Nik Nazmi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 28 May 2025 08:26:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Nik Nazmi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nik Nazmi umum letak jawatan menteri, fokus kembali kepada khidmat rakyat https://sabahmedia.com/2025/05/28/nik-nazmi-umum-letak-jawatan-menteri-fokus-kembali-kepada-khidmat-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/05/28/nik-nazmi-umum-letak-jawatan-menteri-fokus-kembali-kepada-khidmat-rakyat/#respond Wed, 28 May 2025 08:26:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74708
Read Time:1 Minute, 15 Second

Putrajaya : Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Jemaah Menteri, berkuat kuasa 4 Julai depan selepas menyerahkan surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Nik Nazmi dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau akan memulakan cuti mulai esok hingga hari terakhir perkhidmatannya.

Katanya, keputusan itu dibuat susulan kegagalannya mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden KEADILAN dalam pemilihan parti baru-baru ini.

“Saya meletak jawatan bukan kerana kecewa, tetapi kerana menghormati prinsip dan realiti politik. 

“Saya akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa, menumpukan sepenuh tenaga kepada rakyat. Saya meninggalkan Kabinet untuk memberikan lebih masa kepada politik dan khidmat awam,” katanya.

Nik Nazmi mula berkhidmat dalam kerajaan sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Disember 2022, kemudiannya menerajui kementerian baharu iaitu Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sejak Disember 2023.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah mencatat deretan pencapaian penting sepanjang hampir tiga tahun perkhidmatannya.

Antaranya termasuk pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, penambahbaikan ketelusan dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), dan kejayaan Malaysia menjadi antara negara pertama membentangkan Pelan Strategik Biodiversiti Kebangsaan (NBSAP). 

Usaha beliau dalam mengurangkan kadar penyahutanan turut mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Tidak hanya itu, beliau juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan penyasaran semula subsidi elektrik di Semenanjung menerusi mekanisme ICPT, memperkenalkan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga, dan meletakkan asas kepada Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang kini berada di fasa akhir sebelum dibawa ke Parlimen. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/28/nik-nazmi-umum-letak-jawatan-menteri-fokus-kembali-kepada-khidmat-rakyat/feed/ 0 74708
Ketua Menteri terima kunjungan hormat Nik Nazmi & Fadhlina Sidek https://sabahmedia.com/2023/02/25/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-nik-nazmi-fadhlina-sidek/ https://sabahmedia.com/2023/02/25/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-nik-nazmi-fadhlina-sidek/#respond Sat, 25 Feb 2023 08:24:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30010
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan kementerian khususnya dalam aspek pembangunan sumber asli dan alam sekitar.

Nik Nazmi berada di Sabah atas lawatan kerja bagi meninjau perkembangan terkini.beberapa projek dan inisiatif di bawah NRECC di negeri ini.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Setiausaha NRECC, Dato’ Rosli Isa, Setiausaha Bahagian Kanan (Bekalan Elektrik), Mareena Mahpudz dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan), Hamsha Injau.

Hajiji menerima kunjungan hormat dari Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek (kiri).

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dan rombongan terdiri daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Pkharuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (menjalankan tugas Pengarah Pendidikan Sabah), Mohd Zaini Yanin.

Hadir sama Armizan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/25/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-nik-nazmi-fadhlina-sidek/feed/ 0 30010