NADMA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Feb 2025 09:23:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png NADMA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana – Ahmad Zahid https://sabahmedia.com/2025/02/01/nadma-diminta-terus-pantau-tahap-kesiapsiagaan-agensi-terlibat-hadapi-bencana-ahmad-zahid/ https://sabahmedia.com/2025/02/01/nadma-diminta-terus-pantau-tahap-kesiapsiagaan-agensi-terlibat-hadapi-bencana-ahmad-zahid/#respond Sat, 01 Feb 2025 09:23:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67835
Read Time:1 Minute, 46 Second

BERNAMA

Putrajaya : Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Merujuk kepada situasi banjir di Sabah dan Sarawak ketika ini, beliau menyatakan rasa puas hati dengan koordinasi baik oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di negeri yang dilanda banjir.

“Dengan persediaan dan koordinasi awal, kerajaan telah menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025, selain penyelarasan yang baik dan teratur dapat dibuat dan disusun oleh JPBD dan JPBN. 

“Ini termasuklah memastikan pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan kemudahan asas yang mencukupi untuk kegunaan mangsa banjir,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi JPBP turut memohon supaya proses pendaftaran dan pengesahan mangsa dipermudah serta disegerakan bagi mengelakkan kelewatan pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Untuk rekod, kerajaan Persekutuan akan mengagihkan bantuan ihsan RM1,000 kepada ketua isi rumah (KIR) yang terkesan banjir dan berpindah ke PPS, mengikut syarat ditentukan NADMA.

Semakan di portal Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/ setakat 4.45 petang ini mendapati 22 daerah di Sabah dan Sarawak terjejas bah melibatkan 15,004 mangsa di 85 PPS.

Tiga daerah paling teruk terkesan di Sarawak ialah Bintulu yang merekodkan 4,811 mangsa, Serian (2,597 mangsa) dan Selangau (1,056 mangsa) dengan jumlah keseluruhan 13,302 orang.

Di Sabah, lima daerah terjejas dengan 14 PPS dibuka setakat ini melibatkan 1,702 mangsa iaitu di Pitas, Lahad Datu, Paitan, Beaufort dan Beluran. 

Terdahulu, Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid di Sabah diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang berlindung di PPS di ketiga-tiga daerah itu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, orang ramai turut diingatkan untuk sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan termasuk menyediakan beg kecemasan, segera berpindah ke PPS yang disediakan apabila diarahkan, pergi ke tempat tinggi dan selamat serta jangan membiarkan kanak-kanak bermain air di kawasan banjir.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/01/nadma-diminta-terus-pantau-tahap-kesiapsiagaan-agensi-terlibat-hadapi-bencana-ahmad-zahid/feed/ 0 67835
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara https://sabahmedia.com/2024/11/09/nadma-bina-lapan-lagi-pusat-pemindahan-kekal-seluruh-negara/ https://sabahmedia.com/2024/11/09/nadma-bina-lapan-lagi-pusat-pemindahan-kekal-seluruh-negara/#respond Fri, 08 Nov 2024 23:44:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63459
Read Time:1 Minute, 42 Second

BERNAMA

Putrajaya: Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, ia susulan pihaknya telah berjaya melengkapkan kerja ubah suai dan baik pulih sebuah dewan di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini untuk dijadikan PPK.

“Dewan ini telah siap diubah suai dan dibaik pulih, lengkap dengan tandas dan bilik air yang selesa, kini dewan berkenaan boleh menempatkan kira-kira 400 mangsa banjir berbanding 190 mangsa sebelum ini dan pada monsun timur laut (MTL) ini ia boleh digunakan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi libat urus persiapan kerajaan menghadapi MTL 2024/2025 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia di Pulau Meranti, di sini semalam. 

Khairul Shahril berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi untuk pembinaan PPK berkenaan antaranya di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Johor dan Perak.

Urusan projek berkenaan, katanya, telah memasuki peringkat tender dengan Sabah dan Sarawak dikendalikan oleh kerajaan negeri manakala negeri lain oleh Jabatan Kerja Raya dan dijangka mengambil masa hingga 15 bulan untuk dibina.

Khairul Shahril berkata, kos pembinaan PPK berkenaan dianggarkan menelan belanja hingga RM5 juta sebuah.

“PPK ini akan dibina berhampiran sekolah bagi membolehkan pelajar sekolah menggunakan kemudahan ini semasa luar musim banjir.

“Pembinaan PPK ini ialah rancangan bagi fasa pertama agar tiada lagi sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, dalam taklimatnya semasa sesi libat urus berkenaan, Khairul Shahril berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu agensi berkenaan dalam menyalurkan bantuan dan perkhidmatan kepada mangsa banjir pada musim MTL ini.

Beliau berkata, NGO yang berminat boleh berdaftar dengan pihaknya melalui aplikasi Rakan NADMA agar urusan bantuan dapat diagihkan dengan lebih cekap untuk mengelakkan pembaziran.

“Melalui aplikasi itu juga NGO yang terlibat boleh berkongsi maklumat mengenai atur gerak kerja dan jenis bantuan yang diperlukan di sesebuah kawasan dilanda banjir selain sebagai pelengkap kepada bantuan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/09/nadma-bina-lapan-lagi-pusat-pemindahan-kekal-seluruh-negara/feed/ 0 63459
Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara https://sabahmedia.com/2024/05/07/kerajaan-semak-semula-arahan-mkn-no-20-untuk-mantapkan-mekanisme-pengurusan-bencana-negara/ https://sabahmedia.com/2024/05/07/kerajaan-semak-semula-arahan-mkn-no-20-untuk-mantapkan-mekanisme-pengurusan-bencana-negara/#respond Tue, 07 May 2024 13:13:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54079
Read Time:1 Minute, 50 Second

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ujarnya beliau telah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri bagi semakan semula dasar itu, yang sekali gus dapat memastikan ancaman bencana negara berada pada tahap minimum.

 “Pindaan Arahan MKN No. 20 dijangka memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisme pengurusan bencana negara,” katanya.

Sementara itu, Menurut Ahmad Zahid lagi Jemaah Menteri melalui mesyuarat pada 22 Mac 2024 telah bersetuju secara prinsinya supaya SMART NADMA diberikan pengiktirafan sebagai Pasukan Khas Urban Search and Rescue (USAR) dan satu skim perhidmatan khusus diwujudkan bagi menyelaras semula pemberian elaun dan kemudahan yang akan diterima oleh anggota SMART NADMA.

 lanya merupakan satu langkah Kerajaan dalam menjaga kebajikan pasukan mencari dan menyelamat khas negara yang telah bertungkus lumus berbakti menyelamatkan nyawa mangsa bencana dan mengharumkan nama negara.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada majlis itu juga , Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Beliau berkata ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana. 

Secara keseluruhannya, Ahmad Zahid berkata sepanjang musim MTL lepas, sebanyak 27,505 keluarga dan 92,534 mangsa telah ditempatkan di 751 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah mangsa juga adalah jauh lebih rendah berbanding 2022 iaitu 251,799 mangsa yang dipindahkan.

Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terlibat sepanjang musim MTL 2023/2024.

Sabah Media turut menerima sijil penghargaan di atas laporan-laporan yang diterbitkan sepanjang musim MTL 2023/2024

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/07/kerajaan-semak-semula-arahan-mkn-no-20-untuk-mantapkan-mekanisme-pengurusan-bencana-negara/feed/ 0 54079
NADMA Arah PKOB Sabah,Sarawak Bersedia Hadapi Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/06/nadma-arah-pkob-sabahsarawak-bersedia-hadapi-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/06/nadma-arah-pkob-sabahsarawak-bersedia-hadapi-banjir/#respond Thu, 06 Jan 2022 04:29:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10773
Read Time:1 Minute, 26 Second

KUALA LUMPUR: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat negeri dan daerah di Sarawak dan Sabah diarahkan bersiap siaga termasuk mengaktifkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan arahan itu berikutan ramalan luruan monsun dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan.

Menurut agensi itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga perlu memastikan ketersediaan stok bekalan pangkalan hadapan di Sabah dan Sarawak bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir.

“Sebagai sebahagian daripada kesiapsiagaan juga, PKOB Sarawak perlu menyelaras penyampaian makluman kepada penduduk di kawasan yang berisiko berlaku banjir agar mereka siap siaga jika berlakunya bencana,” demikian menurut Nadma menerusi kenyataan, disini semalam.

Terdahulu, ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 6 hingga 12 Jan yang dikeluarkan MetMalaysia semalam menyatakan kawasan penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak mulai Ahad (9 Jan).

Jabatan itu menjelaskan keadaan tersebut boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan seterusnya mengakibatkan banjir terutama di bahagian tengah dan barat Sarawak, selain pada masa sama ribut petir masih boleh berlaku di seluruh negara pada pagi dan petang hingga malam.

Menurut Nadma, berdasarkan laporan bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) setakat 10 pagi semalam, sebanyak 50 lokasi jalan di negeri yang masih terjejas akibat bencana, sedang menjalani proses pembersihan.

“Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pula melaporkan terdapat lima lagi kejadian tanah runtuh, iaitu tiga di Sabah sementara Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing satu yang menjadikan jumlah kumulatif kejadian tanah runtuh berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut kini sebanyak 250 kes,” katanya.

Bagi status operasi pembersihan pascabanjir oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sehingga semalam, 90 peratus kawasan di Selangor yang terjejas banjir telah dibersihkan. -BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/06/nadma-arah-pkob-sabahsarawak-bersedia-hadapi-banjir/feed/ 0 10773
JPBN Johor,Sabah & Sarawak Sentiasa Berwaspada Amaran Hujan Lebat Berterusan https://sabahmedia.com/2021/12/26/jpbn-johorsabah-sarawak-sentiasa-berwaspada-amaran-hujan-lebat-berterusan/ https://sabahmedia.com/2021/12/26/jpbn-johorsabah-sarawak-sentiasa-berwaspada-amaran-hujan-lebat-berterusan/#respond Sun, 26 Dec 2021 07:51:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10314
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di Johor, Sabah dan Sarawak diminta untuk sentiasa berwaspada dengan Amaran Hujan Lebat Berterusan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dalam satu kenyataan berkata, JPBN juga perlu mengambil tindakan awalan untuk membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Kenyataan itu turut memaklumkan JPBN juga perlu memaklumkan agensi- agensi responder untuk bersiap siaga untuk operasi termasuk pembukaan PKTK, PPS dan penyelarasan bantuan dari badan bukan kerajaan (NGO).

“Setiap PKOB Negeri telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kawasan-kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut (memasuki fasa pasca bencana dan pemulihan awal).

“PKOB juga telah  memaklumkan kepada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengenai keperluan untuk atur gerak pam bagi  operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang.

“Pihak NADMA telah dan sedang menyelaras bantuan-bantuan logistik yang diperlukan antaranya membawa unit pam JPS dari Ipoh ke Taman Sri Muda dan Mentakab,” kata kenyataan itu disini semalam.

NADMA dalam kenyataan itu berkata, PKOB Pusat turut dimaklumkan PKOB Terengganu bahawa negeri berkenaan telah memasuki fasa pasca sepenuhnya pada 21 Disember lalu.

Menurut kenyataan itu,bagi menghadapi kemungkinan banjir berlaku di Pahang berikutan ramalan luruan monsun bermula 27 Disember 2021, pihak APM Terengganu akan menghantar pasukan bagi membantu kesiapsiagaan negeri Pahang.

“NADMA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya kepada mereka di lapangan yang telah dan masih lagi gigih berusaha menyelamat dan menguruskan mereka yang terkesan akibat bencana banjir.

“Penghargaan juga buat semua Keluarga Malaysia yang  sama-sama menabur bakti. NADMA juga ingin mengingatkan semua yang berada di lapangan agar langkah-langkah sewajarnya diambil untuk mengekang penularan COVID-19 terutamanya mangsa-mangsa yang berpindah ke PPS.

“Usaha kita akan lebih berjaya dengan pengurusan penyelarasan yang baik agar agihan bantuan dapat dibuat dgn tepat dan teratur.,” katanya.

NADMA menambah, bagi mereka yang terkesan dengan bencana banjir, selain daripada talian Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) 03- 8064 2400, orang ramai juga boleh menghubungi talian MyGCC 03-80008000 sebagai alternatif talian informasi bencana. Maklumat terkini bencana juga turut dikongsi di media sosial

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/26/jpbn-johorsabah-sarawak-sentiasa-berwaspada-amaran-hujan-lebat-berterusan/feed/ 0 10314
Banjir: 14 korban direkodkan di seluruh negara https://sabahmedia.com/2021/12/21/banjir-14-korban-direkodkan-di-seluruh-negara/ https://sabahmedia.com/2021/12/21/banjir-14-korban-direkodkan-di-seluruh-negara/#respond Tue, 21 Dec 2021 04:58:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10146
Read Time:3 Minute, 37 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR, ~~ Tempoh 24 jam tanpa hujan lebat di beberapa negeri sedikit memberikan kelegaan dan kegembiraan buat mangsa terjejas dengan banjir yang telah memasuki hari ketiga hari ini.

Namun keadaan cuaca panas itu yang membolehkan keadaan air di beberapa kawasan mulai surut, turut membawa berita duka buat negara apabila terdapat angka korban akibat bencana telah direkodkan.

Lapan mayat ditemukan di Selangor manakala Pahang mencatat jumlah korban seramai enam orang manakala empat lagi dilapor masih hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, Bentong. 

Penemuan mayat itu menjadikan 14 orang terkoban dalam kejadian banjir yang melanda lapan negeri, dan mengakibatkan 66,939 mangsa dipindahkan ke 466 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang dibuka di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kuala Lumpur. 

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata di Selangor selain kematian akibat banjir itu direkodkan di Shah Alam dengan empat kematian, di daerah Kajang merekodkan dua kematian dan masing-masing satu di Sungai Buloh dan Sepang.

Satu mayat lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai mangsa lemas pertama ditemukan di jalan masuk utama ke Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22, Shah Alam pada 7.50 malam semalam.

Penemuan mayat bagaimanapun tidak terhenti di situ apabila pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga lagi mangsa lemas ditemukan maut dalam insiden banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kesemua mayat lelaki dengan dua daripadanya ditemukan pada 1 pagi sementara satu lagi mayat ditemukan pada 5 pagi tadi oleh orang awam dan pihak bomba ketika kerja-kerja penyelamatan sedang dilakukan dan kesemua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata dua mayat lelaki ditemukan di Dengkil dan satu mayat lelaki ditemukan di Sepang hari ini, sementara satu mayat lelaki ditemukan di Desa Coalfields, Kuala Selangor semalam.

Selain itu, beberapa kejadian pecah masuk kedai serbaneka dilaporkan berlaku di kawasan Taman Sri Muda yang sedang mengalami banjir teruk yang dipercayai berlaku sekitar 1 tengah hari hingga 2 petang dan ia disahkan Baharudin kepada Bernama.

Di PAHANG pula, operator kilang M.Gunalan, 38, menjadi korban pertama banjir di negeri itu setelah ditemukan maut pada 2.22 petang Jumaat (17 Dis) kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilihat jatuh semasa meredah banjir di jalan berhampiran tanah perkuburan Cina di Gambang.

Korban kedua direkodkan membabitkan seorang lelaki yang dilapor hilang pada 1 pagi semalam, selepas dia dikatakan cuba meredah banjir di Kampung Cempaka bersama seorang rakan dengan menaiki kereta Proton Exora sebelum kenderaan itu terkandas. Bagaimanapun rakannya terselamat.

Dalam pada itu, tiga mayat wanita dan satu lelaki, dipercayai daripada kumpulan lima individu dilapor hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, di sini, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat  (SAR) hari ini yang memulakan operasi bermula 9 pagi di kawasan mereka dilapor hilang.

Mayat lelaki ditemukan pada 1 tengah hari tadi manakala mayat tiga wanita ditemukan pada 1.20 tengah hari, 2 petang dan 4.23 petang, kira-kira dua hingga lima kilometer dari lokasi mereka dilapor hanyut di kawasan sungai di kampung itu.

Di PERAK, meskipun cuaca diramal baik sehingga esok pagi di kebanyakan tempat namun pihak berkuasa akan terus membuat pemantauan khasnya di kawasan berisiko tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Di TERENGGANU, kebanyakan paras air di sungai-sungai utama di negeri ini berada di paras normal kecuali di stesen bacaan Sungai Kemaman di rumah pam Paya Paman yang merekodkan ketinggian 4.45 meter (m) mengatasi paras bahaya 4m.

Di KUALA LUMPUR, Seramai 371 mangsa banjir di ibu negara masih ditempatkan di tiga PPS yang dibuka serta keadaan baik hari ini menyaksikan 10 jalan yang sebelum ini ditutup akibat ditenggelami air, telah kembali dibuka.

Di KELANTAN, empat sungai utama berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai merekodkan bacaan 36.67 meter (m), Sungai Kelantan di Tangga Krai (25.10m), Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (16.29m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.19m).

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu yang ditempatkan di PPS semakin menurun susulan keadaan cuaca baik hari ini.

 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/21/banjir-14-korban-direkodkan-di-seluruh-negara/feed/ 0 10146