Mutiara GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Mar 2026 08:54:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mutiara GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUTIARA GRS mahu perkukuh kerjasama strategik demi manfaat masyarakat https://sabahmedia.com/2026/03/14/mutiara-grs-mahu-perkukuh-kerjasama-strategik-demi-manfaat-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2026/03/14/mutiara-grs-mahu-perkukuh-kerjasama-strategik-demi-manfaat-masyarakat/#respond Sat, 14 Mar 2026 08:54:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93263
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) berhasrat menjalin kerjasama strategik dengan organisasi yang sehaluan bagi memperluaskan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua MUTIARA GRS Datin Seri Juliah Salag, menyeru semua ahli untuk menggandakan usaha dalam menjayakan hasrat tersebut serta meluangkan masa dan komitmen bagi menyertai program-program anjuran pertubuhan berkenaan.

Berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS Ke-5 di Rumah MUTIARA GRS di sini, pada Sabtu, beliau menekankan kepentingan penyertaan aktif dalam kalangan ahli.

“Bagi memperkasa lagi program kebajikan dan kemasyarakatan kita pada tahun ini, saya menyeru semua ahli agar lebih proaktif dan terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti, khususnya di kawasan masing-masing.

“Saya berharap setiap ahli terus berganding bahu bagi memastikan kejayaan serta mencapai matlamat murni penubuhan MUTIARA GRS,” katanya.

Juliah turut menggalakkan ahli-ahli menyumbang idea yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita, program kebajikan, pembangunan kemahiran perniagaan serta bidang-bidang lain yang berkaitan.

“Saya mahu ahli-ahli kita mencadangkan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta kesejahteraan diri. 

“Kita juga boleh merancang program pembangunan diri seperti latihan etika sosial, bengkel kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi, literasi digital serta lawatan pendidikan.

“Selain mengeratkan hubungan sesama kita, inisiatif-inisiatif ini juga memberi peluang bermakna untuk kita terus belajar, membina rangkaian dan maju bersama,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar semua inisiatif yang dirancang bagi tahun ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mengikut jadual demi manfaat rakyat.

“Kejayaan memerlukan perpaduan dan sokongan bersama. Tanpa persefahaman serta usaha gigih daripada semua pihak, adalah mustahil bagi persatuan ini berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mampu membawa perubahan bermakna dan kemakmuran kepada masyarakat,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/14/mutiara-grs-mahu-perkukuh-kerjasama-strategik-demi-manfaat-masyarakat/feed/ 0 93263
Ramadan tarbiah jiwa, Al-Quran penawar hati umat Islam – Juliah https://sabahmedia.com/2026/03/06/ramadan-tarbiah-jiwa-al-quran-penawar-hati-umat-islam-juliah/ https://sabahmedia.com/2026/03/06/ramadan-tarbiah-jiwa-al-quran-penawar-hati-umat-islam-juliah/#respond Fri, 06 Mar 2026 09:43:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92757
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Penganjuran Program Mutiara Ramadan yang dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan negeri dan Persekutuan menjadi platform penting dalam memperkukuhkan rohani masyarakat Islam, dengan menekankan peranan Al-Quran sebagai asas pembinaan insan.

Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag berkata, Al-Quran adalah penawar hati yang gelisah, cahaya memimpin manusia keluar dari kegelapan, serta sumber kekuatan menghadapi cabaran sosial dan nilai pada zaman ini.

“Tema yang kita angkat pada hari ini ialah ‘Membina Jiwa Menyucikan Hati Dengan Al-Quran’ bukan sekadar ungkapan indah ,tetapi satu seruan besar kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam untuk menjadikan Al-Quran sebagai asas pembinaan insan.

“Kita hidup dalam zaman yang penuh cabaran iaitu cabaran pemikiran,cabaran sosial dan cabaran nilai.

“Dalam keadaan ini,umat islam amat memerlukan pedoman yang jelas dan kukuh,serta tiada pedoman yang sempurna selain daripada Al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Mutiara Ramadan di sini pada Jumaat.

Juliah berkata, bulan Ramadan adalah  bulan tarbiah yang mendidik kesabaran,keikhlasan dan ketaqwaan.

“Namun tarbiah ini hanya akan benar-benar berkesan apabila kita menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dalam kehidupan seharian. Dibaca,difahami dan diamalkan,” katanya.

Sementara itu, Juliah berkata, program itu bukan sekadar majlis perhimpunan,tetapi satu platform pengukuhan rohani masyarakat. 

“Ia menjadi ruang untuk kita memperbaharui hubungan dengan Allah SWT, memperbaiki diri serta menyemai nilai-nilai murni dalam keluarga dan komuniti,” katanya 

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabngan Rakyat Sabah (Mutiara GRS), Majlis Ugama Islam Negeri sabah (MUIS) ,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Baitulmal atas kerjasama erat dalam menjayakan program berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/06/ramadan-tarbiah-jiwa-al-quran-penawar-hati-umat-islam-juliah/feed/ 0 92757
MUTIARA GRS santuni 71 penghuni The Hope Village https://sabahmedia.com/2026/02/13/mutiara-grs-santuni-71-penghuni-the-hope-village/ https://sabahmedia.com/2026/02/13/mutiara-grs-santuni-71-penghuni-the-hope-village/#respond Thu, 12 Feb 2026 22:35:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91559
Read Time:51 Second

TUARAN: Seramai 71 penghuni Pusat Jagaan Warga Emas The Hope Village menerima kunjungan dan sumbangan daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), pada Khamis.

Pusat jagaan yang disokong 44 kakitangan itu menerima sumbangan wang tunai, barangan keperluan harian, kerusi roda serta peralatan perubatan bagi membantu melancarkan pengurusan dan meningkatkan tahap penjagaan penghuni.

Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Juliah Salag berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat menceriakan warga emas selain meringankan beban petugas yang komited menjaga kebajikan mereka setiap hari.

“Program seperti ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan MUTIARA GRS dalam menyantuni golongan memerlukan, khususnya warga emas yang memerlukan perhatian dan kasih sayang masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, MUTIARA GRS akan terus mempergiatkan aktiviti kebajikan terutama menjelang musim perayaan supaya lebih ramai golongan kurang bernasib baik dapat dibantu secara berterusan.

The Hope Village yang mula beroperasi sejak pertengahan 2015 berperanan sebagai pusat perlindungan dan penjagaan warga emas yang memerlukan perhatian rapi serta sokongan berterusan.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Linda Ewit.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/13/mutiara-grs-santuni-71-penghuni-the-hope-village/feed/ 0 91559
MUTIARA GRS hulur bantuan ringankan beban mangsa banjir di Lumadan https://sabahmedia.com/2025/09/29/mutiara-grs-hulur-bantuan-ringankan-beban-mangsa-banjir-di-lumadan/ https://sabahmedia.com/2025/09/29/mutiara-grs-hulur-bantuan-ringankan-beban-mangsa-banjir-di-lumadan/#respond Mon, 29 Sep 2025 04:49:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82195
Read Time:1 Minute, 9 Second

BEAUFORT : Seramai 100 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan hari ini menerima bantuan bakul makanan dan sumbangan kewangan.

Sumbangan yang disalurkan menerusi Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) itu disampaikan Yang Dipertua 2 MUTIARA GRS,  Datin Linda Ewit.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan ketika ditemui berkata, program itu bertujuan bagi meringankan beban mangsa bencana banjir yang melanda daerah berkenaan pada 8 hingga 18 September lalu, melibatkan seramai 4,206 KIR.

Katanya, setakat ini, sebanyak 1,000 keluarga telah menerima bantuan sementara lebih 3,000 lagi sedang dalam proses penyaluran oleh pihak Jawatankuasa Bencana Daerah.

Menurutnya lagi, usaha ini selaras dengan saranan Perdana Menteri agar penyaluran bantuan bencana alam diselaraskan melalui kerajaan negeri supaya lebih cepat dan teratur.

“Kerosakan akibat banjir bukan sahaja melibatkan jalan raya, tetapi juga rumah ibadah termasuk masjid dan surau, selain rumah-rumah tidak bertiang yang banyak mengalami kerosakan struktur dan perabot.

“Dengan adanya bantuan pusat yang disalurkan melalui kerajaan negeri, pengurusan dapat dipercepatkan dan sampai kepada mangsa yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu memastikan bantuan sampai kepada mangsa banjir dan berharap baki keluarga yang masih menunggu akan menerima bantuan dalam masa terdekat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/29/mutiara-grs-hulur-bantuan-ringankan-beban-mangsa-banjir-di-lumadan/feed/ 0 82195
MUTIARA-GRS santuni warga PPDK Tanjung Aru https://sabahmedia.com/2025/08/21/mutiara-grs-santuni-warga-ppdk-tanjung-aru/ https://sabahmedia.com/2025/08/21/mutiara-grs-santuni-warga-ppdk-tanjung-aru/#respond Thu, 21 Aug 2025 01:05:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79738
Read Time:37 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS) menyantuni 50 warga Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tanjung Aru dalam Ziarah Amal Anjuran Kebajikan MUTIARA-GRS.

Ziarah itu diketuai Yang Dipertua MUTIARA-GRS, Datin Seri Juliah Salag, di sini baru-baru ini.

Dalam ziarah tersebut, Juliah menyerahkan sumbangan berjumlah RM1,000 bagi tujuan membiayai sebahagian keperluan PPDK Tanjung Aru.

Sejurus selepas itu, beliau melawat waris mangsa kemalangan jalan raya di Kg Ulu, Putatan.

Dalam lawatan berkenaan, Juliah sempat menyantuni waris, Siti Zulaihah Bakir dan tiga daripada tujuh anak mangsa kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 121, berhampiran Masjid Takala, Kampung Paris 1, pada 3 Ogos lalu.

Turut disampaikan, sumbangan kilat berjumlah RM1,000, bakul makan dan lampin pakai buang.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/21/mutiara-grs-santuni-warga-ppdk-tanjung-aru/feed/ 0 79738
Mutiara GRS salur sumbangan kepada PDK,PPKI di Kota Marudu https://sabahmedia.com/2025/07/10/mutiara-grs-salur-sumbangan-kepada-pdkppki-di-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2025/07/10/mutiara-grs-salur-sumbangan-kepada-pdkppki-di-kota-marudu/#respond Thu, 10 Jul 2025 04:06:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77030
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Marudu : Dua Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan lima Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerima sumbangan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS).

Yang Dipertua Mutiara GRS, Datin Seri Juliah Salag berkata, sumbangan yang melibatkan barangan makanan dan wang tunai itu bertujuan meringankan beban serta menyokong kelangsungan operasi institusi-institusi pendidikan khas.  

“Lawatan ini bertujuan untuk kami berikan sumbangan bahan-bahan makanan seperti biskut dan barang-barang lain dan untuk keperluan mereka sendiri selain sedikit bantuan kewangan sebanyak RM100 untuk setiap PPDK agar dapat digunakan untuk keperluan harian mereka.

“Mutiara GRS adalah satu pertubuhan untuk kebajikan juga, jadi sebagai isteri wakil-wakil rakyat kami perlu mengambil tahu keadaan anak-anak dan isu rakyat di kawasan masing-masing.

“Walaupun mereka berbeza dari segi keupayaan, anak-anak ini mempunyai potensi luar biasa seperti dalam bidang seni lukis dan grafik. Dengan latihan yang teratur mereka mampu mencapai masa depan yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Ziarah Amal Tandek ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau, di sini baru-baru ini.

Dalam program yang sama, turut diadakan lawatan sambil belajar ke Ladang Nanas Kampung Gana bagi memberi pendedahan kepada peserta berkenaan bidang pertanian dan keusahawanan.

Juliah berkata, ladang berkenaan berpotensi besar untuk dipromosikan sebagai Pusat Pengeluaran Nenas dan Getah Utama Negeri Sabah.

“Ini sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup penduduk setempat terutama mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar,” katanya.

Antara penerima sumbangan ialah PPDK Kota Marudu, PPDK Tandek, PPKI SMK Bandau, PPKI SMK Tandek, PPKI SK Timbang Batu, PPKI SK Marak Parak serta PPKI SK Talantang.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Naib Yang Dipertua I Mutiara GRS Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan, Naib Yang Dipertua II Datin Seri Linda Ewit, Naib Yang Dipertua III Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/10/mutiara-grs-salur-sumbangan-kepada-pdkppki-di-kota-marudu/feed/ 0 77030
MUTIARA GRS santuni pesakit kanser di HWKKS https://sabahmedia.com/2025/03/28/mutiara-grs-santuni-pesakit-kanser-di-hwkks/ https://sabahmedia.com/2025/03/28/mutiara-grs-santuni-pesakit-kanser-di-hwkks/#respond Thu, 27 Mar 2025 23:51:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71219
Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menyantuni pesakit kanser di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah Likas (HWKKS) dalam program Ziarah Amal.

Yang Dipertua Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat (MUTIARA-GRS), Datin Seri Juliah Salag berkata, program tersebut bertujuan untuk memberi keceriaan kepada kanak-kanak pesakit kanser sempena bulan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri.

“Pada pagi ini MUTIARA GRS mengadakan lawatan ke hospital likas ini untuk melawat pesakit kanak-kanak yang yang menghidap kanser dengan usia yang masih muda, kita merasa sedih dan terkesan melihat keadaan anak-anak ini yang sepatutnya berada di sekolah atau di rumah, tetapi terpaksa menjalani rawatan di hospital.

“Mereka menjalani rawatan seperti kemoterapi setiap hari, dan sumbangan ini diharap dapat sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan ibu bapa yang terkesan dengan penyakit anak-anak mereka.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan hospital atas dedikasi mereka menjaga pesakit dan berharap sedikit sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada pesakit sempena bulan ramadan dan menjelang Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan Program Ziarah Amal di HWKKS, di sinim

Juliah turut menyatakan komitmen dan kerjasama berterusan dalam aktiviti kebajikan dengan pelbagai pihak, dalam usaha mengumpulkan dana untuk pesakit-pesakit kanser.

“Kami berusaha membantu sedaya mungkin dalam apa yang termampu sebagai contoh, pada Mei ini, kami akan bekerjasama dengan pertubuhan kanser seperti Pink Ribbon untuk mengumpul dana bagi membeli sebuah mesin bagi kegunaan pesakit kanser,” katanya.

Dalam program tersebut, Juliah turut menyampaikan sumbangan bakul makanan dan sampul raya kepada pesakit di wad hospital dan menyumbangkan 11 buah kerusi roda kepada HWKKS.

Sementara itu, Pengarah HWKKS, Dr. Yogendra A/L Panchalingam merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Mutiara GRS atas sumbangan kerusi roda tersebut serta kunjungan mereka ke Wad 4 untuk menyantuni pesakit.

“Pihak hospital amat menghargai sumbangan ini kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu dari segi menambahbaik keperluan fasiliti di hospital ini dan dapat meringankan beban kewangan pesakit dan keluarga,” katanyam

Seramai 16 kanak-kanak pesakit kanser terdiri 10 lelaki dan 6 wanita dari Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi HWKKS Likas disantuni dalam program berkenaan.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/28/mutiara-grs-santuni-pesakit-kanser-di-hwkks/feed/ 0 71219
MUTIARA GRS laksana pelbagai program sejak empat tahun lalu https://sabahmedia.com/2025/03/10/mutiara-grs-laksana-pelbagai-program-sejak-empat-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2025/03/10/mutiara-grs-laksana-pelbagai-program-sejak-empat-tahun-lalu/#respond Sun, 09 Mar 2025 23:26:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70109
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Pelbagai program yang memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi sudah dilaksanakan dalam tempoh empat tahun lalu oleh Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) di negeri ini.

Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Juliah Salag berkata, program yang dilaksanakan antaranya ceramah berkaitan kesihatan dan keusahawanan khususnya kepada golongan wanita, selain aktiviti kebajikan dan amal.

“Dalam tempoh empat tahun sehingga tahun lalu, pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan membabitkan lebih 21 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri untuk menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk mereka yang kurang berkemampuan.

“Kita juga telah berkerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah untuk mengadakan  pelbagai program antaranya ceramah berkaitan  kesihatan dan keusahawanan.

“Sehubungan itu, saya berharap kita bukan saja  akan terus membantu kebajikan rakyat khususnya golongan wanita di negeri ini, tetapi kita juga perlu meningkatkan kemahiran dan menuntut ilmu-ilmu yang baharu agar tidak ketinggalan dalam arus kemodenan masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS keempat Tahun 2024 di Rumah MUTIARA GRS di sini.

Juliah berkata lebih banyak lagi aktiviti akan diadakan pada tahun 2025 ini bagi menyantuni lebih ramai rakyat di negeri ini.

“Dalam bulan Ramadan ini, kita akan mengadakan aktiviti pembungkusan kuih raya untuk

diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini.

“Dalam masa sama, saya juga meminta semua ahli-ahli MUTIARA GRS terus lebih aktif turun padang di kawasan masing-masing bagi menyantuni rakyat khususnya yang memerlukan bantuan di kawasan mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/10/mutiara-grs-laksana-pelbagai-program-sejak-empat-tahun-lalu/feed/ 0 70109
Mutiara GRS raikan kanak-kanak sekolah sempena CNY https://sabahmedia.com/2025/02/12/mutiara-grs-raikan-kanak-kanak-sekolah-sempena-cny/ https://sabahmedia.com/2025/02/12/mutiara-grs-raikan-kanak-kanak-sekolah-sempena-cny/#respond Wed, 12 Feb 2025 03:48:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68510
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) meraikan 50 orang kanak-kanak sempena program Sambutan Tahun Baru Cina 2025 pertubuhan itu di Putera Ballroom, Luyang di sini semalam.

Pada majlis itu, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Di- Pertua Mutiara GRS menyampaikan ‘goodie bags’ dan Angpow kepada kanak-kanak dari lima buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu.

Juliah berkata, program tahunan Mutiara GRS itu bertujuan menyantuni kanak-kanak terpilih dari lima buah sekolah rendah dan menengah sekitar Kota Kinabalu.

Katanya, sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, St. Francis Convent, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Shan Tao, Chung Hwa Kota Kinabalu dan Sekolah Kebangsaan (Cina) Anglo Chinese.

“Menerusi program sambutan ini kita berharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan, selain membawa keceriaan dan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kepada kanak-kanak ini.

“Mutiara GRS telah merancang beberapa program yang akan dilaksanakan tahun ini termasuk program menyantuni rakyat dan golongan wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih,” katanya.

Selain jamuan makan, kanak-kanak itu turut dihiburkan dengan persembahan Tarian Singa, permainan kanak-kanak dan persembahan magik.

Hadir sama Naib Yang Di-Pertua I Mutiara GRS, Datin Seri Cecilia E.Kitingan, Naib Yang Di-Pertua III/Setiausaha Kehormat, Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi dan Pengerusi Pelaksana Sambutan Tahun Baru Cina Mutiara GRS, Datin Seri Stella Yong.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/12/mutiara-grs-raikan-kanak-kanak-sekolah-sempena-cny/feed/ 0 68510
MUTIARA GRS santuni golongan asnaf di DUN Lumadan https://sabahmedia.com/2024/12/30/mutiara-grs-santuni-golongan-asnaf-di-dun-lumadan/ https://sabahmedia.com/2024/12/30/mutiara-grs-santuni-golongan-asnaf-di-dun-lumadan/#respond Mon, 30 Dec 2024 02:40:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66144
Read Time:54 Second

Beaufort : Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menyantuni golongan asnaf menerusi program Ziarah Kasih 2.0 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Program anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan dan Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Lumadan itu dilaksanakan di 13 buah zon di kawasan (DUN) Lumadan.

Antara golongan yang disantuni termasuklah warga emas, pesakit strok, ibu tunggal dan individu yang tidak dapat bekerja akibat masalah kesihatan yang dihidapi.

Ziarah yang diketuai isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datin Nursiah Santri itu turut menyampaikan sumbangan berbentuk bakul makanan dan wang tunai.

Nursiah berkata, selain menyampaikan sumbangan, ziarah itu turut memberi peluang kepada pihaknya untuk bertanyakan khabar kepada golongan penerima terlibat.

“Dengan menziarahi masyarakat secara dekat, ia secara tidak langsung dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan mengeratkan hubungan silaturahim.

“Secara peribadi saya sangat senang dan bersyukur dapat bertemu golongan ini dan mendengar sendiri luahan hati mereka,” katanya.

Beliau berkata, program seumpama itu akan diteruskan pada masa hadapan untuk terus menyantuni lebih ramai golongan memerlukan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/30/mutiara-grs-santuni-golongan-asnaf-di-dun-lumadan/feed/ 0 66144