Nanas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Jul 2025 02:07:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Nanas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Nanas MD2 beri manfaat kepada ratusan penduduk luar bandar https://sabahmedia.com/2025/07/18/projek-nanas-md2-beri-manfaat-kepada-ratusan-penduduk-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2025/07/18/projek-nanas-md2-beri-manfaat-kepada-ratusan-penduduk-luar-bandar/#respond Fri, 18 Jul 2025 02:06:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77492
Read Time:2 Minute, 2 Second

Sook : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makananan  (KPKM) menyokong penuh usaha untuk membangunkan ekonomi masyarakat di kawasan luar bandar khususnya di pedalaman Sabah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pihaknya turut memberi tumpuan kepada sektor pertanian bernilai tinggi seperti tanaman Nanas MD-2.

“Walaupun projek asal Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) adalah tanaman sawit, tetapi bukan semua kawasan ini sesuai untuk ditanam sawit.

“Saya menyokong inisiatif SLDB untuk mengoptimumkan kawasan ini dengan tanaman yang mampu meningkatkan pendapatan rakyat seperti nanas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Tanaman Nanas MD2 SLDB di sini pada Khamis.

Arthur berkata, melalui kerjasama tersebut, KPKM telah menyalurkan sebanyak RM1 juta melalui program mengoptimumkan penggunaan tanah dengan kerjasama Kerajaan Negeri kepada SLDB untuk mulakan projek tanaman nanas ini.

Katanya, Fasa 1 projek itu melibatkan keluasan sebanyak enam hektar dengan tanaman 250,000 sulur nanas yang akan memberi manfaat kepada 695 peserta di kawasan ini.

Menurutnya, peserta akan mula menikmati tuaian pertama dalam 12 hingga 15 bulan dari sekarang.

“Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) turut dilibatkan bagi melihat potensi kerjasama khususnya dalam mewujudkan industri nanas di sini

“Pelaksanaan projek ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran nanas negara, bahkan membuka peluang pekerjaan, menjana pendapatan pekebun tempatan serta menggalakkan pembangunan ekonomi luar bandar secara menyeluruh,” katanya.

Hadir sama Pengurus Besar SLDB, Datuk Syaheddrul R Joddari; Pengerusi LPNM, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali dan Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairuzamri M. Salleh.

Terdahulu, Arthur turut merasmikan Taklimat Asas Penanaman Nanas Kepada Komuniti Kampung Sakikilo, Sook.

Katanya, usaha yang dibawakan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sook, projek tanaman nanas MD2 dilaksanakan secara berkelompok di Kampung Sakikilo, yang melibatkan sebanyak 42 keluarga.

Di majlis tersebut sebanyak 5,000 sulur nanas, lebih 300kg baja, dan sebuah mesin mini tiller telah diserahkan bagi mulakan projek komuniti tersebut.

“Pihak LPNM akan berkongsi kepakaran dalam penanaman buah nanas di samping memantau projek tersebut bersama-sama PPK Sook sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan komuniti di sini.

“Saya sedang merancang supaya LPNM dan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia dapat mewujudkan industri nanas di Sook sebagai satu industri dan sumber ekonomi baharu bagi daerah pedalaman Sabah.

“Kita memilih tanaman nanas kerana buah ini mempunyai potensi tanaman, pasaran dan pemprosesan produk hiliran yang sangat tinggi selain sesuai ditanam di daerah ini.

“Untuk mewujudkan industri ini kita perlu bertanam secara lebih terancang, tersusun, dan berkelompok supaya kita dapat mencapai skala yang besar untuk sampai ke tahap Perindustrian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/18/projek-nanas-md2-beri-manfaat-kepada-ratusan-penduduk-luar-bandar/feed/ 0 77492
Projek Nanas MD2 di Beaufort capai kejayaan eksport pertama ke Singapura https://sabahmedia.com/2025/05/13/projek-nanas-md2-di-beaufort-capai-kejayaan-eksport-pertama-ke-singapura/ https://sabahmedia.com/2025/05/13/projek-nanas-md2-di-beaufort-capai-kejayaan-eksport-pertama-ke-singapura/#respond Tue, 13 May 2025 14:16:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73761
Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh Florieta Diet

Kota Kinabalu: Pelaksanaan projek penanaman nanas MD2 di Lingkungan, Beaufort bukan sahaja mencatat sejarah dengan penghantaran sulung ke pasaran Singapura, malah membawa sinar baharu kepada komuniti tempatan, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, kejayaan ini menandakan satu perkembangan yang amat menggembirakan bagi industri nanas di Sabah kerana nanas MD2 kini berjaya memasuki pasaran di Singapura.

Beliau menjelaskan, syarikat Aqina Fruits Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Johor telah mengusahakan penanaman nanas MD2 sejak 2009 dan merupakan pengeksport terbesar nanas MD2 di Malaysia.

“Di Sabah, syarikat ini beroperasi di bawah nama Aqina Borneo Sdn. Bhd. dan telah menyewa tanah seluas 400 ekar milik KPD di Lingkungan, Beaufort sejak Februari 2021 untuk pembangunan dan penanaman nanas klon MD2.

“Pembukaan ladang nanas oleh Aqina Borneo memberi pelbagai faedah kepada negeri dan penduduk sekitar, antaranya mengoptimumkan penggunaan tanah, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, serta menyediakan ruang kepada golongan B40 untuk menjadi peserta kontrak dalam projek pertanian dan memperoleh pendapatan,” katanya berucap pada Pelancaran Penghantaran Pertama Nanas MD2 ke Singapura pagi di Tangjung Lipat di sini pada Selasa.

Sehingga kini, Aqina telah menanam nanas seluas 123 ekar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada 30 penduduk tempatan di Beaufort sama ada di ladang mahupun pejabat.

Selain operasi ladang, projek ini turut melibatkan peserta kontrak melalui Program Agro Komuniti B40. Seramai 11 peserta telah dipilih setakat ini, dengan lapan telah memulakan penanaman manakala tiga lagi dipilih pada April lalu. Setiap peserta diperuntukkan kawasan seluas lima ekar.

Di bawah program ini, Aqina bekerjasama dengan Agrobank dalam aspek pembiayaan dan turut memberi bimbingan kepada peserta dalam teknik penanaman, pengurusan ladang, dokumentasi, perakaunan dan pemasaran.

Dr. Jeffrey menjelaskan bahawa semua hasil yang dikeluarkan oleh peserta program akan dibeli oleh Aqina Borneo, sekaligus memberi jaminan pasaran kepada mereka. Kini, ladang yang diusahakan telah mula mengeluarkan hasil dan hari ini menandakan penghantaran eksport pertama satu kontena nanas MD2 ke Singapura.

Beliau menyifatkan penghantaran ini sebagai satu peristiwa bersejarah yang membuka lembaran baharu dalam industri penanaman nanas MD2 di Sabah. Ia juga diharap dapat menyuntik semangat dalam kalangan petani untuk terus mengusahakan tanaman ini secara serius dengan keyakinan terhadap pasaran yang terjamin.

Mengakhiri ucapannya, Dr. Jeffrey mengucapkan tahniah kepada Aqina Borneo atas kejayaan yang dicapai sehingga mampu mengeksport hasil ke luar negeri. Beliau juga berharap agar kerjasama antara Aqina dan KPD bagi memperluaskan projek ini ke kawasan lain di Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/13/projek-nanas-md2-di-beaufort-capai-kejayaan-eksport-pertama-ke-singapura/feed/ 0 73761