netizen – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Jun 2026 14:13:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png netizen – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Komen Sinis Netizen Mendominasi Hantaran Facebook Tun M https://sabahmedia.com/2026/06/16/komen-sinis-netizen-mendominasi-hantaran-facebook-tun-m/ https://sabahmedia.com/2026/06/16/komen-sinis-netizen-mendominasi-hantaran-facebook-tun-m/#respond Tue, 16 Jun 2026 14:12:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98331
Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR — Hantaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai dakwaan Malaysia kini berada dalam suasana “feel of fear” atau perasaan takut mencetuskan pelbagai reaksi di Facebook, dengan sebahagian besar komen netizen dilihat bersifat sinis serta mengaitkan kenyataan itu dengan era pentadbiran beliau sendiri.

Tinjauan terhadap ratusan komen mendapati naratif yang paling banyak diulang ialah dakwaan bahawa situasi yang digambarkan Tun Mahathir mengingatkan mereka kepada zaman beliau menerajui negara.

Antara komen yang mendapat perhatian ialah daripada Daniel Law Wei Keong yang menyindir, “Seems like you are talking in front of the mirror,” manakala Mohd Ashraff pula menulis, “Tun terimbau zaman dulu semasa Tun masih PM Malaysia.”

Ramai pengguna media sosial turut membangkitkan semula beberapa episod sejarah seperti ISA, Operasi Lalang dan Memali, yang menurut mereka mempunyai kaitan dengan isu yang dibangkitkan Tun Mahathir.

Shubahs Chandra menulis, “Not as frightening as ISA,” sementara Humam Azmi mengulas, “Terkenang masa buat dulu ke Tun? ISA?” dan Faizol Mohamad pula membalas ringkas, “You mean MEMALI.”

Turut menarik perhatian ialah komen Andrew Sivaram yang menyatakan beliau berasa lebih takut ketika era pentadbiran Tun Mahathir kerana wujudnya penahanan tanpa bicara di bawah ISA, manakala Mohamad Supian Ismail pula berpendapat kebebasan bersuara pada masa kini lebih terbuka berbanding ketika Tun menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan sama ada kenyataan tersebut merupakan gambaran terhadap pengalaman Tun Mahathir sendiri ketika memegang tampuk pemerintahan.

Secara keseluruhannya, tinjauan komen menunjukkan reaksi netizen lebih cenderung mempersoalkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu dengan mengimbau kembali beberapa peristiwa dan dasar yang pernah berlaku ketika era pentadbiran beliau.

Sebelum itu, Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mendakwa wujud persekitaran yang menakutkan di negara ini apabila rakyat berasa keselamatan diri mereka terancam.

Mahathir berkata, terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat bahawa sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada diri mereka seperti hilang, ditemui mati atau diculik.
“Mereka tidak merasakan perlindungan undang-undang. Malah undang-undang menjadi satu ancaman. Ia mungkin digunakan untuk menghalalkan salah laku.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/16/komen-sinis-netizen-mendominasi-hantaran-facebook-tun-m/feed/ 0 98331
Dua anggota trafik bantu pemandu OKU, dipuji netizen https://sabahmedia.com/2024/04/14/dua-anggota-trafik-bantu-pemandu-oku-dipuji-netizen/ https://sabahmedia.com/2024/04/14/dua-anggota-trafik-bantu-pemandu-oku-dipuji-netizen/#respond Sun, 14 Apr 2024 05:04:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52531
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA MARUDU: Selain menjaga keselamatan lalu lintas, anggota polis trafik juga turut menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan bantuan ketika berada di jalan raya.

Tindakan dua anggota trafik Koperal Mohd Najib Hanif dan Koperal Nassir Deraup membantu seorang pemandu lelaki orang kurang upaya (OKU) (kecacatan kaki) Peery Jos yang mengalami kerosakan kereta di hadapan Petronas, Jalan Pekan Baru Kota Marudu dipuji netizen di laman media sosial facebook Polis Daerah Kota Marudu.

Posting mengenai tindakan murni dua anggota trafik Kota Marudu dipuji netizen. – foto Facebook rasmi Polis Kota Marudu.

Anggota trafik tersebut menghulurkan bantuan kepada pemandu OKU tersebut sekitar jam 3.00 petang semalam (13 April) semasa pasukan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Marudu menjalankan penugasan Omnipresent dan OP Selamat 22/2024 sempena Hari Raya Aidilfitri di Pekan Baru Kota Marudu.

“Pasukan telah terjumpa sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu seorang pemandu OKU mengalami masalah enjin tidak dapat dihidupkan di tengah jalan.

“Bagi membantu masalah tersebut, Kpl Mohd Najib dan Kpl Nassir telah membantu menolak kenderaan tersebut masuk ke kawasan parkir kenderaan berhampiran sementara menunggu bantuan dari rakannya.

“Setelah selesai, penugasan pun diteruskan. Syabas dan Tahniah kepada anggota Trafik Kota Marudu yang telah menghulurkan bantuan,” kata kenyataan yang dimuat naik dalam laman facebook berkenaan.

Setakat hari ini, posting mengenai bantuan itu telah mendapat 339 like, 38 komen dan 20 shares.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/14/dua-anggota-trafik-bantu-pemandu-oku-dipuji-netizen/feed/ 0 52531