Norway – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 05 Oct 2026 12:36:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Norway – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masidi terima kunjungan syarikat Norway, teroka peluang pelaburan sektor tenaga https://sabahmedia.com/2026/10/05/masidi-terima-kunjungan-syarikat-norway-teroka-peluang-pelaburan-sektor-tenaga/ https://sabahmedia.com/2026/10/05/masidi-terima-kunjungan-syarikat-norway-teroka-peluang-pelaburan-sektor-tenaga/#respond Mon, 05 Oct 2026 12:36:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104795
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, menerima kunjungan hormat daripada EInnovation dan EPlugd dari Norway yang diketuai Presidennya, Evald Holstad, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Pertemuan itu membincangkan potensi kerjasama dan prospek pelaburan di Sabah, khususnya dalam sektor minyak dan gas serta aktiviti hiliran berkaitan.

Masidi berkata, Sabah sentiasa terbuka kepada pelaburan berkualiti tinggi yang mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri, selain mewujudkan peluang ekonomi, memperkukuh rantaian bekalan tempatan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Evald Holstad dan rombongan atas kunjungan berkenaan yang membuka ruang untuk memperkukuh hubungan antara Sabah dan Norway, selain meneroka potensi baharu dalam sektor tenaga.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kewangan I, Datuk Ben Chong; Ketua Pegawai Eksekutif TAS Institute Oil and Gas, Datuk Willie Ng; Ketua Pegawai Korporat dan OGSE SMJE, Terry Biusing, serta wakil berkaitan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/05/masidi-terima-kunjungan-syarikat-norway-teroka-peluang-pelaburan-sektor-tenaga/feed/ 0 104795
Norway Berminat Dalam Sektor Pengeluaran Tenaga Boleh Diperbaharui Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/19/norway-berminat-dalam-sektor-pengeluaran-tenaga-boleh-diperbaharui-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/19/norway-berminat-dalam-sektor-pengeluaran-tenaga-boleh-diperbaharui-di-sabah/#respond Wed, 19 Jan 2022 09:14:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11296
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh Norway dalam sektor pengeluaran tenaga boleh diperbaharui di Sabah ataupun sektor tenaga hijau.

“Norway terkenal dengan keupayaannya dalam pengeluaran tenaga yang boleh diperbaharui menggunakan teknologi terkini,” kata Hajiji semasa menerima menerima kunjungan daripada Duta Norway ke Malaysia, Morten Paulsen di Menara Kinabalu dekat sini, hari ini. (19 Jan)

Hajiji berkata, pertemuan ini memberikan lebih banyak ruang untuk membincangkan dengan lebih mendalam beberapa perkara penting antaranya kerjasama dua hala, peluang pelaburan di Sabah serta kerjasama strategik khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ataupun sektor tenaga hijau.

“Agenda pengurusan dan pembangunan tenaga lestari merupakan salah satu pelan strategik di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kerajaan Negeri Sabah akan terus meneroka lebih banyak peluang hasil kerjasama sebegini untuk membuka lebih banyak potensi negeri,” katanya.

Rombongan Norway telah berada di Sabah selama lebih seminggu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa Sabah (SIBES) 2022 , mereka juga turut menyatakan kagum dengan alam semulajadi di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/19/norway-berminat-dalam-sektor-pengeluaran-tenaga-boleh-diperbaharui-di-sabah/feed/ 0 11296