Naib canselor ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Sep 2026 09:30:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Naib canselor ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Naib Canselor UMS pesan mahasiswa bina kecemerlangan holistik https://sabahmedia.com/2026/09/15/naib-canselor-ums-pesan-mahasiswa-bina-kecemerlangan-holistik/ https://sabahmedia.com/2026/09/15/naib-canselor-ums-pesan-mahasiswa-bina-kecemerlangan-holistik/#respond Tue, 15 Sep 2026 08:42:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103462
Read Time:2 Minute, 46 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) diingatkan supaya tidak menjadikan pencapaian akademik semata-mata sebagai ukuran kejayaan, sebaliknya membina kecemerlangan holistik meliputi kemahiran komunikasi, kepimpinan, penyelesaian masalah dan pembentukan sahsiah.

Datuk Dr Kasim Mansor ketika berucap pada Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Minggu Suai Mesra Sesi 2026/2027 Kali Ke-32, di Dewan Canselor UMS, pada Selasa.

https://www.facebook.com/share/r/16Dq9PWSmaV Video Sabah Media/ Erdie Ab Wahid

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor, berkata dunia industri dan alam pekerjaan hari ini memerlukan graduan yang bukan sahaja mempunyai pencapaian akademik baik, tetapi turut memiliki kecerdasan emosi (EQ), kemahiran berkomunikasi, kebolehan menyelesaikan masalah dan sifat kepimpinan.

“Alam universiti hari ini menuntut lebih daripada sekadar helaian ijazah. Industri dan dunia luar mencari graduan yang mempunyai kecerdasan emosi (EQ), kemahiran berkomunikasi, kebolehan menyelesaikan masalah dan sifat kepimpinan.

“Terlibatlah secara aktif dalam aktiviti persatuan, sukan, seni serta program kesukarelawanan dan bina kepelbagaian bakat dalam diri anda,” katanya ketika berucap pada Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Minggu Suai Mesra Sesi 2026/2027 Kali Ke-32, pada Selasa.

Beliau turut mengingatkan mahasiswa supaya membudayakan ilmu dan menjaga integriti akademik dengan menjauhi amalan plagiat serta penipuan akademik.

Katanya, mahasiswa perlu menjadi golongan yang dahagakan ilmu, berfikiran kritis dan sentiasa mencari kebenaran menerusi penyelidikan serta pembacaan yang mendalam.

Dalam pada itu, Kasim menggesa mahasiswa memanfaatkan perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) secara berhemah bagi menyokong pembelajaran dan pemikiran inovatif, bukannya menjadikannya sebagai jalan pintas sehingga menjejaskan keupayaan berfikir secara kritis.

Beliau turut mengingatkan mahasiswa supaya menjaga adab ketika menggunakan media sosial serta mengelak menyebarkan maklumat palsu, fitnah atau perkara yang boleh mencemarkan reputasi diri dan universiti.

Menurutnya, kesejahteraan diri dan kesihatan mental juga tidak harus dipandang ringan sepanjang menempuh kehidupan di universiti.

Beliau berkata, mahasiswa yang berdepan tekanan, kekeliruan atau masalah kesihatan mental tidak seharusnya menderita dalam senyap kerana UMS menyediakan pelbagai saluran sokongan termasuk perkhidmatan kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan pegawai psikologi.

“Perjalanan di universiti bakal menguji ketahanan fizikal dan mental anda. Sekiranya anda berdepan tekanan, kekeliruan atau masalah kesihatan mental, jangan menderita dalam senyap.

“Saling menyokonglah antara satu sama lain sebagai sebuah keluarga besar warga universiti,” katanya.

Beliau turut mengingatkan mahasiswa supaya sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa yang melepaskan mereka melanjutkan pengajian dengan harapan dan doa agar berjaya.

Kasim berkata, Minggu Suai Mesra perlu dimanfaatkan sebagai platform untuk mahasiswa baharu mengenali budaya kampus, membina persahabatan dan menyemai semangat kekeluargaan.

“Keluar daripada zon selesa, libatkan diri dalam aktiviti, bina persahabatan baharu, bertanya soalan dan jangan takut mencuba sesuatu yang baharu.

“Setiap cabaran adalah peluang untuk belajar, berkembang dan menjadi lebih kuat. Percayalah kepada diri sendiri, sokong satu sama lain dan jangan teragak-agak mendapatkan bantuan apabila memerlukannya,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman di UMS bukan sekadar untuk memperoleh kelayakan akademik, tetapi turut menjadi ruang membina kenangan, persahabatan, mengenali potensi diri dan mempersiapkan mahasiswa menghadapi masa depan.

“Sekali lagi, tahniah dan selamat datang ke UMS, The Brain of Borneo. Kami amat berbesar hati menerima anda sebagai sebahagian daripada komuniti ini dan menantikan segala pencapaian yang bakal anda raih.

“Saya berdoa agar perjalanan anda di universiti ini diberkati, dipermudahkan dan dilimpahi dengan kejayaan yang gilang-gemilang.

“Buktikan bahawa anda mampu menjadi generasi mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang di menara gading, malah bakal menjadi pemacu kemajuan masyarakat dan negara kelak,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/15/naib-canselor-ums-pesan-mahasiswa-bina-kecemerlangan-holistik/feed/ 0 103462
Dr Kasim dilantik semula sebagai Naib Canselor UMS https://sabahmedia.com/2023/09/19/dr-kasim-dilantik-semula-sebagai-naib-canselor-ums/ https://sabahmedia.com/2023/09/19/dr-kasim-dilantik-semula-sebagai-naib-canselor-ums/#respond Tue, 19 Sep 2023 09:58:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42103
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Dr Kasim Mohd Mansur,62, dilantik semula memegang jawatan itu selepas tempoh perkhidmatan beliau tamat pada 03 Oktober ini.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin menerusi satu catatan yang dimuatnaik di Facebook rasmi beliau di sini hari ini.

“Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu, Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani serta pelantikan semula Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh ini, diharap agar mereka dapat memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada universiti awam (UA) masing-masing bagi melonjakkan kecemerlangan sektor pendidikan tinggi negara, insya-Allah,” katanya.

Dr Kasim sebelum ini dilantik ke jawatan itu adalah bagi mengantikan Datuk Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin yang tamat tempoh memegang jawatan itu pada penghujung Julai 2022.

Difahamkan tempoh perkhidmatan beliau akan disambung selama dua tahun sehingga 2 Oktober 2025.

Dr Kasim merupakan anak kelahiran Sabah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Indiana State University, Terra Haute, Amerika Syarikat sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama di University of Wisconsin, Amerika Syarikat.

Beliau juga sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS selama lima tahun dari tahun 2009 hingga 2014.

Selain itu, beliau merupakan seorang tokoh akademik yang sangat disenangi dalam kalangan pegawai dan pelajar UMS.

Di peringkat Negeri Sabah pula, beliau memberi sumbangan yang signifikan kepada rakyat Sabah sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah dan Ahli Lembaga Institute For Development Studies Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/19/dr-kasim-dilantik-semula-sebagai-naib-canselor-ums/feed/ 0 42103