Negara Turki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Dec 2021 12:02:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Negara Turki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Dalam Usaha Promosi Pelancongan Ke Negara Turki https://sabahmedia.com/2021/12/25/sabah-dalam-usaha-promosi-pelancongan-ke-negara-turki/ https://sabahmedia.com/2021/12/25/sabah-dalam-usaha-promosi-pelancongan-ke-negara-turki/#respond Sat, 25 Dec 2021 11:49:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10297
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Sabah kini dalam usaha memacu kegiatan promosi pelancongan ke negara Turki.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Sabah mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik yang mampu memikat hati pelancong Turki.

“Sabah miliki banyak kawasan pemandangan indah khususnya produk pelancongan alam semulajadi, dan keunikan budaya yang tersendiri. Rakyat Turki juga gemarkan aktiviti seperti menyelam, saya pasti mereka akan melancong ke Sabah kerana salah satu tapak menyelam iaitu Pulau Sipadan merupakan antara tapak menyelam terunggul didunia,” kata Jafry dalam satu pertemuan khas dengan Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, kelmarin.
 
Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah termasuk cabaran industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, serta inisiatif bagi memulihkan semula industri pelancongan dan kebudayaan.

Dalam pada masa yang sama, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir turut berkongsi maklumat berkenaan promosi pelancongan yang boleh dilakukan di Turki.

Antaranya adalah menerusi ekspo dan pameran seterusnya melalui platform digital.

Selain itu, Lembaga Pelancongan Sabah turut mengadakan persembahan produk pelancongan menerusi majlis makan tengahari bersama pemain pemain industri pelancongan Turki.

Ia dijangka bakal membuka ruang dan peluang rangkaian kerjasama dalam sektor pelancongan yang dapat membawa kebaikan kepada kedua-dua negara.

Untuk rekod, jumlah kemasukan pelancong dari Turki ke Malaysia pada tahun 2019 adalah seramai 15,290 orang daripada jumlah keseluruhan pelancong antarabangsa sebanyak 26.1 juta.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/25/sabah-dalam-usaha-promosi-pelancongan-ke-negara-turki/feed/ 0 10297