nizam sukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Apr 2026 22:52:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png nizam sukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fasiliti sukan Sabah perlu sentiasa pada tahap terbaik – Nizam https://sabahmedia.com/2026/04/22/fasiliti-sukan-sabah-perlu-sentiasa-pada-tahap-terbaik-nizam/ https://sabahmedia.com/2026/04/22/fasiliti-sukan-sabah-perlu-sentiasa-pada-tahap-terbaik-nizam/#respond Tue, 21 Apr 2026 22:52:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95301
Read Time:1 Minute, 17 Second

TUARAN : Sabah komited untuk memastikan semua kemudahan dan fasiliti sukan terutama di kompleks sukan di negeri ini berada dalam keadaan baik serta selesa bagi memenuhi keperluan pengguna.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kemudahan dan fasiliti sukan bukan sahaja berperanan sebagai tempat riadah dan latihan atlet, malah menjadi cerminan imej negeri serta daya tarikan kepada pelancong luar.

Beliau berkata, pendekatan turun padang ke setiap fasiliti sukan membolehkannya mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kemudahan, selain mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik.

“Tanggungjawab kita adalah memastikan kemudahan sukan ini berada dalam keadaan baik kerana ia bukan sahaja digunakan oleh rakyat Sabah dan atlet, tetapi juga oleh pengunjung luar termasuk pelancong.

“Apa yang ada di kompleks sukan ini sebenarnya mencerminkan imej kementerian dan negeri secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke beberapa kompleks sukan di Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran sebagai sebahagian daripada jelajah meninjau 17 fasiliti sukan di seluruh Sabah.

Mengulas lanjut, Nizam berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri bagi tujuan menaik taraf kemudahan yang dikenal pasti memerlukan perhatian segera.

Katanya, sebarang keperluan akan dinilai secara terperinci sebelum dikemukakan kepada Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan untuk pertimbangan lanjut.

“Sekiranya terdapat perkara yang memerlukan peruntukan tambahan, kita akan membuat kajian sebaik mungkin supaya kemudahan sukan yang disediakan berada pada tahap terbaik demi keselesaan semua pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama antara kementerian dan pemimpin tempatan bagi memastikan setiap projek pembangunan serta penyelenggaraan fasiliti sukan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/22/fasiliti-sukan-sabah-perlu-sentiasa-pada-tahap-terbaik-nizam/feed/ 0 95301
Sabah perkukuh pembangunan sukan secara holistik https://sabahmedia.com/2025/12/29/sabah-perkukuh-pembangunan-sukan-secara-holistik/ https://sabahmedia.com/2025/12/29/sabah-perkukuh-pembangunan-sukan-secara-holistik/#respond Mon, 29 Dec 2025 03:42:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88944
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan meneruskan usaha memperkasa negeri ini sebagai negeri sukan secara holistik merangkumi pembangunan sukan berprestasi tinggi, sukan orang kurang upaya (OKU) serta sukan massa bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

Menteri Pembangunan Belia,Kemajuan Sukan Dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, usaha itu selari dengan Agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 (2026–2030) yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat sebagai antara teras utama pembangunan negeri.

Katanya, melalui pendekatan menyeluruh, pembangunan sukan tidak hanya tertumpu kepada pencapaian atlet elit, malah turut memberi fokus kepada penglibatan rakyat pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

“Selaras dengan agenda SMJ 2.0, pihak Kementerian akan memfokuskan kepada usaha pembudayaan belia yang proaktif, berdaya saing dan berimpak tinggi.

”Penekanan akan diberikan kepada pembangunan kepimpinan, kemahiran masa depan, inovasi serta semangat kesukarelawanan agar golongan belia bukan sekadar penerima peluang, tetapi pencipta nilai dan penyumbang aktif kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena tahun baharu 2026 di sini pada Isnin.

Nizam berkata, Kementerian juga akan mempergiat pemerkasaan industri ekonomi kreatif melalui peningkatan kemahiran, inovasi, pemasaran dan pengurusan.

Katanya, ia termasuklah dalam sektor kreatif dan digital, agar menjadi antara pemacu ekonomi baharu yang mampan dan berdaya saing untuk Sabah.

”Pada masa yang sama, Kerajaan Sabah akan terus konsisten memperjuangkan hak dan kepentingan negeri berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perjuangan ini dilaksanakan secara berhemah dan berprinsip, demi memastikan hak Sabah terus diperkasakan dalam kerangka Persekutuan Malaysia.

”Hubungan yang baik dan akrab antara Kerajaan Negeri Sabah di bawah SMJ dan Kerajaan Persekutuan berteraskan Malaysia MADANI akan terus diperkukuh demi kepentingan rakyat Sabah serta usaha membina sebuah negara yang lebih inklusif, adil dan seimbang,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus memberikan sokongan, dokongan dan kerjasama padu kepada Kerajaan Negeri.

Katanya, kejayaan membina Sabah yang lebih maju dan berjaya bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata, tetapi merupakan usaha bersama antara kepimpinan dan rakyat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/29/sabah-perkukuh-pembangunan-sukan-secara-holistik/feed/ 0 88944
Belia Sabah perlu kuasai kemahiran baharu untuk lebih berdaya saing https://sabahmedia.com/2025/12/04/belia-sabah-perlu-kuasai-kemahiran-baharu-untuk-lebih-berdaya-saing/ https://sabahmedia.com/2025/12/04/belia-sabah-perlu-kuasai-kemahiran-baharu-untuk-lebih-berdaya-saing/#respond Thu, 04 Dec 2025 02:21:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87697
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif komited untuk mentransformasikan belia negeri ini ke arah penguasaan kemahiran baharu khususnya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi digital.

Menterinya Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia adalah bagi melahirkan generasi muda yang berdikari serta berdaya saing.

Katanya, walaupun kementerian itu sering dianggap tidak signifikan oleh sesetengah pihak, namun hakikatnya ia memainkan peranan paling penting dalam membentuk masa depan negeri melalui pembangunan belia.

“Belia adalah masa depan Sabah. Sebab itu saya akan berusaha untuk mentransformasikan belia ini dengan kemahiran-kemahiran terkini, khususnya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi digital supaya mereka mampu berdikari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika mengadakan lawatan hari pertama di pejabatnya di sini pada Rabu.

Nizam berkata, pendekatan kementerian adalah dengan memberi bimbingan dan hala tuju kepada anak muda sebelum membuka ruang untuk mereka bergerak sendiri sebagai usahawan, pekerja mahir serta pencipta peluang pekerjaan.

“Kita mahu belia ini bukan hanya menunggu peluang, tetapi menjadi pencipta peluang. Mereka dipandu oleh kerajaan pada peringkat awal, dan selepas itu mereka bebas melangkah ke hadapan serta menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negeri,” katanya.

Beliau menegaskan, penguasaan teknologi digital, perniagaan dalam talian, serta kemahiran baharu berasaskan ekonomi moden adalah kunci kepada kelangsungan daya saing belia Sabah dalam menghadapi cabaran masa depan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sasaran untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Nizam berkata, Sabah meletakkan sasaran tinggi untuk berada dalam kelompok tiga negeri terbaik dalam temasya itu yang akan berlangsung tahun depan, selepas menamatkan saingan di kedudukan keenam pada edisi lalu.

Katanya, persiapan awal sedang giat dilaksanakan bagi memastikan pasukan negeri ini tampil lebih mantap, kompetitif dan mampu menyumbang lebih banyak pingat kepada Sabah.

“Insya-Allah kita akan berusaha sebaik mungkin supaya Sabah dapat menyediakan pasukan yang benar-benar mantap, atlet-atlet yang boleh diharapkan untuk menyumbang pingat dan meletakkan Sabah sebagai antara negeri pesaing,” katanya.

Menurut beliau, sasaran minimum yang diletakkan adalah untuk berada dalam kelompok lima terbaik, namun kepimpinan kementerian berharap Sabah mampu melonjak lebih jauh sehingga berada dalam kedudukan tiga teratas.

“Tahun lalu kita berada di kedudukan keenam. Mudah-mudahan pada penyertaan akan datang, di bawah kepimpinan baharu ini, kita dapat meningkatkan prestasi dan berada dalam kelompok top five atau top three,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/04/belia-sabah-perlu-kuasai-kemahiran-baharu-untuk-lebih-berdaya-saing/feed/ 0 87697