Musnah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 03 Jan 2026 11:27:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Musnah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah, 4 kenderaan, 6 motosikal musnah terbakar di Beaufort https://sabahmedia.com/2026/01/03/rumah-4-kenderaan-6-motosikal-musnah-terbakar-di-beaufort/ https://sabahmedia.com/2026/01/03/rumah-4-kenderaan-6-motosikal-musnah-terbakar-di-beaufort/#respond Sat, 03 Jan 2026 11:23:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89161
Read Time:44 Second

BEAUFORT: Sebuah rumah, empat kenderaan dan enam motosikal musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Takuli, awal pagi tadi (3 Jan).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.56 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.

Katanya, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 4.11 pagi dan mendapati sebuah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Selain rumah, kebakaran turut memusnahkan empat buah kenderaan iaitu dua Perodua Myvi, sebuah Perodua Viva dan sebuah van Toyota Hiace, serta enam buah motosikal yang semuanya terbakar sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.55 pagi dan ditamatkan pada jam 5.07 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/03/rumah-4-kenderaan-6-motosikal-musnah-terbakar-di-beaufort/feed/ 0 89161
Tiga deretan kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran di Bongawan https://sabahmedia.com/2025/06/10/tiga-deretan-kedai-dua-tingkat-musnah-dalam-kebakaran-di-bongawan/ https://sabahmedia.com/2025/06/10/tiga-deretan-kedai-dua-tingkat-musnah-dalam-kebakaran-di-bongawan/#respond Tue, 10 Jun 2025 00:53:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75309
Read Time:46 Second

BONGAWAN: Tiga deretan bangunan kedai dua tingkat jenis tidak kekal musnah 100 peratus dalam satu kebakaran di Pekan Bongawan dekat sini awal pagi Selasa (10 Jun).

Anggota bomba sedang memadam kebakaran di lokasi kejadian. – Foto ihsan JBPM Sabah

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.38 pagi.

“Kebakaran melibatkan tiga blok bangunan iaitu bangunan pertama terdiri daripada lapan pintu, bangunan kedua dan ketiga masing-masing empat pintu, terbakar sepenuhnya.

“Beberapa buah kenderaan turut terlibat dalam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 24 anggota dari Balai Bomba Kimanis, Papar dan Beaufort bersama enam jentera dan kenderaan dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Operasi menggunakan tiga aliran sumber air dari jentera dan pili bomba.

Operasi terkawal pada jam 7.30 pagi. Tiada mangsa dilaporkan setakat ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/10/tiga-deretan-kedai-dua-tingkat-musnah-dalam-kebakaran-di-bongawan/feed/ 0 75309
60 rumah atas air di Tawau musnah terbakar https://sabahmedia.com/2025/01/12/60-rumah-atas-air-di-tawau-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2025/01/12/60-rumah-atas-air-di-tawau-musnah-terbakar/#respond Sun, 12 Jan 2025 07:16:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66826
Read Time:1 Minute, 2 Second

TAWAU: Kira-kira 60 rumah atas air di Kampung Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas di sini telah musnah musnah dijilat api awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7:46 pagi itu menyebabkan tiga mangsa mengalami sesak nafas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7:46 pagi dan pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan rumah atas air jenis tidak kekal berkeluasan dua ekar dan anggaran 60 buah rumah musnah terbakar 100 peratus.

“Kerja-kerja pemadaman api menggunakan sumber air diperolehi dari jentera bomba dan pili Bomba,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, tiga mangsa yang terlibat iaitu seorang lelaki berusia 49 tahun dan dua perempuan masing-masing berusia 49 tahun dan 14 tahun.

“Ketiga-tiga mangsa mengalami sesak nafas dan menerima rawatan awal di lokasi oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan EMRS,” jelasnya.

Seramai 55 anggota daripada BBP Tawau, BBP Kunak, dan Bomba Komuniti Titingan terlibat dalam operasi ini, selain bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9:20 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11:20 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/12/60-rumah-atas-air-di-tawau-musnah-terbakar/feed/ 0 66826
Tujuh rumah musnah terbakar di Kg Tg Aru Baru Laut https://sabahmedia.com/2024/12/07/tujuh-rumah-musnah-terbakar-di-kg-tg-aru-baru-laut/ https://sabahmedia.com/2024/12/07/tujuh-rumah-musnah-terbakar-di-kg-tg-aru-baru-laut/#respond Sat, 07 Dec 2024 12:49:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65031
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh buah rumah musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru Laut dekat sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan pada jam 1.43 petang tadi (7 Dis).

Katanya, setibanya pasukan di lokasi kejadian, Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan tujuh buah rumah kediaman jenis tidak kekal telah musnah terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan empat aliran melalui sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka (air laut).

“Operasi pemadaman terkawal pada jam 2.35 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.49 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu.

Turut membantu dalam operasi itu adalah dari pasukan dari BBP Penampang, Putatan dan Bomba Komuniti Tanjung Aru.

Agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity turut berada di lokasi kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/07/tujuh-rumah-musnah-terbakar-di-kg-tg-aru-baru-laut/feed/ 0 65031
Tanah Runtuh: Dua buah rumah musnah https://sabahmedia.com/2023/07/12/tanah-runtuh-dua-buah-rumah-musnah/ https://sabahmedia.com/2023/07/12/tanah-runtuh-dua-buah-rumah-musnah/#respond Wed, 12 Jul 2023 11:13:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38152
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Dua buah rumah musnah terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok dekat sini petang tadi (12 Julai).

Menurut kenyataan jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.41 petang tadi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas tiba di lokasi kejadian mendapati dua buah rumah jenis tidak kekal musnah terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Sebuah rumah tidak berpenghuni dan sebuah lagi berpenghuni munsah 100 peratus,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan.

Seterusnya pasukan bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian serta memastikan tiada kemerbahayaan lain di sekitarnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.25 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/12/tanah-runtuh-dua-buah-rumah-musnah/feed/ 0 38152
Empat buah rumah, satu kenderaan musnah dalam kebakaran https://sabahmedia.com/2023/06/21/empat-buah-rumah-satu-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2023/06/21/empat-buah-rumah-satu-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran/#respond Wed, 21 Jun 2023 09:46:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36809
Read Time:40 Second

KUALA PENYU: Empat buah rumah termasuk sebuah kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Saga-Saga, Kampung Pimping dekat sini petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 petang tadi (21 Jun) mengenai kejadian kebakaran tersebut.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kuala Penyu dan BBP Kimanis bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasj kejadian mendapati empat buah rumah telah terbakar 100 peratus. Turut terlibat dalam kebakaran itu ialah sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi pemadaman menggunakan tiga aliran 200 kaki lima pancutan sumber air dari jentera. Operasi terkawal pada jam 3.20 petang dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/21/empat-buah-rumah-satu-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran/feed/ 0 36809
12 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau https://sabahmedia.com/2023/02/02/12-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2023/02/02/12-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-tawau/#respond Thu, 02 Feb 2023 08:05:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28933
Read Time:39 Second

TAWAU: Sebanyak 12 rumah musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Guru, Kampung Jawa dekat sini tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah hari tadi (2 Feb) mengenai kejadian kebakaran tersebut.

“Sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian kira-kira 3 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dan mendapati satu kebakaran melibatkan 12 buah rumah jenis tidak kekal musnah dijilat api.

“Seterusnya operasi dilaporkan terkawal pada jam 1.56 petang, bagaimanapun operasi pemadaman bara-bara api masih dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Agensi lain yang turut memberikan bantuan ialah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB) dan Jabatan Air.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/02/12-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-tawau/feed/ 0 28933
17 rumah atas air musnah terbakar di Kg Bangau Bangau https://sabahmedia.com/2023/01/19/17-rumah-atas-air-musnah-terbakar-di-kg-bangau-bangau/ https://sabahmedia.com/2023/01/19/17-rumah-atas-air-musnah-terbakar-di-kg-bangau-bangau/#respond Thu, 19 Jan 2023 08:34:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28129
Read Time:1 Minute, 3 Second

SEMPORNA: Kira-kira 17 buah rumah musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di perumahan atas air di Kampung Bangau Bangau dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna PBK I Abdul Kadir Ab. Halalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.20 pagi tadi (19 Jan) mengenai kebakaran itu.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna dikerah ke lokasi kejadian. Pasukan turut dibantu dari BBP Semporna dan BBP Kunak.

Kebakaran di rumah atas air Kg Bangau Bangau Semporna. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Setiba di lokasi kejadian, Ketua Operasi melaporkan kebakaran rumah atas air dianggarkan melibatkan 17 buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Keadaan air laut yang cetek paras lutut menyukarkan anggota untuk ke lokasi kejadian dan terpaksa berjalan meredah air laut sejauh 150 meter dari bot untuk memadam kebakaran. Ini adalah kerana jambatan menuju ke lokasi rumah yang terbakar telah turut terputus dijilat api,” katanya semasa dihubungi pemberita hari ini.

Agensi keselamatan lain yang turut memberikan bantuan ialah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurut Abdul Kadir, operasi terkawal pada jam 9:58 pagi dan setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 11:15 pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/19/17-rumah-atas-air-musnah-terbakar-di-kg-bangau-bangau/feed/ 0 28129
Lima Buah Rumah Musnah Akibat Tanah Runtuh Di Skim Penempatan Telipok https://sabahmedia.com/2022/04/10/lima-buah-rumah-musnah-akibat-tanah-runtuh-di-skim-penempatan-telipok/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/lima-buah-rumah-musnah-akibat-tanah-runtuh-di-skim-penempatan-telipok/#respond Sun, 10 Apr 2022 05:38:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14134
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Lima buah rumah musnah akibat kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi tadi. Sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian.

” Setiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan dan melibatkan kerosakan lima buah rumah,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan Bomba menasihati pemilik rumah untuk mengosongkan kawasan tersebut dan berpindah ke tempat selamat kerana pegerakan tanah masih berlaku serta keadaan cuaca yang masih hujan.

Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi ditamatkan pada jam 7.16 pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/lima-buah-rumah-musnah-akibat-tanah-runtuh-di-skim-penempatan-telipok/feed/ 0 14134
4 Buah Rumah Termasuk 5 Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran https://sabahmedia.com/2022/01/13/4-buah-rumah-termasuk-5-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/4-buah-rumah-termasuk-5-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran/#respond Thu, 13 Jan 2022 02:46:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11029
Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Empat buah rumah jenis tidak kekal termasuk lima buah kenderaan musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Kg Suok Batu, Jalan Cyber City dekat sini pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 6.37 pagi (13 Jan).

Pasukan Bomba berusaha memadam kebakaran rumah di Kg Suok Batu, Jalan Cyber City, Kota Kinabalu.
Pasukan Bomba berusaha memadam kebakaran rumah di Kg Suok Batu, Jalan Cyber City, Kota Kinabalu. – Foto Ihsan JBPM Sabah
Pasukan Bomba berusaha memadam kebakaran rumah di Kg Suok Batu, Jalan Cyber City, Kota Kinabalu.
Pasukan Bomba berusaha memadam kebakaran rumah di Kg Suok Batu, Jalan Cyber City, Kota Kinabalu pagi tadi. Foto Ihsan JBPM Sabah

“Sebaik saja tiba di lokasi kejadian, terdapat satu kebakaran yang telah memusnahkan empat buah rumah rumah dan turut terbakar lima buah kenderaan.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan dua buah jentera dari BBP Kota Kinabalu dan Penampang mendapat sumber air diperolehi daripada pili Bomba berhampiran.

“Bagaimanapun pasukan Bomba berjaya menyelamatkan dua buah rumah berhampiran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Mangsa kebakaran yang melibatkan empat keluarga terdiri dari 23 orang mangsa kini ditempatkan di Dewan Kivavang, Kepayan.

“Operasi pemadaman kebakaran berjalan lancar dan api berjaya dikawal pada jam 7.06 pagi ditamatkan operasi sepenuhnya pada jam 9.40 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/4-buah-rumah-termasuk-5-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran/feed/ 0 11029