadar tambang asal perkhidmatan Bas Ekspres, Mesyuarat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) bagi setiap kilometer sepanjang tempoh dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelumnya.

Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung berkata, LPKP Sabah juga mengambil maklum akan keperluan bas tambahan bagi menampung keperluan pengguna di sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang dijangka akan meningkat disebabkan oleh kelonggaran SOP COVID-19 oleh kerajaan.

“Mesyuarat Lembaga LPKP Sabah juga bersetuju untuk membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bagi mana-mana syarikat pengendali Bas Ekpres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat LPKP di sini , hari ini.

Tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April 2022 dan borang boleh didapati di Ibu Pejabat LPKP Sabah, Kota Kinabau, LPKP Sabah Cawangan Tawau dan LPKP Sabah Cawangan Sandakan manakala tempoh sah laku LPS yang telah diluluskan adalah dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022.

“Saya percaya keputusan ini akan mendapat pelbagai maklum balas dari pihak yang terkesan. Namun demikian saya percaya keputusan ini adalah keputusan menang-menang bagi memastikan kebajikan semua pihak terjaga selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Saya juga berharap agar semua pihak yang terlibat akan terus menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita semua dapat membendung penularan COVID-19,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/feed/ 0 14060
Daerah Ranau Kini Musim Buah https://sabahmedia.com/2022/01/21/daerah-ranau-kini-musim-buah/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/daerah-ranau-kini-musim-buah/#respond Fri, 21 Jan 2022 04:53:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11357
Read Time:1 Minute, 17 Second

RANAU: Musim buah adalah yang ditunggu-tunggu bagi penggemar buah-buahan khususnya di daerah ini yang terkenal dengan pengeluaran buah tempatan bermusim seperti durian, rambutan, mangga manis, manggis, tarap, langsat, golden melon dan nanas.

Pengerusi Persatuan Penjaja Buah dan Sayuran di Pasar Terbuka pekan Ranau, Zulkefli Abd.Ghani, 40, berkata, kini penjaja di daerah Ranau sudah mula menuai dan menjual hasil tanaman buah-buahan mereka, ini adalah berita baik buat penggemar buah-buahan di seluruh Sabah, musim buah di daerah ini terutamanya buah durian kini mula mengeluarkan hasil sejak awal tahun dan dijangka berakhir sehingga bulan Mac tahun ini.

Annyza Ujin, 34, antara penjaja buahan  tempatan di Pasar Terbuka pekan Ranau, turut menunjukkan buah durian jenis tembaga hijau.
Annyza Ujin, 34, antara penjaja buahan  tempatan di pasar terbuka pekan Ranau, turut menunjukkan buah durian jenis tembaga hijau.

Menurutnya, antara jenis buah durian yang banyak dijual di pasar terbuka sekarang ini ialah musang king, D8, D24, D101, D96, durian besara,  durian tembaga, durian kahwin, durian sukang, durian tembaga hijau, tarap, rambutan dan banyak lagi.

Antara penjaja buah-buahan menjual hasil tuaian mereka di pasar terbuka pekan Ranau.
Antara penjaja buah-buahan menjual hasil tuaian mereka di pasar terbuka pekan Ranau.
Buah rambutan jenis kelapa juga ada dijual di pasar terbuka pekan Ranau.
Buah rambutan jenis kelapa juga ada dijual di pasar terbuka pekan Ranau.

“Buah durian di sini dijual dengan harga RM4.00 hingga RM15.00 sekilo kecuali buah durian Musang King mencecah RM60.00 sekilo,” jelas  Zulkefli.

Berkenaan dengan Pesta Durian peringkat daerah Ranau tahun ini kata Zulkefli, belum pasti dapat dianjurkan kerana masih bergantung kepada kelulusan daripada kerajaan ekoran pandemik Covid-19 yang belum reda.

“Kita tunggu dan lihat perkembangan pandemik Covid-19, moga cepat pergi dari negara kita khususnya dari daerah Ranau,” tambah Zulkefli.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/daerah-ranau-kini-musim-buah/feed/ 0 11357