Ntw sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 28 Jun 2024 10:05:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ntw sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 NTW mampu meningkatkan kemahiran tenaga kerja di Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/28/ntw-mampu-meningkatkan-kemahiran-tenaga-kerja-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/06/28/ntw-mampu-meningkatkan-kemahiran-tenaga-kerja-di-sabah/#respond Fri, 28 Jun 2024 10:05:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56644
Read Time:2 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Pelaksanaan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) adalah seiring dengan komitmen kerajaan negeri untuk memperkasa dan memperkukuh pusat latihan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja separa mahir, mahir dan berpengetahuan bagi memenuhi keperluan pelabur di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, untuk mencapai matlamat itu kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp boleh dilaksanakan dalam beberapa cara untuk memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat selain bertujuan memberi kemudahan latihan kemahiran kepada rakyat negara ini

“Antaranya, memperkenalkan lebih banyak kursus latihan yang relevan dengan keperluan industri semasa dan masa depan di negeri ini. Selain itu, membangunkan program latihan yang disesuaikan untuk pekerja separa mahir dan program ini boleh merangkumi latihan praktikal di tempat kerja.

“Kita juga boleh memperluaskan akses kepada latihan melalui platform pembelajaran dalam talian. Ini akan membolehkan lebih ramai rakyat, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, untuk mendapat akses kepada peluang latihan yang berkualiti tanpa perlu meninggalkan kawasan mereka.

“Oleh itu, bagi merealisasikan semua inisiatif ini, kerjasama rapat dengan KESUMA dan HRD Corp adalah sangat penting. Saya berharap NTW ini dapat dilaksanakan setiap tahun manakala latihan atau program kemahiran terus diperkukuhkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan NTW 2024 peringkat negeri Sabah di Kompleks Jabatan Penjara Negeri Sabah, di sini hari ini 

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Arif.

Dalam pada itu, Hajiji berkata dengan sokongan KESUMA dan HRD Corp serta pihak yang berkaitan, kempen kesedaran yang lebih meluas untuk menggalakkan lebih ramai rakyat mengambil bahagian dalam program latihan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Kerajaan negeri Sabah komited dalam usaha membudayakan pembelajaran sepanjang hayat sesuai dengan objektif Minggu Latihan Kebangsaan dianjurkan.

“Saya amat berbangga dengan inisiatif ini kerana setiap lapisan masyarakat dapat diberi peluang untuk menambah pengetahuan khususnya dengan kerjasama Jabatan Penjara Negeri Sabah,” katanya.

Mengenai majlis itu, Hajiji berkata sebanyak 450 program percuma yang ditawarkan di Sabah sempena NTW 2024 seperti sesi latihan, bengkel, dan seminar khusus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan rakyat Sabah.

“Oleh itu, NTW 2024 adalah platform terbaik untuk memperkenalkan semua inisiatif ini kepada rakyat di negeri ini. Dengan adanya pengenalan terhadap program latihan yang komprehensif dan inklusif seperti yang ditawarkan di NTW, kita mampu melahirkan generasi pekerja yang bukan sahaja mahir tetapi juga berdaya saing di peringkat global.

“Marilah kita bersama-sama menyokong NTW 2024 dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang hayat sebagai tunjang utama dalam perjalanan kita menuju kejayaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/28/ntw-mampu-meningkatkan-kemahiran-tenaga-kerja-di-sabah/feed/ 0 56644
Masyarakat dipelawa sertai kursus percuma NTW https://sabahmedia.com/2024/06/01/masyarakat-dipelawa-sertai-kursus-percuma-ntw/ https://sabahmedia.com/2024/06/01/masyarakat-dipelawa-sertai-kursus-percuma-ntw/#respond Sat, 01 Jun 2024 04:37:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55367
Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai khususnya di luar bandar dipelawa untuk menyertai pelbagai kursus percuma yang ditawarkan menerusi portal ‘National Training Week’ (NTW).

Ketua Pegawai Strategi Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Dr. Rony A. Jubilee berkata, NTW dianjurkan oleh HRD Corp di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Katanya, antara penganjuran program itu adalah bertujuan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Bagi pembukaan sesi 2024, NTW bermula pada 24 sehingga 30 Jun dan diharapkan lebih ramai masyarakat khususnya dari luar bandar turut mengikuti kursus latihan yang dianjurkan.

“Tujuan utamanya adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat tidak mengira umur, status, bekerja, sedang belajar atau yang telah bersara mendapatkan latihan dalam pelbagai bidang.

“Latihan-latihan tersebut sama ada berbentuk teknikal mahupun dalam bentuk kemahiran hidup yang membolehkan mereka menambah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan secara percuma,” katanya. 

Terdapat lebih daripada 15,000 kursus percuma ditawarkan dalam portal NTW yang memberi tumpuan kepada lima bidang utama iaitu kemahiran hidup (pembangunan peribadi dan pencapaian diri), kreativiti dan inovasi (muzik, seni budaya dan pendidikan kreatif) serta kewangan (bank, insurans, pelaburan dan teknologi kewangan).

Selain itu, NTW turut memberi tumpuan kepada kemahiran masa depan (STEM, TVET, digitalisasi, kecerdasan buatan, dan kejuruteraan mesin) serta pembangunan mampan melibatkan alam sekitar, kesamarataan, pembangunan dan kemakmuran.

Rony ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di Kompleks Komunikasi di sini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/01/masyarakat-dipelawa-sertai-kursus-percuma-ntw/feed/ 0 55367