muzium sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 19 Jul 2025 08:39:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muzium sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Muzium Sabah ke arah digital, perkenal AR dan VR https://sabahmedia.com/2025/07/19/muzium-sabah-ke-arah-digital-perkenal-ar-dan-vr/ https://sabahmedia.com/2025/07/19/muzium-sabah-ke-arah-digital-perkenal-ar-dan-vr/#respond Sat, 19 Jul 2025 08:37:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77570
Read Time:2 Minute, 59 Second

Oleh J. Evachel John

Kota Kinabalu: Muzium Sabah kini memperkenalkan teknologi Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) bagi memperkasa usaha pemeliharaan serta penyampaian warisan budaya secara digital.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, teknologi berkapasiti tinggi itu membolehkan para pengunjung merasai suasana rumah-rumah tradisional Sabah  (di Kg. Warisan Fasa 1 dan 2) dalam bentuk interaktif digital.

Joniston (kiri) melawat pameran yang diadakan. — Foto oleh J. Evachel John

“Dengan teknologi ini, pengunjung bukan sahaja dapat melihat, malah dapat ‘masuk’ ke dalam rumah tradisional Bajau, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain melalui alat AR dan VR ini pada bila-bila masa, dan di mana-mana juga.

“Ini membuktikan bahawa warisan tidak beku di masa lalu, tetapi hidup dalam masa depan. Dan inilah komitmen kita mengangkat muzium ke era digital,” katanya.

Beliau berkata  dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Intan Muzium Sabah di Kg. Warisan Fasa 2, Kompleks Muzium Sabah.

Atitih Yati Robert mencuba teknologi berkapasiti tinggi yang diperkenalkan pada acara itu. — Foto oleh J. Evachel John

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Datuk Joniston Bangkuai, yang turut merasmikan majlis tersebut.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Josie Lai dan Pengarah Muzium Negeri Sabah, Arif Abd Hamid.

Menurut Christina dalam tempoh enam dekad sejak penubuhannya pada 15 Julai 1965, Jabatan Muzium Sabah telah berkembang pesat daripada sebuah ruang sempit di Jalan Gaya kepada pengoperasian 23 tapak muzium dan ‘In-Situ’ di seluruh negeri, termasuk di Kudat, Keningau, Kinabatangan, Semporna, Sandakan, dan Tenom.

“Hari ini, saya dengan bangganya mengumumkan bahawa sebanyak 23 tapak muzium dan ‘In-Situ’ telah berjaya ditubuhkan di seluruh Sabah. 

Salah seorang pengunjung mencuba teknologi AR dan VR. — Foto oleh J. Evachel John

“Ini termasuk Muzium Tun Mustapha Kudat; Muzium Warisan Keningau; Rumah Agnes Keith di Sandakan; Muzium Tun Sakaran dan Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di Semporna; Muzium Agop Batu Tulug, Kinabatangan; dan Batu Berukir Lumuyu Tenom,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa sebuah muzium baharu, iaitu Muzium Tamadun dan Etnik Dusun Ranau, akan dibangunkan di daerah Ranau dalam masa terdekat.

“Kesemua ini menjadi bukti bahawa usaha pemeliharaan sejarah tidak hanya tertumpu di bandar, tetapi diperluas ke seluruh pelusuk negeri supaya warisan Sabah benar-benar dirasai oleh semua rakyat,” katanya.

Christina merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Muzium Sabah yang telah berusaha memelihara, mendokumentasi dan membina warisan negeri ini selama enam dekad.

“Saya percaya, dengan semangat dan visi yang jelas, Jabatan Muzium Sabah akan terus menjadi peneraju dalam mendidik rakyat, memperkasa identiti dan memartabatkan warisan tempatan di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan pelantikan rasmi Duta Muzium Sabah, yang disandang oleh pemenang Unduk Ngadau Peringkat Negeri 2025, Atitih Yati Robert, dengan tempoh pelantikan selama setahun.

“Inisiatif ini bertujuan melibatkan lebih ramai golongan muda, tokoh budaya, penggiat seni dan ‘influencer’ dalam menyebarkan mesej warisan secara kreatif dan meluas.

“Duta ini akan menjadi jurucakap budaya, menjalankan program kesedaran dan mempromosikan nilai sejarah kepada komuniti masing-masing sama ada secara fizikal atau melalui platform media sosial,” katanya.

Terdahulu, majlis diserikan dengan pembukaan rasmi Pameran Jubli Intan Muzium Sabah, yang mempersembahkan dokumentasi visual, bahan arkib, koleksi artifak penting dan kronologi perkembangan jabatan dari tahun 1965 hingga kini.

Pengunjung turut berpeluang mencuba sendiri teknologi AR dan VR yang dipamerkan kepada umum.

Selain itu, Karnival Sukan Rakyat, turut diadakan bagi  menghidupkan kembali sukan tradisional seperti permainan dam aji, congkak, tarik tali, menyumpit, dan banyak lagi.

Christina berkata aktiviti sebegini  menjadi platform mendekatkan generasi muda dengan tradisi nenek moyang. 

“Warisan bukan hanya dipamerkan. Ia perlu dihayati, dimainkan, dan diwarisi,” katanya. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/19/muzium-sabah-ke-arah-digital-perkenal-ar-dan-vr/feed/ 0 77570
Muzium Sabah lancar Pameran Hijriah dan Ulangtahun Muzium Tamadun Islam Ke-21 https://sabahmedia.com/2023/04/05/muzium-sabah-lancar-pameran-hijriah-dan-ulangtahun-muzium-tamadun-islam-ke-21/ https://sabahmedia.com/2023/04/05/muzium-sabah-lancar-pameran-hijriah-dan-ulangtahun-muzium-tamadun-islam-ke-21/#respond Wed, 05 Apr 2023 13:41:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32224
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Hasrat kerajaan untuk memulihkan sektor pelancongan di negeri ini, pelbagai aktiviti telah rancak dibangunkan termasuklah program-program muzium yang telah dirancang lebih awal sedia menanti kunjungan para pelawat untuk dilawati.

Justeru, Jabatan Muzium Sabah telah menyahut seruan kerajaan melancarkan Pameran Hijriah dan Ulangtahun Muzium Tamadun Islam Ke-21 bersempena dengan sambutan Hari Muzium Sabah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh
Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew yang berlangsung di Muzium Tamadun Islam, Jabatan Muzium Sabah di sini hari ini.

Christina dalam ucapan perasmiannya berkata, selaras dengan fungsi Jabatan Muzium untuk mengembangkan ilmu pengetahuan masyarakat menerusi pameran-pamerannya, beliau yakin penganjuran pameran ini amatlah bertepatan sekali untuk menggalakkan orang ramai datang ke muzium.

“Semoga pameran ini dapat memberikan pengetahuan mengenai bidang Kalender Islam Global,” katanya.

Menurutnya, program pameran ini adalah untuk mempromosikan aktiviti kebiasaan masyarakat Islam mengikut takwim kalender hijriah dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai keindahan kepelbagaian bangsa dan agama di Negeri Sabah yang menjadi lambang perpaduan masyarakat majmuk di Negeri Sabah.

“Kepentingan kalender ini berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia yang meliputi aktiviti sosial dan keagamaan. Sistem kalender menjadikan kehidupan manusia lebih terurus dan teratur sama ada di dalam bidang ekonomi, perundangan politik hingga kepada hubungan antarabangsa.

“Kalender Hijriah merupakan sistem kalender yang sangat penting bagi umat Islam sebagai rujukan tarikh amalan ibadah wajib, sunat dan harus bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia juga adalah kalender lunar yang dikira berdasarkan kepada pergerakkan bulan mengelilingi bumi. Terdapat 12 bulan dalam kalender Hijriah bermula bulan Muharam hingga ke bulan Zulhijjah dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun,” jelasnya.
 
Manakala Kalender Masihi pula katanya, dikira berdasarkan kepada pergerakkan bumi mengelilingi matahari. Terdapat dua belas bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.
 
“Peristiwa penting atau hari kebesaran Islam dalam Kalender Hijriah di Malaysia ialah seperti Israk dan Mikraj, Awal Ramadan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Aidil Fitri, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidil Adha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul,” tambah beliau.

Sehubungan dengan itu, Christina berkata, sempena dengan Ulangtahun Muzium Tamadun Islam ini yang kebetulan jatuh pada bulan ramadan, pelbagai aktiviti diadakan seperti Bazaar jualan Ramadan, wayang pacak, gunting rambut rahmah, pertandingan gerai tercantik dan pengunjung bertuah. Aktiviti-aktiviti ini juga dirancang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini.

“Dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini diharap akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani,emosi, intelek dan sosial. Disamping itu, secara tidak langsung ia turut memupuk semangat perpaduan, kerjasama, semangat kerja berpasukan dan mengeratkan ukhuwah sebagai sebuah masyarakat Malaysia Madani.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Jabatan Muzium Sabah yang telah berusaha untuk merencanakan pameran ini.

“Saya berharap, agar pameran ini akan dapat mencapai objektifnya dan mampu menarik lebih ramai pelawat untuk berkunjung ke muzium Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/05/muzium-sabah-lancar-pameran-hijriah-dan-ulangtahun-muzium-tamadun-islam-ke-21/feed/ 0 32224
50 Buah Karya Koleksi Catan TYT Sabah Dipamerkan https://sabahmedia.com/2021/10/21/50-buah-karya-koleksi-catan-tyt-sabah-dipamerkan/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/50-buah-karya-koleksi-catan-tyt-sabah-dipamerkan/#respond Thu, 21 Oct 2021 07:11:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7740
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 50 buah karya koleksi catan lanskap dan alam semulajadi seni Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dipamerkan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-68.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, pameran khas yang dikendalikan Jabatan Muzim Negeri Sabah secara maya itu turut memilih enam buah karya Yang di-Pertua Negeri untuk dianimasikan dengan kesan khas audio dan visual.

Katanya, ia bagi menjadikan pameran berkenaan lebih menarik selaras dengan penggunaan teknologi digital masa kini selain boleh menjadi satu bahan promosi kepada pameran khas ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sedang dilanda pandemik COVID-19 namun itu bukanlah halangan dan alasan untuk Jabatan Muzium Sabah tidak dapat menganjurkan pameran ini.

“Jabatan ini telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan pameran ini secara maya. Pameran karya-karya kaliini juga membawa kita semua untuk mendalami bakat terpendam yang dimiliki Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam bidang seni catan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Khas Karya-Karya Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin sempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-68 secara maya disini hari ini.

Jafry berkata, pameran itu bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai karya seni rupa untuk meningkatkan pengetahuan dan apresiasi masyarakat dalam seni dengan memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni melalui persepsi visual.

Katanya, rakyat Sabah bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa menunjukkan keprihatinan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Tuan Yang Terutama Tun juga telah membimbing kita semua ke arah perpaduan, kestabilan dan keharmonian di negeri di bawah bayu yang kita cintai ini.

“Doa serta harapan seluruh rakyat negeri ini, agar Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia sepanjang masa,” katanya.

Kesemua karya boleh dilihat melalui laman Facebook Muzium Sabah di https://fb.watch/8MHkZdF3F3/ dan https://fb.watch/8MHjzcurAc/

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/50-buah-karya-koleksi-catan-tyt-sabah-dipamerkan/feed/ 0 7740