nahas jalan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Mar 2023 23:59:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png nahas jalan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga maut dalam nahas jalan raya di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2023/03/09/tiga-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2023/03/09/tiga-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-lahad-datu/#respond Wed, 08 Mar 2023 23:59:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30550
Read Time:55 Second

LAHAD DATU: Tiga maut dalam satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Tungku Kampung Bekapit dekat sini malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Amil Sappari, 45, Isang Sappari,39, dan Ellaine Sappari, 4.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 malam tadi (8 Mac) mengenai kemalangan di lokasi berkenaan.

Katanya, setiba pasukan Bomba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu Dmax.

“Terdapat lapan orang mangsa yang terlibat namun tiga orang mangsa yang menaiki Motosikal meninggal dunia disahkan oleh pihak pasukan perubatan di lokasi kejadian,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia itu diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan susulan. Manakala lima orang mangsa lagi tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada operasi menyelamat yang dilakukan oleh pasukan Bomba hanya pemeriksaan oleh anggota Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kepada mangsa yang terlibat.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.50 malam setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan di lokasi kejadian tersebut,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/09/tiga-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-lahad-datu/feed/ 0 30550