musnah terbakar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 Apr 2024 05:57:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png musnah terbakar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga rumah musnah terbakar, seorang mangsa melecur https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/ https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/#respond Sun, 28 Apr 2024 05:55:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53620
Read Time:39 Second

LAHAD DATU: Seorang mangsa lelaki melecur di tangan kirinya terlibat dalam kejadian kebakaran tiga buah rumah di Kampung Tamoi Baru dekat sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 4.04 petang semalam (27 April).

Katanya, 12 anggota dan 2 jentera digerakkan dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati tiga buah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Terdapat seorang lelaki dilaporkan cedera ringan melecur di tangan kiri dan diberi rawatan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di tempat kejadian, bagaimanapun mangsa enggan dihantar ke hospital.

“Operasi pemadaman api terkawal pada jam 4.30 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.47 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/feed/ 0 53620
Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/04/24/enam-rumah-musnah-terbakar-di-kampung-unta-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/04/24/enam-rumah-musnah-terbakar-di-kampung-unta-lahad-datu/#respond Wed, 24 Apr 2024 05:33:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53426
Read Time:39 Second

LAHAD DATU: Enam buah rumah musnah terlibat dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Bakawali, Kampung Unta dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.40 pagi tadi (24 April).

“14 anggota bersama 3 jentera dari Balai Bomba Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, mendapati enam buah rumah jenis tidak kekal telah musnah 100 peratus dalam kebakaran itu.

“Pasukan bertindak memadam api menggunakan sumber air sungai yang berdekatan. Operasi pemadaman terkawal pada jam 8.19 pagi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/24/enam-rumah-musnah-terbakar-di-kampung-unta-lahad-datu/feed/ 0 53426
10 rumah musnah terbakar, 65 hilang tempat tinggal https://sabahmedia.com/2024/03/24/10-rumah-musnah-terbakar-65-hilang-tempat-tinggal/ https://sabahmedia.com/2024/03/24/10-rumah-musnah-terbakar-65-hilang-tempat-tinggal/#respond Sun, 24 Mar 2024 01:17:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51511
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 65 penduduk hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran yang melibatkan 10 buah rumah di Kampung Likas awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.11 pagi tadi (24 Mac).

“Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Lintas dibantu pasukan dari Balai Kota Kinabalu dan Penampang bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi melaporkan terdapat kejadian kebakaran melibatkan 10 buah rumah jenis separuh kekal terbakar 100 peratus yang melibatkan 17 keluarga dan 65 isi rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Operasi pemadaman terkawal pada jam 4.16 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 6.49 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/24/10-rumah-musnah-terbakar-65-hilang-tempat-tinggal/feed/ 0 51511
4 rumah musnah terbakar di Kg Warisan Inanam https://sabahmedia.com/2024/02/16/4-rumah-musnah-terbakar-di-kg-warisan-inanam/ https://sabahmedia.com/2024/02/16/4-rumah-musnah-terbakar-di-kg-warisan-inanam/#respond Fri, 16 Feb 2024 01:27:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49566
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak empat buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Warisan, Inanam petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 6.22 petang semalam (15 Feb).

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dibantu pasukan BBP Tuaran dan Penampang bergegas ke lokasi kejadian, mendapati empat buah rumah jenis separuh kekal telah musnah 100 peratus.

“Operasi pemadaman api dilakukan dan kebakaran dapat dikawal pada jam 9.08 malam, seterusnya setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.59 pagi tadi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala agensi lain turut berada dan membantu di lokasi kejadian ialah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/16/4-rumah-musnah-terbakar-di-kg-warisan-inanam/feed/ 0 49566
Empat rumah setinggan atas air Kg Sembulan musnah terbakar https://sabahmedia.com/2024/02/02/empat-rumah-setinggan-atas-air-kg-sembulan-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2024/02/02/empat-rumah-setinggan-atas-air-kg-sembulan-musnah-terbakar/#respond Fri, 02 Feb 2024 01:01:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48842
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak empat buah rumah setinggan atas air musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Sembulan Tengah di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 1.05 awal pagi tadi (2 Feb).

” Sepasukan Bomba dari Balai Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian, api berjaya dikawal pada jam 1.45 pagi.

“Bagaimanapun sebanyak empat buah rumah musnah terbakar. Turut terbakar dua buah kenderaan terkena bahang api iaitu Toyota Hilux terbakar 10 peratus dan Perodua Alza terbakar 5 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu dan operasi ditamatkan pada jam 4.30 pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/02/empat-rumah-setinggan-atas-air-kg-sembulan-musnah-terbakar/feed/ 0 48842
Lima buah rumah musnah terbakar di Semporna https://sabahmedia.com/2023/05/15/lima-buah-rumah-musnah-terbakar-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2023/05/15/lima-buah-rumah-musnah-terbakar-di-semporna/#respond Sun, 14 May 2023 22:45:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34388
Read Time:41 Second

SEMPORNA: Sebanyak lima buah rumah musnah dalam kebakaran membabitkan kira-kira 40 penduduk dalam satu kejadian di Kampung Pulau Larapan Hujung dekat sini tengah hari semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.49 tengah hari semalam (14 Mei).

“Ketua operasi melaporkan terdapat satu kebakaran melibatkan lima buah rumah jenis tidak kekal dan sebuah dewan serbaguna terbakar 100 peratus manakala sebuah rumah terkena bahangan di bahagian dinding rumah.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka (Air laut),” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Menurutnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi terkawal pada jam 1.22 petang.

“Pemeriksaan disekitar kawasan dijalankan bagi memastikan tiada lagi keberbahayaan wujud dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.56 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/15/lima-buah-rumah-musnah-terbakar-di-semporna/feed/ 0 34388
Satu blok rumah pekerja di Lahad Datu musnah terbakar https://sabahmedia.com/2023/02/13/satu-blok-rumah-pekerja-di-lahad-datu-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2023/02/13/satu-blok-rumah-pekerja-di-lahad-datu-musnah-terbakar/#respond Mon, 13 Feb 2023 10:29:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29493
Read Time:43 Second

LAHAD DATU: Satu blok rumah pekerja musnah terbakar dalam satu kejadian di Ladang Lam Soon dekat sini, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pagi tadi (13 Feb) jam 9.29 pagi mengenai kebakaran tersebut.

Katanya, sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan satu blok lapan pintu rumah pekerja telah terbakar 100 peratus.

“Manakala satu blok lagi terkena bahang api 20 peratus di bahagian dinding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan Bomba bertindak memadam menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan sumber air dari tangki jentera dan lori tangki air estate.

“Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Operasi terkawal pada jam 11:00 pagi dan pasukan turut memastikan tiada lagi kemerbahayaan di kawasan kejadian sebelum ditamatkan operasi sepenuhnya pada jam 11:30 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/13/satu-blok-rumah-pekerja-di-lahad-datu-musnah-terbakar/feed/ 0 29493