Mustapha – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 30 May 2026 13:07:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mustapha – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bayaran interim Sabah naik RM1.5 bilion bukti komitmen Kerajaan MADANI – Mustapha https://sabahmedia.com/2026/05/30/bayaran-interim-sabah-naik-rm1-5-bilion-bukti-komitmen-kerajaan-madani-mustapha/ https://sabahmedia.com/2026/05/30/bayaran-interim-sabah-naik-rm1-5-bilion-bukti-komitmen-kerajaan-madani-mustapha/#respond Sat, 30 May 2026 13:07:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97537
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud menyifatkan pengumuman kenaikan bayaran interim Pemberian Khas Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sebagai bukti jelas komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani tuntutan hak Sabah.

Beliau berkata, keputusan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menunjukkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk menyelesaikan isu berkaitan hak Sabah secara berperingkat, tersusun dan bertanggungjawab.

Menurutnya, sebelum perubahan kerajaan Persekutuan pada 2022, Sabah hanya menerima kira-kira RM26.7 juta setahun selama berdekad-dekad meskipun tuntutan 40 peratus hasil negeri termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, kita menyaksikan peningkatan yang amat ketara dari tahun ke tahun.

“Pada 2022, Sabah menerima RM125.6 juta, diikuti RM300 juta masing-masing pada 2023 dan 2024, manakala RM600 juta diperuntukkan pada 2025 dan 2026 sebelum pengumuman kenaikan pembayaran interim kepada RM1.5 bilion,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mustapha berkata, peningkatan konsisten itu membuktikan suara dan tuntutan rakyat Sabah bukan sahaja didengari, malah diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah telah berlarutan selama puluhan tahun dan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh singkat tanpa komitmen politik yang kukuh serta hubungan kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Justeru, pengumuman RM1.5 bilion ini merupakan satu pencapaian besar yang wajar dihargai oleh seluruh rakyat Sabah,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan perjuangan menuntut hak Sabah akan diteruskan sehingga penyelesaian yang lebih menyeluruh dan muktamad dapat dicapai selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, pendekatan yang matang, berhemah dan berpandangan jauh perlu diteruskan bagi memastikan hak Sabah dapat direalisasikan tanpa menjejaskan kestabilan serta hubungan baik dalam Persekutuan Malaysia.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Anwar dan semangat Malaysia MADANI, agenda memperkasa Sabah dan Sarawak akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Mustapha merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memperjuangkan hak Sabah secara konstruktif dan bertanggungjawab demi kepentingan negeri dan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/30/bayaran-interim-sabah-naik-rm1-5-bilion-bukti-komitmen-kerajaan-madani-mustapha/feed/ 0 97537
Mustapha, KSP perinci isu Sabah, fokus rundingan 40 peratus hasil https://sabahmedia.com/2026/04/15/mustapha-ksp-perinci-isu-sabah-fokus-rundingan-40-peratus-hasil/ https://sabahmedia.com/2026/04/15/mustapha-ksp-perinci-isu-sabah-fokus-rundingan-40-peratus-hasil/#respond Wed, 15 Apr 2026 10:12:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94940
Read Time:54 Second

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood Merican bagi membincangkan perkembangan berkaitan hal ehwal Sabah, termasuk tuntutan 40 peratus hasil negeri itu.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, beliau memaklumkan pertemuan berkenaan memberi tumpuan kepada usaha memperincikan hala tuju seterusnya susulan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

Menurutnya, meskipun proses perundangan berkaitan tuntutan itu masih berjalan, usaha ke arah memuktamadkan hak Sabah terus dilaksanakan melalui saluran rundingan dua hala.

Katanya, dalam pertemuan tersebut, KSP membentangkan perkembangan hasil mesyuarat terdahulu antara pihak Perbendaharaan bersama Kerajaan Sabah yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) dan Peguam Negeri Sabah sejak 17 November 2025.

Beliau berkata, pendekatan penyelesaian secara berperingkat akan menjadi fokus utama bagi memastikan hasil rundingan dapat dinikmati rakyat Sabah dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, perbincangan turut menyentuh perkembangan ekonomi global termasuk kesan konflik di Timur Tengah yang memberi tekanan kepada ekonomi negara.

Menurutnya, Kementerian Kewangan akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan kesiapsiagaan negara dalam berdepan cabaran ekonomi yang semakin mencabar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/15/mustapha-ksp-perinci-isu-sabah-fokus-rundingan-40-peratus-hasil/feed/ 0 94940
Kestabilan politik lebih utama, kerusi PH mungkin kurang – Mustapha Sakmud https://sabahmedia.com/2025/10/05/kestabilan-politik-lebih-utama-kerusi-ph-mungkin-kurang-mustapha-sakmud/ https://sabahmedia.com/2025/10/05/kestabilan-politik-lebih-utama-kerusi-ph-mungkin-kurang-mustapha-sakmud/#respond Sun, 05 Oct 2025 06:02:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82579
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Rhea Dhamin

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah beranggapan kestabilan politik khususnya di negeri ini merupakan keutamaan berbanding jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditawarkan oleh jumlah kerusi yang bakal ditawarkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17 kelak.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata pihaknya ingin memastikan tidak ada sebarang perselisihan di antara semua parti komponon dalam gabungan sama ada dalam GRS mahupun Pakatan Harapan (PH) Sabah disebabkan perkara itu.

“Apa yang penting kita mahu menjaga kestabilan politik negara sebenarnya. Kita tidak mahu dalam konteks negeri Sabah ini, kita akan wujudkan keretakan antara parti-parti komponen.

“Jadi itu yang kita mahu supaya hanya 20 (kerusi DUN Sabah) .. maksimum 23 tapi mungkin kurang lagi selepas beberapa perbincangan. Tapi bagi kita itu sudah mencukupi.

“Kita mahu membentuk kerajaan stabil di peringkat negeri dan juga kita mahu supaya kerajaan negeri yang bakal ditubuhkan nanti juga akan bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Maulidur Rasul 1447H Parlimen Sepanggar 2025 bertempat di Masjid Jamek Kampung Likas, di sini, semalam.

Baru-baru ini, media melaporkan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mendakwa GRS menawarkan sehingga 23 kerusi kepada PH.

Walau bagaimanapun Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun juga dilaporkan menafikan perkara terbabit dan menjelaskan perkara terbabit belum dimuktamadkan sepenuhnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/05/kestabilan-politik-lebih-utama-kerusi-ph-mungkin-kurang-mustapha-sakmud/feed/ 0 82579
Pentadbir, pelajar IPT diingatkan jadikan kes Zara Qairina iktibar – Mustapha https://sabahmedia.com/2025/08/17/pentadbir-pelajar-ipt-diingatkan-jadikan-kes-zara-qairina-iktibar/ https://sabahmedia.com/2025/08/17/pentadbir-pelajar-ipt-diingatkan-jadikan-kes-zara-qairina-iktibar/#respond Sun, 17 Aug 2025 13:26:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79500
Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kerajaan memberikan peringatan tegas agar pihak pentadbir dan pelajar Kolej Komuniti serta Politeknik tampil berani melaporkan sebarang kejadian buli serta menjadikan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir, sebagai iktibar.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya tidak mahu sebarang kes berkaitan buli dipendamkan sehingga berlaku tragedi seperti kes Allahyarhamah Zara.

“Sekolah ataupun institusi pengajian tinggi seluruh negara masing masing mohon buat laporan terus kepada pihak pengurusan supaya kita boleh tangani isu sedemikian jika berlaku, secepat mungkin.

“Diharapkan kes Zara ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat di seluruh negara agar kita berhati hati dalam menangani kes buli ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Jelajah Pendidikan Tinggi Untuk Komuniti @ Sabah (JPTUK@S) Siri Ketujuh di Felda Umas, dekat sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Sepanggar itu, perdana menteri sendiri memandang serius isu berkenaan dan mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan perbuatan buli.

Mustapha turut menyeru golongan ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam mendidik serta memberi pendedahan awal tentang bahaya buli bermula dari rumah, bagi memastikan anak-anak tidak terjebak sama ada sebagai mangsa mahupun pembuli.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan siri jelajah anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai inisiatif penting untuk memasyarakatkan pendidikan serta Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya buat golongan muda di pedalaman.

Katanya, pendekatan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui program JPTUK@S yang membawa kepakaran terus ke lapangan komuniti tanpa menunggu mereka hadir ke kampus menarik minat ramai anak muda luar bandar.

Antara tujuh kursus PSH yang ditawarkan sempena program ini termasuk Asas Pembuatan Sabun DIY, Gubahan Bunga dan Coklat, Pembuatan Keropok Lekor dan Sos Pencicah, Resin Art, Solarbot-Rekacipta Bot Jimat Tenaga, serta Pengenalan Sistem Gantungan dan Tayar Automotif.

Terdahulu, enam siri JPTUK@S telah berlangsung di Kota Belud (5 Julai), Kota Kinabalu (3 Ogos), Kudat (9 Ogos), Kota Marudu (10 Ogos) serta PPR Batu Sapi, Sandakan dan Segama, Lahad Datu (16 Ogos).

“Program ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri, membuka peluang pekerjaan dan memberi ruang masyarakat mengaplikasikan kemahiran dengan kos yang minimum. Pendidikan bukan hanya berlaku di bilik kuliah, tetapi juga dalam kehidupan komuniti,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/17/pentadbir-pelajar-ipt-diingatkan-jadikan-kes-zara-qairina-iktibar/feed/ 0 79500
Anwar dapat sokongan kuat di Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/06/anwar-dapat-sokongan-kuat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/06/anwar-dapat-sokongan-kuat-di-sabah/#respond Thu, 06 Feb 2025 04:09:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68079
Read Time:1 Minute, 4 Second

Manggatal : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sokongan yang kuat dari Sabah berikutan prestasi dan komitmen yang sangat baik dalam membantu negeri ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia juga merupakan satu petanda baik kepada Sabah apabila Perdana Menteri turut membantu negeri ini meningkatkan sumber ekonomi.

“Berdasarkan kajian yang telah dibuat dan sokongan untuk Perdana Menteri diseluruh negara, yang paling tinggi adalah di Sabah.

“Saya fikir ini adalah satu petanda baik bahawa negeri Sabah amat menghargai komitmen yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam membantu negeri Sabah bagi meningkatkan ekonomi kita.

“Terutama yang selalu saya sebut, selama ini belum ada Perdana Menteri yang begitu tegas untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 MPN PKR Sabah anjuran bersama DUN Inanam dan Parlimen Sepanggar di Dewan Masyarakat Manggatal di sini semalam.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, komitmen Perdana Menteri yang konsisten membantu Sabah dan Sarawak itu juga membuktikan beliau amat menghormati dalam melaksanakan MA63.

“Jadi saya fikir ini yang telah meningkatkan imej beliau di negeri Sabah ini dan kalau beliau hadir di mana-mana pun di negeri Sabah ini kita lihat sambutan cukup baik kepada Perdana Menteri,” katanya. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/06/anwar-dapat-sokongan-kuat-di-sabah/feed/ 0 68079
Mustapha ajak Suara Mahasiswa sertai forum, bincang isu air di UMS https://sabahmedia.com/2024/06/15/mustapha-ajak-suara-mahasiswa-sertai-forum-bincang-isu-air-di-ums/ https://sabahmedia.com/2024/06/15/mustapha-ajak-suara-mahasiswa-sertai-forum-bincang-isu-air-di-ums/#respond Sat, 15 Jun 2024 10:53:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56020
Read Time:2 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mustapha Sakmud mengajak Suara Mahasiswa untuk menyertai Forum Belia Madani yang akan dianjurkan untuk berbincang mengenai isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Perkara itu dinyatakan sebagai mengulas tindakan Suara Mahasiswa menganjurkan Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu semalam.

Mustapha berkata, apa yang ingin mereka suarakan itu hak mereka, bagi pihaknya di peringkat kerajaan pusat dan negeri kini sedang berusaha menyelesaikan isu air itu.

“Mereka (mahasiswa) ingin suarakan hak mereka, saya tahu semua rakyat Sabah terkesan dengan isu air dan itu kita akui. Kita di peringkat kerajaan pusat dan negeri sedang berusaha bersungguh-sungguh cuba selesaikan isu ini.

“Isu ini bukan mudah untuk kita selesaikan dalam masa terdekat semua pun maklum itu, ini warisan daripada masalah-masalah yang berlaku terdahulu daripada kerajaan-kerajaan terdahulu seperti disebut mahasiswa semalam, jadi kita cuba untuk selesaikan isu ini tapi memerlukan sedikit masa.

“Manakala di dalam kampus UMS ini apa yang kita cuba selesaikan dengan membuat telaga tiub dan kita minta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menstabilkan sumber air yang disalurkan ke UMS ini termasuk pemotongan besar-besaran secara berkala penyambungan haram yang berlaku di jajaran paip utama kita.

“Saya minta selepas ini kita bersikap tegas lagi buat secara berkala, kita mahu pastikan supaya sumber air ini dapat sampai ke UMS tanpa gangguan, tanpa diganggu oleh sambungan-sambungan haram yang selalu berlaku terutama di kawasan setinggan,” tegasnya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mustapha turut kecewa dengan penganjur perhimpunan itu yang enggan menyampaikan memorandum tuntutan air mereka kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya semalam.

“Itu yang saya agak kecewa bila mereka hanya ingin serahkan kepada Ketua Menteri (CM) Datuk Seri Hajiji Noor, saya fikir itu agak keterlaluan, perjuangan kita ini adalah untuk bantu selesaikan isu air.

“Mesejnya serahkan memorandum kalau ada wakil daripada CM serahkan sahaja itu penting tapi bila sampai tidak mahu serahkan kepada orang lain, mahu juga kepada CM maknanya itu satu mesej tidak baik dan tidak menggambarkan dari segi jati diri seorang mahasiswa.

“Jadi saya harap supaya jangan perkara ni berulang sebab akhirnya bila diserahkan kepada Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey benda tu akan disampaikan kepada CM malah beliau (Shahelmey) adalah yang bertanggungjawab atas isu air.

“Saya fikir mereka hantar saja memorandum itu dan tidak perlu sampai bermalam menunggu, ia memberi mesej agak tidak baik sebagai seorang mahasiswa, saya harap perkara ini difikirkan semula.

“Kita mahu bagi komitmen kepada mahasiswa bahawa kita dengar bukan kita tutup telinga, kita dengar semua masalah ini dan kita ambil tindakan mengikut fasa-fasa yang kita cuba terdaya di peringkat negeri dan pusat, jadi mohon bersabar,” jelasnya.

Justeru itu, beliau mahu mengajak Suara Mahasiswa menyertai forum untuk membincangkan isu air tersebut.

“Saya juga mahu mengajak Suara Mahasiswa, kita akan anjurkan forum di bawah Forum Belia Madani supaya mereka hantar wakil mereka bincang isu ini dalam forum dan kita boleh tampilkan pihak-pihak yang berkuasa menerangkan kepada mereka supaya mereka dapat maklumat yang benar sebab saya lihat ada maklumat yang tidak sampai kepada pelajar-pelajar ini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada mahasiswa supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sekiranya mahu mengadakan demonstrasi.

“Memang boleh berdemonstrasi tapi ikut peraturan, jika peraturan-peraturan itu dipatuhi saya fikir tidak akan memberi kesan kepada mereka, tapi kalau ada yang langgar peraturan, mereka kena tanggung sendiri sebab kita sudah bagi nasihat sebelum ini.

“Kita juga tidak menghalang mahasiswa untuk suarakan hak mereka tapi yang kita tidak mahu mereka ditunggangi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan politik atau peribadi masing-masing,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/15/mustapha-ajak-suara-mahasiswa-sertai-forum-bincang-isu-air-di-ums/feed/ 0 56020
Mustapha zahir penghargaan kepada PM https://sabahmedia.com/2022/12/11/mustapha-zahir-penghargaan-kepada-pm/ https://sabahmedia.com/2022/12/11/mustapha-zahir-penghargaan-kepada-pm/#respond Sun, 11 Dec 2022 03:36:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26120
Read Time:1 Minute, 7 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha Sakmud menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada presiden PKR itu atas kepercayaan yang diberikan bagi mewakili parti dan Sabah untuk berkhidmat di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Mustapha berkata, pelantikan itu merupakan satu penghormatan dan tanggungjawab yang perlu digalas bagi menyokong usaha kerajaan Perpaduan dalam memajukan negara.

“Fokus utama saya ialah membantu usaha Menteri Sumber Manusia melaksanakan pentadbiran sumber manusia yang cekap, sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara dan meningkatkan kebajikan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapha juga bertekad membantu memastikan bahawa segala usaha dan inisiatif yang diambil oleh kementerian itu “akan memberi manfaat semua rakyat Malaysia” termasuk Sabah dan Sarawak.

Mustapha merupakan antara tujuh timbalan menteri dari Sabah yang dilantik oleh Anwar bagi menjayakan kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Sabah lain yang dipilih sebagai timbalan menteri itu ialah Datuk Siti Aminah Aching (Kementerian Perladangan dan Komoditi) dan Datuk Mohamad Alamin (Kementerian Luar), Datuk Arthur Kurup (Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi), Chan Foong Hin (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ), Khairul Firdaus Akbarkhan (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan) dan Datuk Yusof Apdal (Kementerian Pengajian Tinggi).

Pada PRU-15 Nov lepas, Mustapha yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan menang kerusi Parlimen Sepanggar dengan majoriti 7,042 undi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/11/mustapha-zahir-penghargaan-kepada-pm/feed/ 0 26120