Muzakarah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 24 Jul 2026 00:10:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Muzakarah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUZAKARAH 2026 platform perkukuh ekosistem kewangan Islam serantau https://sabahmedia.com/2026/07/24/muzakarah-2026-platform-perkukuh-ekosistem-kewangan-islam-serantau/ https://sabahmedia.com/2026/07/24/muzakarah-2026-platform-perkukuh-ekosistem-kewangan-islam-serantau/#respond Fri, 24 Jul 2026 00:10:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100455
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU : Penganjuran Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2026 (MUZAKARAH 2026) yang dijayakan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama INCEIF University mendapat pengiktirafan Kerajaan Negeri Sabah sebagai platform strategik dalam memperkukuh pembangunan ekosistem kewangan Islam serta memperluas jaringan kerjasama antara kerajaan, universiti dan industri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Agama Negeri Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penganjuran muzakarah yang memasuki edisi ke-20 itu membuktikan komitmen berterusan universiti dan institusi berkaitan dalam memperkukuh wacana ilmu serta pembangunan industri kewangan Islam di Malaysia dan rantau Nusantara.

Katanya, pemilihan Sabah sebagai tuan rumah persidangan bukan sahaja mengangkat Sabah sebagai medan pertemuan para ilmuwan, penggubal dasar, pengawal selia dan pengamal industri, malah membuka ruang kepada pertukaran ilmu, pembinaan jaringan kerjasama serta penerokaan peluang baharu yang memberi manfaat kepada pembangunan negeri dan negara.

“Menerusi kejayaan penganjuran muzakarah ini, diharapkan lebih banyak program akademik dan profesional bertaraf antarabangsa akan terus dianjurkan di Sabah bagi memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi ilmu dan pusat pertemuan pakar daripada pelbagai bidang.

“Kerajaan Negeri Sabah komited memperkukuh pembangunan modal insan melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat, termasuk dalam bidang kewangan Islam.

“Kami percaya pembangunan industri kewangan Islam memerlukan ekosistem yang menyeluruh, merangkumi institusi pendidikan yang berkualiti, penyelidikan yang relevan, pembangunan bakat yang berterusan serta kerjasama pelbagai pihak,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis makan malam muzakarah tersebut, di sini. 

Arifin menambah, Sabah mempunyai potensi besar untuk terus membangunkan ekosistem kewangan Islam berikutan kekuatan sektor agromakanan, sumber asli dan faktor majoriti penduduk beragama Islam.

“Instrumen kewangan Islam seperti pembiayaan mikro, zakat, wakaf dan kewangan sosial Islam mampu memperkasa usahawan, meningkatkan kesejahteraan komuniti serta menyokong pembangunan sosioekonomi negeri.

“Program Asnafpreneur Sabah Bank Rakyat – UMS 2.0 umpamanya menjadi platform strategik dalam merapatkan jurang akses kepada modal, ilmu keusahawanan, teknologi dan pasaran dalam kalangan usahawan asnaf di Sabah,” katanya.  

Ujar beliau, MUZAKARAH 2026 diharap mampu mencapai objektif dalam melahirkan idea baharu, memperkukuh kerjasama antara institusi serta menyumbang kepada pembangunan industri kewangan Islam yang mampan. 

Turut hadir pada majlis berkenaan Mufti Negeri Sabah; Sahibus Samahah Datuk Dr. Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah; Dato’ Syeikh Zakaria Othman; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF University; Professor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Azmi Omar; dan Dekan Fakulti Pengajian Islam UMS, Prof. Dr. Muhamad Suhaimi Taat. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/24/muzakarah-2026-platform-perkukuh-ekosistem-kewangan-islam-serantau/feed/ 0 100455
UMS, INCEIF University jayakan muzakarah cendekiawan syariah nusantara 2026 https://sabahmedia.com/2026/07/23/ums-inceif-university-jayakan-muzakarah-cendekiawan-syariah-nusantara-2026/ https://sabahmedia.com/2026/07/23/ums-inceif-university-jayakan-muzakarah-cendekiawan-syariah-nusantara-2026/#respond Thu, 23 Jul 2026 01:40:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100389
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus berkembang secara lebih aktif sebagai institusi pendidikan tinggi yang memacu pembangunan ilmu dan kewangan Islam apabila dipilih sebagai rakan penganjur bagi Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (MCSN) 2026 yang dijayakan bersama INCEIF University. 

Program itu menghimpunkan tokoh dan cendekiawan Syariah, mufti-mufti negeri, wakil badan pengawal selia, institusi kewangan Islam, ahli akademik serta penyelidik dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand bagi membincangkan isu-isu semasa serta hala tuju pembangunan kewangan Islam di peringkat serantau.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, pemilihan Sabah sebagai lokasi penganjuran menjadikan UMS sebagai tuan rumah program ilmiah berprestij tersebut, satu pengiktirafan terhadap keupayaan universiti dalam menganjurkan platform wacana yang menghimpunkan pakar-pakar Syariah dan kewangan Islam di rantau Nusantara.

“Kerjasama strategik antara UMS dan INCEIF University melalui ISRA Institute mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam memperkukuh pembangunan ilmu, penyelidikan dan inovasi, sekali gus memperluaskan jaringan kerjasama yang memberi manfaat kepada negara dan ummah.

“UMS bersedia memainkan peranan lebih besar dalam menyokong pembangunan ekosistem kewangan Islam, khususnya di Sabah melalui penyelidikan, pembangunan bakat dan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian program tersebut, di sini. 

Perasmian muzakarah berkenaan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Menurut beliau, penubuhan Fakulti Pengajian Islam UMS dan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) turut memacu usaha dalam melahirkan graduan dan penyelidik yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kewangan Islam di negara ini.

Pada masa yang sama, Kasim turut menegaskan pembangunan kewangan Islam perlu disokong melalui usaha meningkatkan literasi kewangan bagi melahirkan bakat tempatan, memperkasa komuniti serta meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat.

UMS juga katanya berharap MCSN 2026 menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kerjasama strategik yang memberi impak kepada pembangunan Sabah, sekali gus menyokong aspirasi menjadikan negeri ini sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan pembangunan kewangan Islam di Borneo.

Hadir sama pada majlis tersebut Mufti Negeri Sabah; Sahibus Samahah Datuk Dr. Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah; Dato’ Syeikh Zakaria Othman, dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF University; Professor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Azmi Omar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/23/ums-inceif-university-jayakan-muzakarah-cendekiawan-syariah-nusantara-2026/feed/ 0 100389