muzium – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Sep 2025 23:04:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png muzium – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Craft Exotica 2025 dan Bermalam di Muzium kukuhkan warisan budaya Sabah – Christina https://sabahmedia.com/2025/09/14/craft-exotica-2025-dan-bermalam-di-muzium-kukuhkan-warisan-budaya-sabah-christina/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/craft-exotica-2025-dan-bermalam-di-muzium-kukuhkan-warisan-budaya-sabah-christina/#respond Sun, 14 Sep 2025 10:10:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81233
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Craft Exotica 2025 dan Bermalam di Muzium membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh warisan budaya serta menyokong aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) Datuk Seri Christina Liew berkata, Craft Exotica 2025 yang berlangsung dari 13 hingga 21 September adalah manifestasi usaha mengangkat seni kraftangan tradisional dan budaya rakyat tempatan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya difahamkan program ini menggabungkan demonstrasi tekstil, sulaman, anyaman, persembahan kebudayaan serta permainan tradisi pelbagai kumpulan etnik di Sabah.

“Penyertaan aktif daripada 40 orang penggiat kraftangan, pelajar dan persatuan etnik jelas menunjukkan warisan budaya kita masih hidup dan terus berkembang,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di Kompleks Muzium Sabah, di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaikan Pengarah Jabatan Muzium Sabah, Arif Abd Hamid.

Christina berkata, pelaksanaan program seumpama ini bukan sahaja sebagai tarikan pelancong, malah mampu menjadi sumber ekonomi kepada komuniti luar bandar dan etnik tempatan.

Dalam pada itu beliau berkata, penutupan Program Bermalam di Muzium turut diraikan hari ini, yang mana ia berperanan besar menyemai semangat patriotisme serta jati diri dalam kalangan generasi muda.

“Program ini yang bermula sejak 2005 kini menjadi platform tahunan berimpak tinggi. Tahun ini ia membawa tema ‘Kurator Muda’, bagi memperkenalkan profession kurator sebagai pemelihara warisan negara. Seramai 100 pelajar daripada lima buah sekolah telah menyertai dengan jayanya,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak sekolah serta Akademi Kenegaraan Malaysia yang menjayakan program ini.

Christina berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha menjadikan muzium sebagai pusat pembelajaran terbuka dan inklusif, bukan hanya tempat pameran tetapi ruang dialog, pendidikan, inovasi serta penyambung generasi.

“Usaha seperti Craft Exotica dan Bermalam di Muzium bukan sahaja memperkasa ekonomi kreatif masyarakat tempatan, malah memupuk kesedaran sejarah serta penghargaan terhadap identiti budaya dalam kalangan rakyat,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah, Shirley Sion dan Timbalan-timbalan Pengarah Muzium Sabah, Aldofus Lester John Millip dan Daus Kubud serta Duta Muzium Sabah yang juga Unduk Ngadau Sabah 2025, Atitih Yati Robert./

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/craft-exotica-2025-dan-bermalam-di-muzium-kukuhkan-warisan-budaya-sabah-christina/feed/ 0 81233
Rumah Agnes Keith Bakal Dibangunkan Sebagai Destinasi Pelancongan Berteraskan ‘Dark Tourism’ https://sabahmedia.com/2021/06/27/rumah-agnes-keith-bakal-dibangunkan-sebagai-destinasi-pelancongan-berteraskan-dark-tourism/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/rumah-agnes-keith-bakal-dibangunkan-sebagai-destinasi-pelancongan-berteraskan-dark-tourism/#respond Sun, 27 Jun 2021 10:17:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2075
Read Time:1 Minute, 12 Second

SANDAKAN : Rumah Agnes Keith bakal dibangunkan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang berteraskan kegelapan atau lebih dikenali sebagai ‘Dark Tourism’ yang akan dilaksanakan Jabatan Muzium menerusi program E-Seram.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, ianya akan memberi peluang kepada pengunjung bermalam dirumah terbabit bagi merasai sendiri kehidupan penulis tersohor Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith bersama suami, Harry Keith dan anak mereka, George.

“Walau bagaimanapun program ini terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak tahun lalu. Sabah mempunyai banyak lokasi yang menyimpan sejarah peperangan, kemusnahan atau tragedi yang mampu diangkat untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

“Mungkin ramai yang tidak tahu rumah agam di atas bukit itu menyimpan cerita misteri dimana pelbagai catatan Agnes termasuk pengalaman seram yang sering dilalui sepanjang tinggal di rumah berkenaan,”katanya.

Agnes menulis: “Saya tidak percaya pada hantu. Tetapi setiap hari saya melihat seorang wanita tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang.”

Seorang pembantu rumah yang bekerja ketika Tom Bayles tinggal di situ pada 1967 hingga 1968 pula terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga.

Banyak lagi catatan dalam bentuk makalah yang turut dipamerkan di satu sudut rumah itu yang menceritakan kejadian seram dialami penghuni rumah berkenaan.

Ia membuktikan di sebalik keunikan serta sejarahnya, Rumah Agnes Keith turut menyimpan cerita misteri yang pastinya menjadikan ia lebih menarik untuk dikunjungi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/rumah-agnes-keith-bakal-dibangunkan-sebagai-destinasi-pelancongan-berteraskan-dark-tourism/feed/ 0 2075