Musnah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Apr 2024 04:55:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Musnah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tujuh blok rumah pekerja kilang musnah terbakar https://sabahmedia.com/2024/04/13/tujuh-blok-rumah-pekerja-kilang-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2024/04/13/tujuh-blok-rumah-pekerja-kilang-musnah-terbakar/#respond Sat, 13 Apr 2024 04:55:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52498
Read Time:42 Second

TAWAU: Tujuh blok rumah pekerja musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kilang Fu Yee, Jalan Brantian, Batu 42 di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.44 pagi (13 April) sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, mendapati sebanyak tujuh blok rumah pekerja jenis tidak kekal melibatkan satu blok (10 pintu) dan enam blok (20 pintu) musnah terbakar 100 peratus.

“Usaha pemadaman api dilakukan menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran.

“Turut membantu memadam kebakaran itu iaitu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda. Tiada mangsa terlibat dilaporkan.

“Operasi terkawal pada jam 6.00 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.57 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/13/tujuh-blok-rumah-pekerja-kilang-musnah-terbakar/feed/ 0 52498
Lapan rumah musnah terbakar di Kg Bakalau https://sabahmedia.com/2024/02/21/lapan-rumah-musnah-terbakar-di-kg-bakalau-beaufort/ https://sabahmedia.com/2024/02/21/lapan-rumah-musnah-terbakar-di-kg-bakalau-beaufort/#respond Wed, 21 Feb 2024 13:17:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49863
Read Time:51 Second

BEAUFORT: Kebakaran memusnahkan lapan buah rumah di Kampung Bakalau di sini dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang pada Rabu (21 Feb).

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok, pasukan bomba dari BBP Beaufort dan BBP Kimanis bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 5.10 petang tadi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, terdapat lapan buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba bertindak memadam api menggunakan sumber air diperolehi dari air sungai oleh kerana ketiadaan pili bomba di kawasan tersebut.

“Namun usaha untuk mendapatkan air terbuka (sungai) juga sangat sukar kerana jarak sungai jauh dari lokasi kejadian.” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Mohammad Hasbullah berkata, pasukan bomba turut mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan perkampungan tersebut kerana laluannya terlalu sempit.

“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya.

Menurutnya, operasi pemadaman api terkawal pada jam 6.11 petang, manakala pemadaman bara-bara api masih dijalankan pada ketika ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/21/lapan-rumah-musnah-terbakar-di-kg-bakalau-beaufort/feed/ 0 49863
Empat rumah musnah terbakar di Kg Muhibbah Baru, Menggatal https://sabahmedia.com/2024/02/14/empat-rumah-musnah-terbakar-di-kg-muhibbah-baru-menggatal/ https://sabahmedia.com/2024/02/14/empat-rumah-musnah-terbakar-di-kg-muhibbah-baru-menggatal/#respond Wed, 14 Feb 2024 01:19:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49457
Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Empat buah rumah musnah terlibat dalam kebakaran di Kampung Muhibbah Baru, Menggatal malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.57 malam tadi (13 Feb).

“Sepasukan Bomba dari Balai Lintas bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebanyak empat buah rumah jenis tidak kekal musnah terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman api dilaporkan terkawal pada jam 11.15 malam dan operasi ditamatkan pada jam tengah malam tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/14/empat-rumah-musnah-terbakar-di-kg-muhibbah-baru-menggatal/feed/ 0 49457