Nelayan hilang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Jul 2023 11:40:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Nelayan hilang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nelayan hilang, dipercayai dibaham buaya https://sabahmedia.com/2023/07/20/nelayan-hilang-dipercayai-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2023/07/20/nelayan-hilang-dipercayai-dibaham-buaya/#respond Thu, 20 Jul 2023 11:40:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38645
Read Time:48 Second

TAWAU: Seorang nelayan dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya semasa turun ke bot pada jam 4 pagi dalam kejadian di Kampung Sungai Mas – Mas Nasib Kita dekat sini pada Rabu (19 Julai).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sebaik menerima panggilan daripada Balai Polis Tawau, makluman mangsa dibaham buaya di Kampung Mas-Mas Nasib Kita Tawau, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, menurut laporan pengadu yang juga adik mangsa memaklumkan abangnya Addi Bangsa, 60, dipercayai dibaham buaya semasa turun ke bot berseorangan sekitar jam 4 pagi semalam (17 Julai).

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama agensi bantuan polis menggunakan bot dengan kaedah ‘Surface Searching’ dengan radius pencarian 3 kilometer di sepanjang muara sungai berkenaan.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemui. Operasi ditangguhkan pada jam 6 petang tadi dan akan disambung pada esok hari (21 Julai). Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/20/nelayan-hilang-dipercayai-dibaham-buaya/feed/ 0 38645
Nelayan hilang ditemui lemas https://sabahmedia.com/2023/05/12/nelayan-hilang-ditemui-lemas/ https://sabahmedia.com/2023/05/12/nelayan-hilang-ditemui-lemas/#respond Fri, 12 May 2023 15:00:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34235
Read Time:1 Minute, 28 Second

SANDAKAN: Mayat seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang semalam telah ditemui kira-kira jam 9.50 pagi tadi di kedudukan kira-kira 0.7 batu nautika timur Tanjung Pisau, di sini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, jenazah Asmin Lasait, 45, telah berjaya ditemui oleh Bot Ronda Cenderawasih 04 bersama sebuah bot nelayan yang juga turut sama membantu dalam pencarian.

Terdahulu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu menerima maklumat mengenai penemuan sebuah bot nelayan tempatan hanyut tanpa pengemudi di sekitar Perairan Bankawan kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Menurut Zainudin, operasi CARILAMAT diaktifkan pada jam 3.15 petang hari yg sama.

“Namun usaha pencarian hari pertama tidak berhasil dan operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang berikutan keadaan yang mula gelap menyukarkan usaha pencarian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi CARILAMAT hari kedua diaktifkan kembali pada jam 7 pagi dengan membabitkan aset-aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Selain itu, beberapa bot milik penduduk setempat turut membantu melakukan pencarian.

“Menurut saksi kejadian, mangsa kali terakhir dilihat turun ke laut untuk menangkap ikan pada jam 5.00 pagi semalam sebelum disyaki lemas berikutan penemuan bot miliknya hanyut tanpa pengemudi.

“Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke jeti Zon Maritim Sandakan untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

“Operasi CARILAMAT ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 11.45 pagi tadi,” tambah beliau.

Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti nelayan agar patuhi langkah-langkah keselamatan sepanjang berada di laut bagi mengelak dari berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sebarang insiden di laut boleh terus hubungi bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/12/nelayan-hilang-ditemui-lemas/feed/ 0 34235