NDRC UMS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Aug 2026 01:03:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png NDRC UMS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengurusan risiko bencana bantu tingkat kesedaran komuniti https://sabahmedia.com/2026/08/17/pengurusan-risiko-bencana-bantu-tingkat-kesedaran-komuniti/ https://sabahmedia.com/2026/08/17/pengurusan-risiko-bencana-bantu-tingkat-kesedaran-komuniti/#respond Mon, 17 Aug 2026 01:03:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101749
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA BELUD: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) di Melangkap View Camp Site, Kampung Melangkap Baru bagi meningkatkan kesedaran komuniti mengenai pengurusan risiko bencana.

Program tersebut merupakan hasil kerjasama NDRC UMS, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pejabat Daerah Kota Belud, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Task Force Bencana Melangkap.

Pengarah NDRC, UMS, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata penganjuran program itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai risiko bencana di Melangkap serta meningkatkan kefahaman mereka mengenai peranan komuniti dan agensi dalam pengurusan bencana.

“CBDRM berupaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi risiko bencana, di samping memperkukuh daya tahan masyarakat agar lebih bersedia menghadapi sebarang kejadian tidak dijangka.

“Keistimewaan pelaksanaan CBDRM di Melangkap adalah kerana komuniti setempat telah mempunyai Task Force Bencana Melangkap yang berperanan penting dalam pengurusan risiko bencana di peringkat lokaliti.

“Kewujudan Task Force ini menjadi kekuatan dalam pelaksanaan CBDRM kerana komuniti sendiri merupakan pasukan tindak balas awal (first responder) yang lebih mengetahui keadaan, keperluan dan risiko di kawasan masing-masing,” katanya.

Tambah Carolyn, peranan Task Force berasaskan tiga kekuatan utama komuniti iaitu keupayaan bertindak segera sebelum bantuan rasmi tiba, memahami keperluan setempat serta menggunakan pengetahuan tempatan untuk mengenal pasti kawasan berisiko dan kumpulan yang terjejas.

“Program tersebut menghimpunkan penyertaan komuniti daripada lima buah kampung di Melangkap iaitu kampung Melangkap Baru, Kampung Melangkap Kapa, Kampung Melangkap Tiong, Kampung Melangkap Tomis dan Kampung Melangkap Noriou.

“Antara pengisian utama program ialah taklimat mengenai peranan agensi dan komuniti dalam pengurusan bencana, taklimat Task Force Bencana Melangkap, simulasi gempa bumi, latihan penyelamatan di sungai, latihan pertolongan cemas dan CPR, latihan kecemasan kebakaran SURI serta aktiviti Town Watching – pemetaan risiko bencana,” ujar beliau.

Melalui aktiviti Town Watching, komuniti turut mengenal pasti kawasan berisiko, laluan evakuasi dan kawasan selamat berdasarkan keadaan setempat sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Pelaksanaan CBDRM di Melangkap diharap dapat terus menyokong peranan Task Force Bencana Melangkap sebagai first responder yang berasaskan pengetahuan dan kekuatan komuniti setempat dalam menghadapi risiko bencana.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/17/pengurusan-risiko-bencana-bantu-tingkat-kesedaran-komuniti/feed/ 0 101749
NDRC UMS sedia jalin kerjasama pelbagai agensi, perkukuh pengurusan bencana negara https://sabahmedia.com/2025/07/04/ndrc-ums-sedia-jalin-kerjasama-pelbagai-agensi-perkukuh-pengurusan-bencana-negara/ https://sabahmedia.com/2025/07/04/ndrc-ums-sedia-jalin-kerjasama-pelbagai-agensi-perkukuh-pengurusan-bencana-negara/#respond Fri, 04 Jul 2025 00:22:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76646
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu : Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi bagi memperkukuh pengurusan bencana negara.

Terbaharu, NDRC dikunjungi oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor bertujuan mengenalpasti fungsi dan kajian-kajian yang dijalankan oleh NDRC secara mendalam.

Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata kerjasama dengan pelbagai institusi adalah penting dalam memastikan keberkesanan tindak balas bencana khususnya dalam aspek kesihatan awam dan kecemasan.

Beliau yang mengalu-alukan kunjungan HSI berhasrat untuk meneroka peluang kolaborasi dalam bidang yang berkaitan dengan ksihatan serta pengurusan bencana negara terutamanya yang melibatkan komuniti.

“Kami sentiasa komited untuk menjadi rakan strategik kepada pelbagai agensi dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana negara.

“Kerjasama dengan institusi kesihatan seperti HSI Johor Bahru amat penting dalam memastikan keberkesanan tindak balas bencana, khususnya dari aspek kesihatan awam dan kecemasan.

“Lawatan ini membuka ruang strategik untuk menjalin kolaborasi rentas bidang, khususnya dalam aspek penyelidikan risiko bencana, latihan kesiapsiagaan, dan komunikasi risiko antara komuniti kesihatan dan akademik,” katanya.

Carolyn menambah NDRC UMS kini berperanan sebagai  focal point berkaitan bencana di Sabah dan merupakan pusat yang aktif dalam aktiviti-aktiviti melibatkan pengurusan dan pengurangan risiko bencana melalui penyelidikan dan program pendidikan awam termasuklah Program Latihan Kesiapsiagaan CBDRM iaitu pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti.

Deligasi yang terdiri daripada 20 orang pakar-pakar daripada pelbagai bidang diketuai oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI, Dr. Maryam Sumaiya Ahmad Termizi bersama barisan pakar perubatan dan pegawai kesihatan.

Deligasi turut berkesempatan melawat Sistem Pemantauan Gempa Bumi, SEISCOMP3 di Makmal NDRC dan Stesen Tolok Pasang Surut (Tsunami), MET Malaysia di Jeti UMS.

Penerangan mengenai fungsi teknikal SEISCOMP3 dan Tolok Pasang Surut (Tsunami) telah disampaikan oleh Dr. Chai Mui Fatt, Penolong Pengarah I, Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi, Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah yang juga merupakan Felo Penyelidik Bersekutu NDRC UMS.

Hadir sama dalam lawatan ini, merupakan pakar-pakar Perunding Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI, Dr. Rashdan Rahmat, Dr. Lee Chee Siong, Dr. Noor Hayati Yasmin Nga Timin serta Pegawai Penyelidik NDRC UMS, Eldawaty Madran.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/04/ndrc-ums-sedia-jalin-kerjasama-pelbagai-agensi-perkukuh-pengurusan-bencana-negara/feed/ 0 76646