NGO – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Jul 2026 10:33:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png NGO – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Presiden NGO ditahan SPRM disyaki seleweng peruntukan bina dewan RM2 juta https://sabahmedia.com/2026/07/21/presiden-ngo-ditahan-sprm-disyaki-seleweng-peruntukan-bina-dewan-rm2-juta/ https://sabahmedia.com/2026/07/21/presiden-ngo-ditahan-sprm-disyaki-seleweng-peruntukan-bina-dewan-rm2-juta/#respond Tue, 21 Jul 2026 10:33:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100316
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan penyelewengan peruntukan pembinaan sebuah dewan bernilai kira-kira RM2 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2022 dengan menyeleweng peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan bagi pembinaan sebuah dewan kebudayaan dan galeri di Sabah.

Suspek dipercayai mengemukakan permohonan peruntukan serta melaksanakan sendiri projek pembinaan dewan berkenaan tanpa persetujuan Ahli Majlis Tertinggi pertubuhan terbabit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menyalahgunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada Khamis,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/21/presiden-ngo-ditahan-sprm-disyaki-seleweng-peruntukan-bina-dewan-rm2-juta/feed/ 0 100316
Usaha kolektif antara kerajaan, swasta dan NGO mampu jaga kelestarian perairan Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/07/usaha-kolektif-antara-kerajaan-swasta-dan-ngo-mampu-jaga-kelestarian-perairan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/usaha-kolektif-antara-kerajaan-swasta-dan-ngo-mampu-jaga-kelestarian-perairan-sabah/#respond Wed, 07 May 2025 10:24:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73361
Read Time:2 Minute, 6 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Kerajaan tidak mampu menangani isu pembuangan sampah, khususnya sampah di laut, secara bersendirian, kata Mayor Bandaraya Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.

Beliau berkata, usaha kolektif antara kerajaan, sektor swasta, dan badan bukan kerajaan (NGO) amat penting bagi memastikan kebersihan serta kelestarian perairan ibu negeri ini.

“Kita tahu bahawa sampah yang terlalu banyak di laut ini bukan sahaja mengancam biodiversiti dan flora laut, tetapi juga menjejaskan sektor pelancongan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Bot Pembersih Sampah Laut Mobula 8 di Pulau Gaya, di sini, hari ini (7 Mei).

Bot Mobula 8 yang direka khas untuk mengutip sampah terapung di perairan sekitar Kota Kinabalu merupakan inisiatif Yayasan Penyelidikan Marin (MRF). Bot berkenaan disumbangkan oleh sebuah badan bukan kerajaan dari Switzerland.

Dr Sabin juga menjelaskan bahawa DBKK sendiri telah melaksanakan pembersihan sampah di laut secara besar-besaran sejak awal tahun ini dengan menggunakan ‘bot skimmer’.

“Dua lagi bot akan dijangka ditambah sebelum hujung tahun. Setiap bot mampu mengutip sehingga lima tan sampah sekali operasi. Jika bot berkenaan beroperasi lima kali dalam sehari, ia mampu mengutip 25 tan sampah sehari,” katanya.

Tambahnya lagi, penggunaan bot skimmer ini menjadikan operasi pembersihan sampah di laut jauh lebih efisien berbanding penggunaan bot kecil dan jaring tradisional sebelum ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata kerjasama itu bukan sekadar permulaan kepada satu operasi pemulihan alam sekitar, tetapi juga permulaan kepada satu kerjasama yang lebih kukuh dan berorientasikan tindakan antara DBKK dan MRF.

Katanya, kerjasama ini telah dimeterai secara rasmi pada 9 April lalu menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara DBKK dan MRF – satu pencapaian penting yang telah membuka jalan kepada inisiatif hari ini serta pelbagai program bersama yang bakal memberi impak positif pada masa akan datang.

“Plastik marin kini menjadi antara cabaran alam sekitar paling mendesak pada zaman ini. Masalah ini bukan hanya berlaku di lautan yang jauh, tetapi turut berlaku di perairan pesisir dan pulau-pulau yang mengelilingi bandar kita.

“Plastik dan bahan buangan yang terkumpul dalam sistem saliran kita dan akhirnya mengalir ke laut telah merosakkan ekosistem marin, mengancam biodiversiti, serta menjejaskan sumber pendapatan yang bergantung kepada persekitaran laut yang bersih,” katanya.

Tambahnya lagi, selain pelaksanaan operasi bot pembersih sampah, usaha pendidikan dan libat urus komuniti juga akan diberikan keutamaan.

“Kami percaya bahawa penyelesaian alam sekitar jangka panjang mesti berakar pada kesedaran awam dan perubahan sikap.

“Justeru itu, dengan sokongan MRF, DBKK akan menerajui program pendidikan marin yang melibatkan sekolah-sekolah, komuniti setempat dan sektor pelancongan, bagi memupuk semangat tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan semua pihak berkepentingan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/usaha-kolektif-antara-kerajaan-swasta-dan-ngo-mampu-jaga-kelestarian-perairan-sabah/feed/ 0 73361
NGO sokong tamatkan politik yang tidak berkesudahan dan tidak perlu di Sabah https://sabahmedia.com/2022/12/28/ngo-sokong-tamatkan-politik-yang-tidak-berkesudahan-dan-tidak-perlu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/12/28/ngo-sokong-tamatkan-politik-yang-tidak-berkesudahan-dan-tidak-perlu-di-sabah/#respond Tue, 27 Dec 2022 23:57:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27018
Read Time:2 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyahut rayuan Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun untuk menamatkan “politik yang tidak berkesudahan dan tidak perlu” di Sabah, dengan berkata ia adalah resipi yang sempurna untuk negeri itu terus berakar umbi dalam kemiskinan jika ini berterusan.

Pengerusi Kelab Belia Siber Kota Kinabalu, Salmie Sarinoh berkata, beliau bersetuju dengan pandangan ahli politik veteran itu bahawa Sabah mempunyai potensi yang sangat baik untuk berkembang. Bagaimanapun, katanya, pemimpin politik dan rakyat mesti bersedia untuk berubah.

“Dan sebahagian daripada perubahan ini adalah untuk merawat politik yang tidak berkesudahan dan tidak perlu sebagai penyakit. Politik yang tidak berkesudahan dan tidak perlu inilah yang telah memecahbelahkan kita, memusnahkan kita dan menyebabkan kita berada dalam kemiskinan,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa kemiskinan mesti difahami secara relatif.

“Kita boleh miskin dari segi material. Kita boleh menjadi miskin kerana kita telah dirampas hak kita. Dan ya, kita boleh menjadi miskin kerana kita adalah orang yang berpecah-belah kerana politik yang tidak berkesudahan dan tidak perlu,” katanya.

Bagi golongan belia, beliau menegaskan bahawa kerajaan mesti dibenarkan memberi tumpuan kepada program sosial dan pembangunan dalam menangani pelbagai isu yang dihadapi mereka seperti pengangguran, kekurangan peluang pekerjaan, kemahiran yang tidak sepadan serta kadar jenayah dan aktiviti tidak bermoral yang tinggi melibatkan golongan belia.

“Kerajaan tidak akan dapat membantu golongan muda dengan berkesan dengan politiking yang tidak berkesudahan dan tidak perlu yang sedang berlaku.

“Tidakkah kita semua bimbang bahawa ramai di kalangan belia kita telah pergi ke negeri dan negara lain mencari pekerjaan semata-mata untuk menyara keluarga mereka malah ada yang menjadi mangsa penipu pekerjaan?,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Masidi baru-baru ini menyeru semua pihak memberi masa yang secukupnya kepada kerajaan perpaduan negeri dan persekutuan untuk mentadbir dan membantu rakyat.

Beliau mengeluh bahawa politik yang tidak berkesudahan dan tidak perlu telah menyebabkan ketidakstabilan politik yang menyaksikan perubahan kerajaan dalam setiap beberapa tahun. Dan untuk Sabah berkembang, politik perlu dihentikan.

Bagaimanapun, Salmie berkata adalah menyedihkan melihat politik berterusan menjejaskan Sabah, rakyat Sabah dan ekonomi negeri.

“Ada pemimpin politik yang masih cuba mencipta isu dan ketidakharmonian politik di Sabah. Mereka tidak mementingkan perpaduan. Jelas sekali apa yang mereka pentingkan adalah untuk menjadi kerajaan. Mereka fikir itu hak mereka.

“Tetapi saya bercakap bagi pihak ramai rakyat Sabah terutamanya golongan belia yang menolak semua politik yang tidak berkesudahan dan tidak perlu ini. Inilah masa untuk maju ke hadapan. Jika mereka mahu menjadi kerajaan, mengapa mereka tidak boleh menunggu pilihan raya akan datang? Pada masa itu, mereka boleh berkempen dengan sepenuh hati dan melihat sama ada pengundi masih menyukai mereka atau tidak.

“Seperti apa yang Masidi katakan, beri masa secukupnya kepada kerajaan GRS sekarang. Masa untuk berpolitik sudah tamat. Sudah tiba masanya untuk mengubah Sabah menjadi lebih baik. Ini memerlukan perpaduan.

“Sabah kaya dengan sumber semula jadi dan dikurniakan landskap yang indah. Kita mempunyai semupla peluang dan potensi untuk menjadi sebuah negeri maju sekiranya kita mempunyai perpaduan, persefahaman dan akal budi di kalangan kita terutamanya pemimpin dan ahli politik. Jangan kita sia-siakan mereka lagi,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/28/ngo-sokong-tamatkan-politik-yang-tidak-berkesudahan-dan-tidak-perlu-di-sabah/feed/ 0 27018
NGO Beri Sumbangan Kepada 50 KIR di Ranau https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/#respond Mon, 28 Feb 2022 05:28:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12587
Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Persatuan Peranakan Tionghua Ranau Ranau telah menghulurkan sumbangan kepada 50 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Gusi.

Sesi penyerahan sumbangan bakul makanan ini diadakan di Balairaya Kg Gusi, kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menghargai komitmen dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang terus menghulurkan sumbangan dan membantu golongan yang memerlukan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada persatuan ini atas keprihatinan dalam usaha membantu masyarakat khususnya di Ranau.

Selain ifu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan semua yang terlibat sama menjayakan program ini.

“Kesemua KIR ini adalah keluarga murid sekolah daif,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peranakan Tionghua Ranau, Aldem Chia berkata, pihaknya telah memberikan sumbangan seumpama ini sejak tahun lalu lagi.

“Golongan sasar ialah mereka yang terkesan akibat Covid-19, seperti ibu tunggal dan kanak-kanak istimewa,” katanya, sambil menambah pihaknya bekerjasama dengan Pusat Dalam Komuniti (PDK) seperti di daerah Ranau dan Tuaran.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK); Abdul Rashid Abdul Halim, Guru Besar SK Gusi, Julai Salim; ketua kampung dan beberapa ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/feed/ 0 12587
NGO Berperanan Bantu Salur Maklumat, Masalah Rakyat Kepada Kerajaan https://sabahmedia.com/2022/01/21/ngo-berperanan-bantu-salur-maklumat-masalah-rakyat-kepada-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/ngo-berperanan-bantu-salur-maklumat-masalah-rakyat-kepada-kerajaan/#respond Fri, 21 Jan 2022 04:00:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11350
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) khususnya di Sabah dalam memainkan peranan bagi menyalurkan maklumat dan permasalahan rakyat kepada agensi mahupun jabatan kerajaan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, pertubuhan NGO juga memainkan peranan besar dalam pelbagai sektor, selain menyalurkan maklumat penting kepada kerajaan.

“Anda (NGO) juga boleh membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah serta menangani pelbagai keperluan sosial ke arah kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah (PRBSS), di pejabat beliau, disini semalam.

Hadir sama Pengerusi PRBSS, Datuk Samsudin Awang Aman; Timbalan Pengerusi PRBSS Masri Mansur, Bendahari Johan Wahit, Setiausaha Awang Ali dan Ketua Penerangan Mohd Syum Abdul Majid Naib.

Jahid berkata, NGO juga merupakan pertubuhan ‘tanpa warna’, di mana soal politik diketepikan bagi memastikan kebajikan ahli-ahlinya terjaga.

“PRBSS juga boleh menjadi rakan kongsi dalam menyalurkan pelbagai maklumat kerajaan kepada rakyat di negeri  ini, selain mengadukan permasalahan rakyat di sekitarnya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PRBSS, Datuk Samsudin Awang Aman berkata, pertubuhan tersebut ingin melihat ahlinya merebut peluang yang disediakan kerajaan bagi menjana ekonomi menerusi pelbagai program serta kemudahan yang ada.

“Kami berharap KPLB Sabah juga dapat membantu NGO termasuklah PRBSS terutamanya soal pembangunan negara dalam semua bidang seperti ekonomi,  pendidikan, dan kebudayaan,” katanya.

Antara lain tujuan kunjungan tersebut adalah bagi memperkenalkan barisan kepimpinan PRBSS kepada Jahid, selain untuk menjalinkan silaturrahim.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/ngo-berperanan-bantu-salur-maklumat-masalah-rakyat-kepada-kerajaan/feed/ 0 11350
NGO Perlu Bersama Kerajaan Bantu Mereka Terkesan Akibat COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/01/18/ngo-perlu-bersama-kerajaan-bantu-mereka-terkesan-akibat-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/ngo-perlu-bersama-kerajaan-bantu-mereka-terkesan-akibat-covid-19/#respond Tue, 18 Jan 2022 09:26:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11252
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sememangnya amat dialu-alukan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, langkah ini merupakan inisiatif terbaik dalam usaha membantu mereka yang kurang berkemampuan sekali gus bersama-sama membantu menjaga kebajikan masyarakat secara keseluruhanya.

Beliau mengambil contoh inisiatif diambil oleh Kelab Kebajikan Raisul Sabah menyumbang bantuan peralatan sekolah akibat terkesan COVID-19 kepada keluarga kurang berkemampuan.

“Inisiatif kelab itu memperlihatkan keutuhan semangat dan perpaduan masyarakat di kawasan itu yang sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik.

“Usaha ini sudah tentu menjadi contoh badan NGO serta syarikat swasta yang lain agar turut sama membantu mereka yang kurang berkemampuan terutama di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah kepada Kampung Saradan Rampayan Manggatal di sini baru-baru ini.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, NGO bersama syarikat swasta lain perlu tampil dengan usaha serta inisiatif sendiri dan tidak perlu menunggu bantuan daripada pihak kerajaan.

“NGO diseru agar lebih peka dalam menjalankan tanggungjawab mereka membantu kerajaan menjaga dalam kebajikan rakyat yang memerlukan terutama mereka yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/ngo-perlu-bersama-kerajaan-bantu-mereka-terkesan-akibat-covid-19/feed/ 0 11252
Kerajaan Negeri Alu-Alukan Pandangan & Cadangan Daripada NGO https://sabahmedia.com/2022/01/10/kerajaan-negeri-alu-alukan-pandangan-cadangan-daripada-ngo/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/kerajaan-negeri-alu-alukan-pandangan-cadangan-daripada-ngo/#respond Mon, 10 Jan 2022 10:49:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10970
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada mana-mana badan bukan kerajaan organisasi (NGO) untuk kepentingan negeri dan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebagai Ketua Menteri , beliau sedia mendengar cadangan serta bersikap terbuka dari segi pengurusan negara.

Apa yang penting katanya, ialah menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh rakyat.

“NGO seharusnya bebas menyuarakan pendapat mereka tentang perkara-perkara yang berfaedah kepada negeri dan rakyat,” kata Hajiji ketika bertemu dengan Pengerusi Sabah Action Body Advocating Right (SABAR) Datuk Dr Johan Ariffin Abdul Samad di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, pada Isnin.

Beliau juga berterima kasih kepada SABAR kerana menawarkan untuk membantu beliau dan Kerajaan Negeri dalam isu-isu seperti alam sekitar, pelancongan, kesihatan dan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri telah membuat kemajuan dalam perkara berkaitan MA63, antaranya meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021, hak-hak minyak dan gas, kuasa untuk mengeluarkan lesen memancing dan beberapa lagi.

“Dalam konteks MA63, kami telah mencapai kemajuan yang baik,” kata Hajiji.

Dr Johan juga turut memberi taklimatnya kepada Ketua Menteri, bahawa SABAR telah ditubuhkan pada April 2021 dan mempunyai keahlian seramai 100 orang terdiri daripada bekas penjawat-penjawat awam kanan.

Beliau berkata, SABAR bukanlah kumpulan warga politik tapi kumpulan yang prihatin dengan hak dan prihal Sabah berkaitan MA63 dan berharap dapat menyumbang idea dan sumber kepada Kerajaan Negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/kerajaan-negeri-alu-alukan-pandangan-cadangan-daripada-ngo/feed/ 0 10970
Sabah Iktiraf Kegiatan Amal NGO Kepada Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/11/14/sabah-iktiraf-kegiatan-amal-ngo-kepada-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/11/14/sabah-iktiraf-kegiatan-amal-ngo-kepada-masyarakat/#respond Sun, 14 Nov 2021 03:23:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8444
Read Time:1 Minute, 27 Second

TAMPARULI: Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf kegiatan amal yang diadakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) kepada masyarakat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kerajaan Negeri memandang tinggi kerja-kerja kesukarelawan yang dilaksanakan oleh mana-mana NGO di negeri ini,  yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Katanya, Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) selama ini telah mengabdikan diri mereka kepada masyarakat tanpa sebarang bayaran, dan ianya merupakan satu contoh terpuji.

“Persatuan ini wajar dipuji kerana selama ini mereka telah menjalankan khidmat dengan menyampaikan informasi terkini dan pengetahuan mengenai penyakit Kanser kepada masyarakat tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

“Tahniah juga kepada Lawrence sendiri, yang telah mendapat pengiktirafan dengan menerima kurniaan pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK) oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kesedaran Kanser, anjuran PSKS di perkarangan Surau Kampung Botung, sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Botung, Florence Ho.

Justeru, mewakili pimpinan daerah dan pimpinan negeri, Jahid turut mengucapkan terima kasih kepada PSKS dan semua NGO yang selama ini telah bekerja secara sukarela kepada masyarakat.

“Hari ini, penduduk Kampung Botung sangat bertuah kerana daripada ribuan kampung di kawasan Tuaran, kampung mereka telah terpilih sebagai lokasi mengadakan kempen seperti ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Jahid turut meluluskan peruntukan bantuan sebanyak RM3,000 kepada PSKS bagi membantu membiayai keperluan persatuan berkenaan.

Terdahulu, Presiden PSKS, Lawrence Imui, berkata, program berkenaan merupakan aktiviti pertama yang diadakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) baru-baru ini.

Katanya, sebagai Penasihat PSKS, sokongan yang diberi oleh Jahid kepada mereka merupakan suntikan semangat dan memberi inspirasi kepada persatuan itu terus berkhidmat kepada masyarakat.

Program Kesedaran Kanser itu dihadiri kira-kira 30 penduduk kampung, terdiri daripada golongan ibu bapa dan remaja wanita.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/14/sabah-iktiraf-kegiatan-amal-ngo-kepada-masyarakat/feed/ 0 8444
Pemerkasaan Usahawan, Professional Wanita Sabah Menerusi Kerjasama NGO & Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2021/10/12/pemerkasaan-usahawan-professional-wanita-sabah-menerusi-kerjasama-ngo-dan-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/pemerkasaan-usahawan-professional-wanita-sabah-menerusi-kerjasama-ngo-dan-kerajaan-negeri/#respond Tue, 12 Oct 2021 11:33:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7452
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pemerkasaan wanita dalam bidang keusahawanan serta profesional merupakan salah satu fokus yang harus ditekankan kerana wanita merupakan golongan berpotensi dan berkemahiran tinggi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri cakna dengan pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh golongan wanita di Sabah akibat daripada penularan wabak COVID-19. Oleh itu, kita akan memastikan bahawa mereka yang memerlukan akan dibantu dan disokong.

“Kejayaan usaha dan inisiatif ini harus didokong dengan kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan organisasi lain yang memperjuangkan matlamat yang sama,” kata Hajiji semasa menerima kunjungan hormat daripada rombongan Persatuan Sabah Women Entrepreneurs and Professionals Association (SWEPA), yang diketuai Presidennya, Siti Bahaya Damsal, di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, pada Selasa.

Dalam kunjungan hormat itu, Siti Bahaya turut memberi penerangan kepada Ketua Menteri mengenai beberapa program SWEPA termasuk 14th Installation Ceremony atau Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan bagi Jawatankuasa Eksekutif SWEPA bagi penggal 2021-2023, yang akan diadakan pada 27 November ini.

Ketua Menteri turut dijemput oleh SWEPA sebagai tetamu kehormat pada majlis itu yang akan diadakan secara virtual.

SWEPA merupakan salah satu organisasi yang memainkan peranan penting dalam pemerkasaan peluang, kebolehan dan kemahiran wanita di Sabah.

“Saya amat berbesar hati untuk menerima kunjungan hormat daripada SWEPA, kami telah membincangkan pelbagai perkara melibatkan usaha, langkah dan inisiatif bagi meningkatkan serta memastikan usahawan dan professional wanita di Sabah yang mengalami kekurangan sumber mampu memperolehi lebih banyak peluang dan bantuan,” kata Hajiji.

Hajiji juga berharap lebih banyak organisasi yang mengambil langkah sama kerana golongan wanita seharusnya diberikan peluang bagi membuktikan keupayaan mereka untuk berjaya khususnya dalam suasana yang mencabar dan kompetitif ini.

Turut sama hadir dalam kunjungan SWEPA ialah Karen Wong, Naib Presiden, Lai Fui Nar dan Datuk Aminah Ambrose selaku mantan Presiden SWEPA.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/pemerkasaan-usahawan-professional-wanita-sabah-menerusi-kerjasama-ngo-dan-kerajaan-negeri/feed/ 0 7452
Jabatan Hidupan Liar dan Rakan NGO sumbang 125 bakul makanan di daerah Nabawan dan Kinabatangan https://sabahmedia.com/2021/08/07/jabatan-hidupan-liar-dan-rakan-ngo-sumbang-125-bakul-makanan-di-daerah-nabawan-dan-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/jabatan-hidupan-liar-dan-rakan-ngo-sumbang-125-bakul-makanan-di-daerah-nabawan-dan-kinabatangan/#respond Sat, 07 Aug 2021 07:02:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4213
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar turut sama membantu dengan memberikan bakul makanan kepada golongan yang terjejas dan memerlukan ketika pandemik COVID-19 melanda negara ini.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Jabatan Hidupan Liar berjaya mengumpul wang sebanyak RM12,855.00 hasil sumbangan kakitangan jabatan bersama rakan kongsi NGO seperti Orangutan UK Appeal, Oregon Zoo, HUTAN, Eco Health Alliance, Danau Girang Field Centre, 1Stop Borneo Wildlife dan WWF Malaysia (Sabah).

Dengan jumlah wang yang terkumpul, 125 bakul makanan berjaya disediakan untuk diedarkan kepada golongan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Penyerahan bakul makanan tersebut dijalankan serentak di dua lokasi yang berlainan. Sumbangan sebanyak 100 bakul makanan telah diserahkan oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga kepada Wakil Penerima di Dewan Kg Simatuoh, Nabawan.

Manakala 25 bakul makanan pula diedarkan kepada golongan ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Daerah Kinabatangan yang diwakili oleh Sylvia Alsisto dan Hussien Muin.

Usaha ini merupakan inisiatif dan kerjasama semua kakitangan Jabatan Hidupan Liar untuk membantu meringankan beban golongan sasar sekaligus merapatkan hubungan antara jabatan dengan masyarakat di daerah Nabawan dan Kinabatangan amnya.

Justeru itu, pihak Jabatan Hidupan Liar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Daerah Nabawan dan Pejabat Daerah Kinabatangan yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program penyerahan bakul makanan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/jabatan-hidupan-liar-dan-rakan-ngo-sumbang-125-bakul-makanan-di-daerah-nabawan-dan-kinabatangan/feed/ 0 4213