Negara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Dec 2021 11:23:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Negara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jemaah Umrah & Individu Keluar Negara Sebelum 28 Disember Perlu Kuarantin Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/30/jemaah-umrah-individu-keluar-negara-sebelum-28-disember-perlu-kuarantin-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/jemaah-umrah-individu-keluar-negara-sebelum-28-disember-perlu-kuarantin-di-sabah/#respond Thu, 30 Dec 2021 11:23:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10490
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Rakyat Sabah yang menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021 adalah dibenarkan untuk meneruskan perjalanan masuk ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mereka hendaklah menjalani kuarantin di negeri Sabah tertakluk kepada ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) yang disahkan negative sebelum bertolak ke Sabah.

“Kerajaan Negeri memutuskan bahawa rakyat Sabah (Warganegara Malaysia) yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021, sekembalinya ke Malaysia adalah dibenarkan meneruskan perjalanan masuk ke Negeri Sabah.

“Kerajaan Sabah juga akan menyediakan perkhidmatan Doktor Berdaftar bagi menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) di pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur secara percuma kepada rakyat yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Hajiji berkata, selain itu kerajaan negeri turut menyediakan tempat penginapan kepada rakyat Sabah yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum tarikh itu yang disahkan positif dan perlu menjalani tempoh kuarantin di Kuala Lumpur.

Katanya, bantuan melalui Yayasan Kebajikan Sabah akan turut disalurkan dan diselaraskan bersama dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur.

“Bagi rakyat Sabah yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara selepas 28 Disember 2021, sekembalinya ke Malaysia akan diwajibkan menjalani kuarantin 7 atau 10 hari di Kuala Lumpur.

“Kos kuarantin termasuk penginapan dan sebagainya adalah ditangung oleh para jemaah umrah atau agen pelancongan umrah masing-masing.

“Agen Pelancongan umrah hendaklah memasukkan kos kuarantin termasuklah penginapan dan sebagainya dalam pakej umrah yang disediakan.

“Kos kuarantin termasuk penginapan dan sebagainya bagi rakyat Sabah yang pulang kembali dari luar negara adalah atas tanggungan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, syarat-syarat kuarantin adalah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah dari masa ke semasa.

“Walau bagaimanapun, kemasukan individu ke negeri Sabah adalah tertakluk kepada syarat-syarat Pihak Berkuasa Negeri yang sedia ada,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/jemaah-umrah-individu-keluar-negara-sebelum-28-disember-perlu-kuarantin-di-sabah/feed/ 0 10490
Sabah Terima Pelaburan Ketiga Tertinggi Dalam Negara https://sabahmedia.com/2021/12/23/sabah-terima-pelaburan-ketiga-tertinggi-dalam-negara/ https://sabahmedia.com/2021/12/23/sabah-terima-pelaburan-ketiga-tertinggi-dalam-negara/#respond Thu, 23 Dec 2021 06:51:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10226
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Sabah memperoleh tujuh pelaburan dengan nilai keseluruhan RM4.4 bilion dalam sektor pembuatan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merupakan ketiga terbesar di negara ini selepas Kedah (RM42.6 bilion) dan Selangor (RM4.6 bilion) pada separuh pertama tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata dalam hal ini, semua pihak mesti terus bekerjasama untuk mengekalkan momentum sambil kita menantikan tahun yang lebih produktif.

Ketika mempengerusikan mesyuarat kedua lembaga pengarah Invest Sabah Berhad (ISB) di Menara Kinabalu dekat sini hari ini, Hajiji berkata beliau mahu melihat lebih sinergi antara agensi negeri dan persekutuan untuk mendorong agenda pelaburan Sabah.

“Saya telah mengatakan semasa mesyuarat Lembaga Pengarah ISB yang pertama bahawa saya mahukan semua halangan menghalang pelaburan ke Sabah dihapuskan kerana karenah birokrasi yang dihadapi oleh pelabur bermakna hanya akan menjejaskan usaha menarik pelabur ke Sabah.

“Oleh itu, semua mesti memainkan peranan mereka untuk menghapuskan halangan ini bagi memudahkan pelaburan,” katanya.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) telah disediakan untuk membimbing agenda pembangunan Sabah.

“Sehingga kini, kita telah membuat kemajuan dengan menandatangani tiga projek berimpak tinggi hasil inisiatif SMJ iaitu gabungan RM10 bilion Lok Kawi Resort City, kemudahan pembuatan kerajang tembaga dan Projek Kelapa Bersepadu.

“Lebih banyak projek berimpak tinggi sedang menanti dan saya berharap dengan pelaburan ini datang dari dalam dan luar negara, Sabah dan rakyat akan mendapat manfaat yang besar,” katanya.

Hajiji juga berbesar hati apabila menyedari bahawa walaupun menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19 dalam dua tahun yang lalu, tumpuan dan keazaman negeri untuk meneruskan matlamat pembangunan tidak pernah goyah.

“Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan negatif pandemik dan untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Kita yakin pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional dan pelbagai pakej rangsangan oleh Kerajaan Persekutuan akan memacu usaha dalam pemulihan ekonomi Sabah. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke hadapan melaksanakan rancangan kita,” katanya.

Terdahulu, Hajiji memberi penghormatan kepada mendiang Datuk Tan Kim Beng, ahli lembaga pengarah ISB yang meninggal dunia awal tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/23/sabah-terima-pelaburan-ketiga-tertinggi-dalam-negara/feed/ 0 10226
Perkenalkan Menu Masakan Tradisional Ke Seluruh Negara – Isteri KM https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/#respond Wed, 15 Dec 2021 10:33:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9912
Read Time:1 Minute, 17 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag turut melakukan demo masakan sempena pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita’ peringkat negeri Sabah di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran, di sini pada Rabu.

Dalam pertandingan itu yang disertai sebanyak 18 kumpulan yang terdiri daripada 36 ahli Peladangnita dari seluruh negeri Sabah, Juliah turut berharap program itu mampu meningkatkan kemahiran wanita di negeri ini khususnya dalam masakan tradisional.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu.
Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.

Beliau juga berharap Peladangnita yang berkumpul pada program ini dapat bertukar- tukar idea dan pandangan dalam usaha menjana serta meningkatkan semula pendapatan untuk membangun ekonomi keluarga dan negara.

“Saya berharap wakil dari Sabah akan dapat memperkenalkan menu masakan tradisional negeri ini di seluruh negara menerusi pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, bermula pada 21 hingga 23 Disember ini.

Sementara itu, kumpulan peladangnita dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran telah memenangi pertandingan itu sekali gus mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Juliah yang merasmikan majlis itu turut merakamkan tahniah kepada Peladangnita PPK Tuaran dan berharap mereka dapat mengharumkan nama negeri Sabah sekali gus memperkenalkan menu tradisi rakyat negeri ini ke seluruh negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/feed/ 0 9912
Kerjasama Kerajaan & Pembangkang Demi Pembangunan Negara – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/09/14/kerjasama-kerajaan-pembangkang-demi-pembangunan-negara-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/09/14/kerjasama-kerajaan-pembangkang-demi-pembangunan-negara-hajiji/#respond Tue, 14 Sep 2021 09:31:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6312
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yakin pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) mampu menghentikan ‘politiking’ demi pembangunan negara dan rakyat.

Beliau berkata memorandum persefahaman ini akan menjadi satu panduan untuk bersama-sama mencari jalan sekali gus menyelesaikan krisis ekonomi dan kesihatan yang dihadapi sekarang ini akibat penularan pandemik COVID-19.

“Bagi pihak kerajaan negeri Sabah, kita berasakan memorandum persefahaman antara kerajaan dan pembangkang (PH) ini adalah yang terbaik dan berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, menghentikan terlalu banyak berpolitik sekali gus dapat memastikan pemulihan negara khususnya ekonomi berjalan dengan lebih lancar dan holistik.

“Terutama ketika ini, pada saat ramai rakyat kita yang terjejas sumber pendapatan termasuk perniagaan mereka, justeru jalan penyelesaian seperti ini (kerjasama) adalah tindakan terbaik diambil,” katanya di sini pada Selasa.

Hajiji berkata kerjasama ini akan menjadi satu medan untuk duduk bersama dan berbincang apa yang terbaik kepada negara.

“Apa yang penting sekarang ini adalah kestabilan politik ke arah untuk membangunkan negara ini khususnya dalam aspek ekonomi, yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya sambil menambah kerjasama ini juga sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada Isnin, Kerajaan Persekutuan dan PH melakar sejarah apabila julung kali memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan
Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan susulan pemeteraian MoU itu berkata, MoU itu membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/14/kerjasama-kerajaan-pembangkang-demi-pembangunan-negara-hajiji/feed/ 0 6312
Patuhi SOP Merdekakan Negara Daripada Ancaman COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/27/patuhi-sop-merdekakan-negara-daripada-ancaman-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/patuhi-sop-merdekakan-negara-daripada-ancaman-covid-19/#respond Fri, 27 Aug 2021 10:25:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5359
Read Time:1 Minute, 7 Second

KIULU: Rakyat diseru untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha untuk memerdekakan diri dan negara dari ancaman Covid-19.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi pada masa kini bagi memastikan negara bebas dan merdeka dari pandemik tersebut.

“Hampir dua tahun negara berdepan dengan pandemik ini dan sepatutnya rakyat arif tentang apa yang perlu dibuat bagi mengekang penularan wabak ini.

“Oleh itu, diharap rakyat akan terus kekal berdisiplin mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan berharap dengan usaha dari semua pihak ini akan dapat menjayakan matlamat untuk negara terus bebas dari Pandemik Covid-19,” ujar beliau.

Joniston ditemui media selepas Program Info On Wheels- Norma Baharu Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Tuaran, pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut Pegawai Penerangan Daerah, Malina Jamarin, sebanyak 300 helai Jalur Gemilang berjaya diedarkan dalam program tersebut dan turut memaklumkan kempen tersebut akan diteruskan sehingga bulan September depan.

Beliau turut berharap dengan program ini dapat terus menyemai semangat cintakan negara dan juga menyeru masyarakat di daerah ini untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing bagi menggelorakan lagi sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Justin Ginduk dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/patuhi-sop-merdekakan-negara-daripada-ancaman-covid-19/feed/ 0 5359
PM Terpilih Menerusi SD Perlu Kemuka Usul Undi percaya di Parlimen – Agong https://sabahmedia.com/2021/08/18/pm-terpilih-menerusi-sd-perlu-kemuka-usul-undi-percaya-di-parlimen-agong/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/pm-terpilih-menerusi-sd-perlu-kemuka-usul-undi-percaya-di-parlimen-agong/#respond Wed, 18 Aug 2021 05:58:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4829
Read Time:2 Minute, 20 Second

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Perdana Menteri yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan satu Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan isu semasa.

“Baginda selanjutnya bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, Baginda akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pertemuan bersama beberapa pemimpin politik semalam, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang merupakan Timbalan Baginda menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah ini telah mengganggu gugat tadbir urus kerajaan ketika negara masih diancam pandemik COVID-19.

“Baginda berdua menegaskan bahawa semua kemelut dan kecelaruan politik ini telah memberi kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara, di samping itu demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat, mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik pada ketika ini.

“Baginda berdua turut menzahirkan pandangan supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik dengan memberi fokus kepada isu-isu semasa dan menjernihkan kembali kekusutan yang telah berlaku dengan kadar yang segera,” ujar beliau.

Sebelum mengakhiri sesi menghadap pada Selasa, Ahmad Fadil memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda turut mengingatkan ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama supaya ahli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya dan semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan.

“Dalam erti kata lain, yang menang tidak menang semua manakala yang kalah pula tidak kalah semua.

“Seri Paduka Baginda juga menzahirkan harapan agar Ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain akan turut diatur bagi sesi-sesi menghadap daripada semasa ke semasa,” katanya.

Antara perkara yang turut dinyatakan Seri Paduka Baginda pada sesi pertemuan semalam adalah seperti berikut:

• Sesiapapun juga yang dilantik menerajui kepimpinan Kerajaan Persekutuan hendaklah dipilih mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

• Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan pada masa yang sama negara bergelut dengan isu kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

• Kesepakatan dan kejujuran Ahli-ahli Dewan Rakyat sangat perlu bagi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

• Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu mempamerkan solidariti dengan meneruskan ikhtiar, memberikan komitmen yang tinggi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

• Majoriti ‘frontliners’ berada dalam keletihan kerana berhadapan ribuan pesakit COVID-19 baharu setiap hari. Bahkan, fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan.

• Perancangan di bawah dasar sedia ada seperti pelaksanaan projek pembangunan, program menangani pandemik COVID-19, termasuk program vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok, dan program pemulihan negara perlu dikekalkan. – Awani

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/pm-terpilih-menerusi-sd-perlu-kemuka-usul-undi-percaya-di-parlimen-agong/feed/ 0 4829
Zahir Rasa Cinta Negara Melalui Kibaran Jalur Gemilang https://sabahmedia.com/2021/08/08/zahir-rasa-cinta-negara-melalui-kibaran-jalur-gemilang/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/zahir-rasa-cinta-negara-melalui-kibaran-jalur-gemilang/#comments Sun, 08 Aug 2021 05:50:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4272
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai disaran menzahirkan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, langkah itu sebagai pencetus semangat  patriotisme dalam kalangan masyarakat khususnya di Sabah.

“Sempena bulan kebangsaan ini, kibaran Jalur Gemilang di rumah, pejabat mahupun di premis perniagaan dan kenderaan akan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

“Bagi sambutan kempen kibar Jalur Gemilang, Jabatan Penerangan Sabah melalui 25 daerah akan mengagihkan bendera kepada masyarakat untuk dikibarkan.

“Di samping itu, pelbagai program juga akan dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi memupuk rasa cinta negara seperti kempen komuniti merdeka, pidato kenegaraan dan pertandingan keceriaan yang dilaksanakan sehingga bulan September ini,” jelas beliau.  

Beliau ditemui media dalam Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian 2021 di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), pada Sabtu.

Program tersebut merupakan anjuran bersama serta agensi di bawah KKMM iaitu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ujar beliau, sepanjang sambutan bulan kebangsaan yang bermula 1 Ogos hingga 16 September, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui Info On Wheels (IOW) juga akan terus dilaksanakan di setiap daerah.

“Melalui IOW, JaPen bukan sahaja terlibat secara langsung dalam program jangkauan luar, malah medium ini juga akan digunakan untuk menyebarkan kempen tersebut seterusnya menanam semangat patriotisme dalam jiwa masyarakat,” katanya lagi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah (RTM), Nor’ain Bakir dan wakil-wakil agensi KKMM. – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/zahir-rasa-cinta-negara-melalui-kibaran-jalur-gemilang/feed/ 1 4272
Kelewatan bekalan vaksin ke Sabah berpunca dari pembekal lambat sampai ke negara ini – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/22/kelewatan-bekalan-vaksin-ke-sabah-berpunca-dari-pembekal-lambat-sampai-ke-negara-ini-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/kelewatan-bekalan-vaksin-ke-sabah-berpunca-dari-pembekal-lambat-sampai-ke-negara-ini-hajiji/#respond Thu, 22 Jul 2021 08:22:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3433
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berharap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan akan membekalkan jumlah vaksin yang lebih banyak ke negeri ini, bagi mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk akan menerima vaksin menjelang bulan Oktober ini.

“Kita memang mahu mendapatkan lebih banyak bekalan vaksin dan berharap kerajaan dapat berbuat demikian.

“Justeru, kita berharap kerajaan Persekutuan dapat membekalkan vaksin ke negeri ini dengan lebih banyak kerana Sabah antara yang terendah dan kita tidak menerima banyak (bekalan vaksin) daripada kerajaan,” katanya.

Hajiji bagaimanapun berkata kerajaan akan mula menghantar vaksin ke Sabah mulai minggu ini dan kelewatan itu juga berpunca daripada pembekal yang lambat sampai ke negara ini.

“Memang ada sedikit kelewatan tetapi Kementerian Kesihatan sudah menjadualkan semula penghantaran vaksin ke negeri ini,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/kelewatan-bekalan-vaksin-ke-sabah-berpunca-dari-pembekal-lambat-sampai-ke-negara-ini-hajiji/feed/ 0 3433