Nenek – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Apr 2023 11:48:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Nenek – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nenek maut selamatkan cucu dari dilanggar motosikal https://sabahmedia.com/2023/04/18/nenek-maut-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-motosikal/ https://sabahmedia.com/2023/04/18/nenek-maut-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-motosikal/#respond Tue, 18 Apr 2023 11:48:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33003
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Seorang nenek maut dipercayai cuba menyelamatkan cucunya dari dilanggar sebuah motosikal semasa melintas jalan di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Kampung Rampayan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima makluman pada jam 8.55 pagi tadi (18 April) mengenai satu kemalangan jalan raya berlaku di Jalan UMS berhampiran Kampung Rampayan melibatkan dua orang pejalan kaki serta satu penunggang motosikal bersama pembonceng.

“Siasatan awal kejadian mendapati penunggang motosikal seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Indah Permai menuju ke One Borneo untuk menghantar teman wanitanya (pembonceng) ke tempat kerja.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lelaki tersebut sedang menunggang motosikal di lorong kanan, tiba-tiba nenek dan cucunya dari arah kiri telah melintas dihadapan laluan penunggang menyebabkan tidak sempat mengelak lalu terlanggar nenek tersebut.

“Walaubagaimanapun sebelum pelanggaran berlaku nenek itu sempat menolak cucunya untuk elak daripada dilanggar.

“Nenek yang berusia 56 tahun yang dilanggar mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala cucunya yang berusia sembilan tahun hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, kesan pelanggaran tersebut juga menyebabkan penunggang dan pembonceng terbabas ke bahu kanan jalan bersama motosikal yang dinaiki.

Katanya, penunggang yang berusia 46 tahun itu turut mengalami kecederaan dibahagian kepala juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pembonceng berusia 47 tahun dan cucu yang melintas jalan tadi hanya cedera ringan dibahagian muka masing-masing dibawa ke Hospital Likas dan seterusnya ke Hospital Queen Elezabeth l (HQE1) untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kesemua pihak yang terlibat tidak disyaki mabuk. Namun spesimen milik kedua-dua mangsa yang maut akan diambil setelah bedah siasat dijalankan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/18/nenek-maut-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-motosikal/feed/ 0 33003
Cucu ugut tetak nenek dengan parang, tidak beri wang https://sabahmedia.com/2021/08/03/cucu-ugut-tetak-nenek-dengan-parang-tidak-beri-wang/ https://sabahmedia.com/2021/08/03/cucu-ugut-tetak-nenek-dengan-parang-tidak-beri-wang/#respond Tue, 03 Aug 2021 13:55:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4028
Read Time:58 Second

BEAUFORT: Seorang cucu mengugut hendak menetak neneknya dengan sebilah parang hanya kerana tidak diberi wang dalam satu kejadian di Kampung Kerukan, Kuala Penyu dekat sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, satu laporan polis dibuat oleh pengadu atau mangsa pada 2 Ogos 2021, jam 12.26 tengah hari, menyatakan cucunya telah mengamuk dengan memegang sebilah parang kerana marah tidak diberikan wang.

Katanya, mangsa berusia 71 tahun yang juga nenek kepada suspek, cucu lelakinya berusia 43 tahun, pernah mengatakan mahu membunuh orang kerana sudah lama tidak membunuh orang selain mengasyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Siasatan lanjut mendapati pada 24 Julai 2021, jam 2.00 petang, suspek pernah mengamuk selepas tidak diberikan wang yang diminta lalu dalam keadaan marah menetak beberapa kali bahagian dinding dan tangga di dalam dapur rumah mangsa menggunakan sebilah parang yang sama digunakannya pada hari kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Penyu dikerah ke tempat kejadian dan berjaya menangkap suspek di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kerukan, Kuala Penyu lalu merujuknya ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Beaufort,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/03/cucu-ugut-tetak-nenek-dengan-parang-tidak-beri-wang/feed/ 0 4028