Nikmati – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Sep 2023 13:38:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Nikmati – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat buah kampung di Mukim Pensiangan nikmati bekalan elektrik percuma https://sabahmedia.com/2023/09/01/empat-buah-kampung-di-mukim-pensiangan-nikmati-bekalan-elektrik-percuma/ https://sabahmedia.com/2023/09/01/empat-buah-kampung-di-mukim-pensiangan-nikmati-bekalan-elektrik-percuma/#respond Fri, 01 Sep 2023 13:38:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41145
Read Time:1 Minute, 9 Second

PENSIANGAN: Sebanyak empat buah kampung di sekitar kawasan Mukim Pensiangan termasuk Kampung Siatu, Kampung Sumohong, Kampung Sibangali dan Kampung Dubulon telah menerima bantuan sistem hidroelektrik iaitu bekalan tenaga elektrik secara percuma.

Ahli Parlimen Pensiangan merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Arthur Joseh Kurup memuat naik berita gembira itu di laman facebook rasminya pada Jumaat.

“Hari ini saya sampai ke Kampung Dubulon di Mukim Pensiangan, yang jauh terpencil untuk melancarkan Projek Mini Hidroelektrik.

“Projek ini adalah hasil kerjasama yang digerakkan oleh Light Up Borneo dengan kerjasama reNIKOLA Malaysia & Thomas Philip.

“Sistem hidroelektrik ini mampu menjana sehingga 3 kilowatt (kW) tenaga yang beroperasi sepanjang masa (24 jam) dan membekalkan tenaga elektrik secara percuma kepada kampung ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Arthur, pada masa yang sama sistem air graviti yang digunakan mempunyai pelbagai kegunaan kerana juga akan membekalkan air kepada kawasan sawah penduduk kampung. Penduduk kampung juga diberi latihan dalam operasi dan penyelenggaraan sistem mesin ini.

A”Setakat ini kita telah bantu mewujudkan sistem hidroelektrik ini di empat buah kampung di sekitar kawasan ini termasuk Kg. Siatu, Kg. Sumohong, Kg. Sibangali dan Kg. Dubulon.

“Saya sangat berterima kepada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang sudi bekerjasama untuk membantu penduduk dalam kawasan yang luas dan jauh ini. Walaupun projek ini mungkin dikira kecil tetapi membawa kesan yang sangat baik dan besar kepada komuniti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/01/empat-buah-kampung-di-mukim-pensiangan-nikmati-bekalan-elektrik-percuma/feed/ 0 41145
Penduduk Kampung Balat Kinabatangan gembira nikmati bekalan elektrik 24 jam https://sabahmedia.com/2021/08/02/penduduk-kampung-balat-kinabatangan-gembira-nikmati-bekalan-elektrik-24-jam/ https://sabahmedia.com/2021/08/02/penduduk-kampung-balat-kinabatangan-gembira-nikmati-bekalan-elektrik-24-jam/#respond Mon, 02 Aug 2021 11:26:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3981
Read Time:1 Minute, 58 Second

KINABATANGAN : Dianggarkan lebih 400 orang penduduk di Kampung Balat Kinabatangan melahirkan rasa gembira apabila kemudahan bekalan elektrik 24 jam mula beroperasi sepenuhnya.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kerajaan Barisan Nasional (BN) itu sekaligus menamatkan penantian penduduk kampung berkenaan yang terpaksa bergantung kepada penggunaan enjin jana kuasa elektrik atau pelita sebelum ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, projek yang mula dilaksanakan pada tahun 2013 melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar menghadapi pelbagai kekangan sebelum ianya dapat disiapkan sepenuhnya antaranya masalah penyusunan semula kampung dan masalah pendawaian.

“ Alhamdulillah hari ini setelah penantian bertahun penduduk di kampung ini untuk menikmati bekalan elektrik 24 jam akhirnya menjadi realiti dimana ianya bukan sahaja memberikan kemudahan yang selesa kepada penduduk sekaligus mampu menjana sumber pendapatan melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang mereka usahakan ” katanya ketika dihubungi disini.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag Abu Bakar Gapar berkata sekitar 76 buah rumah mendapat kemudahan bekalan elektrik 24 jam iaitu 33 rumah di penempatan program Masej dan selebihnya 43 buah rumah di perkampungan yang disusun semula di kawasan tersebut.

Salah seorang penduduk, Masnah Aloi , dari Kampung Balat berkata, usaha kerajaan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk berhubung kemudahan itu nyata amat dihargai.

“Terima kasih kepada kerajaan khususnya Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin kerana kami sudah menikmati bekalan elektrik 24 jam selepas sekian lama kami menunggu kemudahan asas ini” katanya

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung Balat Sharin Abdul Rauf berkata, ketiadaan kemudahan elektrik sebelum ini memberi kesusahan kepada mereka yang tidak berkemampuan membeli enjin jana kuasa terbabit.

“Mereka yang tidak mampu membeli enjin jana kuasa elektrik kerana amat mahal hanya bergantung kepada pelita untuk menerangi rumah masing-masing pada waktu malam.

“Maka dengan adanya kemudahan elektrik 24 jam yang kini disalur ke kampung kami, memberi nafas baharu kepada penduduk yang dahagakan kemudahan itu,” katanya.

Bagi Ketua Daerah Mengundi Balat Jaafar Suar, beliau gembira melihat rumah sudah ada bekalan elektrik yang sebelum ini bergantung dengan generator atau pelita sahaja.

Menurutnya, dia bersyukur masalah pendawaian elektrik yang tertangguh sejak sekian lama dengan komitmen serta kesungguhan Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Adun Lamag Dato Sri Bung Moktar Radin kini sudah diselesaikan dan mereka kini menerima bekalan tenaga itu.

“”Bekalan elektrik sangat membantu kami melakukan aktiviti harian dan lebih memudahkan anak-anak saya belajar mengulangkaji pada waktu malam, malah lebih seronok apabila ada kipas,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/02/penduduk-kampung-balat-kinabatangan-gembira-nikmati-bekalan-elektrik-24-jam/feed/ 0 3981