Nrdc ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 09 Oct 2024 12:30:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Nrdc ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan https://sabahmedia.com/2024/10/09/ndrc-ums-perkukuh-pengurusan-bencana-bersama-pihak-berkuasa-tempatan/ https://sabahmedia.com/2024/10/09/ndrc-ums-perkukuh-pengurusan-bencana-bersama-pihak-berkuasa-tempatan/#respond Wed, 09 Oct 2024 06:33:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61930
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam pengurusan bencana dengan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Kota Belud, baru-baru ini. 

Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus berkata, antara intipati perbincangan bersama Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton adalah mengenai fungsi, peranan dan beberapa penyelidikan seperti gempa bumi, banjir dan hakisan pantai yang dijalankan oleh pusat berkenaan. 

Katanya, aktiviti Makmal Hidup Bencana Alam Melangkap (MaHBAM) di daerah itu telah dilancarkan pada 30 April lalu serta pembentukan Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Bencana Melangkap telah dibentuk melibatkan wakil daripada komuniti lima buah kampung di Melangkap Baru, Melangkap Tiong, Melangkap Tomis, Melangkap Kapa dan Melangkap Noriou. 

“Jawatankuasa Task Force Bencana Alam Melangkap merupakan yang pertama ditubuhkan di Sabah. Tujuannya untuk melatih komuniti agar lebih bersiap-siaga dan berdayatahan terhadap bencana.

“Pasukan task force komuniti yang telah dibentuk ini akan bertindak serta-merta sekiranya berlaku sebarang bencana di kawasan mereka sementara menunggu bantuan daripada agensi penyelamat,” katanya.

Sementara itu Peter Jiton menyambut baik usaha yang dijalankan oleh pihak NDRC UMS dan berharap agar pusat tersebut bekerjasama dengan pengurusan bencana daerah melalui sumbangan khidmat nasihat dan kepakaran, penyelidikan, penganjuran Program Kesedaran Awam Bencana Alam atau Seminar Bencana Alam di Kota Belud.

“Kepakaran para penyelidik dari institusi akademik seperti NDRC UMS ini penting sebagai input dalam pengurusan bencana peringkat daerah Kota Belud dalam usaha untuk mengurangkan impak bencana alam seterusnya memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya. 

Turut hadir dalam kunjungan tersebut, Ketua Kluster Hakisan Pantai dan Sungai NDRC UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ejria Saleh; Pegawai Penyelidik NDRC UMS Eldawaty Madran serta Penolong Pegawai Daerah Kota Belud (Pembangunan), Sabdali Yusof. 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/09/ndrc-ums-perkukuh-pengurusan-bencana-bersama-pihak-berkuasa-tempatan/feed/ 0 61930
NDRC UMS mahu terus perkukuh kerjasama pengurusan bencana bersama Kerajaan Negeri  https://sabahmedia.com/2024/08/08/ndrc-ums-mahu-terus-perkukuh-kerjasama-pengurusan-bencana-bersama-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/08/08/ndrc-ums-mahu-terus-perkukuh-kerjasama-pengurusan-bencana-bersama-kerajaan-negeri/#respond Thu, 08 Aug 2024 05:18:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58711
Read Time:2 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mahu terus memperkukuhkan lagi kerjasama bersama kerajaan negeri Sabah dalam aspek pengurusan bencana khususnya di negeri ini. 

Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus berkata, kerjasama tersebut khususnya adalah bagi perkongsian maklumat, penyelidikan mahupun perkhidmatan sebagai membantu agensi kerajaan negeri dalam mengurus dan menangani bencana alam.  

“Melalui kerjasama berterusan ini, NDRC mampu memainkan peranan sebagai titik pertemuan untuk semua keperluan berkaitan pengurusan bencana alam di negeri ini.

“Ini termasuk penyelidikan, perkhidmatan kepakaran dan perundingan yang berkaitan dengan bencana alam, sama ada di dalam negeri atau luar Sabah,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena kunjungan hormat NDRC UMS ke Pejabat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Carolyn berkata, dalam kunjungan tersebut, NDRC telah berkongsi mengenai fungsi, peranan serta beberapa penyelidikan yang telah dilakukan oleh pusat berkenaan antaranya dalam bidang gempa bumi, banjir, hakisan pantai serta perkongsian mengenai Pangkalan Data Bencana Alam.

“Beberapa isu kritikal turut dibincangkan seperti bencana alam yang sedang berlaku di Sabah pada masa kini, serta cadangan kerjasama dalam pengurusan bencana yang lebih berpusat dan bersepadu antara kerajaan negeri dan NDRC UMS, khususnya dari pihak akademia dalam usaha untuk mengurangkan impak bencana.

“Hasil pertemuan ini juga mendapat maklum balas positif dari Ketua Menteri sendiri yang menyambut baik usaha yang telah dijalankan oleh pihak NDRC UMS terutamanya dalam penyelidikan dan pengurusan bencana negara,” katanya. 

Beliau menambah, Ketua Menteri turut menyatakan harapan agar NDRC dapat bekerjasama dengan pengurusan bencana negeri melalui penglibatan dalam Disaster Command Centre yang akan diwujudkan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). 

“Ini termasuk menyumbang khidmat kepakaran yang berkaitan dengan pengurusan bencana, seperti Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sabah, di bawah Jabatan Ketua Menteri.

“Ketua Menteri turut menghargai sumbangan kepakaran penyelidik dari institusi akademik seperti NDRC UMS yang dilihat amat penting sebagai input dalam membantu membuat keputusan dalam aspek pembangunan yang secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan pengurusan bencana yang berlaku di peringkat negeri,” katanya. 

Antara delegasi NDRC UMS yang turut serta dalam kunjungan hormat tersebut Ketua Kluster Hakisan Pantai dan Sungai, Prof. Madya Ts. Dr. Ejria Saleh; Ketua Kluster Gempa Bumi, Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith; Ketua Kluster Banjir, Dr. Janice Lynn Ayog dan Pegawai Penyelidik NDRC, Eldawaty Madran.

Hadir sama Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag. Shaminan Datuk Haji Ag. Sahari dan Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Effendi Mohamed Sunoh.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/08/ndrc-ums-mahu-terus-perkukuh-kerjasama-pengurusan-bencana-bersama-kerajaan-negeri/feed/ 0 58711