Nurkhadijah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Apr 2026 12:26:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Nurkhadijah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nurkhadijah Husna raih emas Recurve Wanita https://sabahmedia.com/2026/04/21/nurkhadijah-husna-raih-emas-recurve-wanita/ https://sabahmedia.com/2026/04/21/nurkhadijah-husna-raih-emas-recurve-wanita/#respond Tue, 21 Apr 2026 12:24:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95293
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Pelajar berusia 13 tahun, Nurkhadijah Husna Budiman dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inanam berjaya menewaskan tiga peserta senior sekali gus merangkul pingat emas acara Recurve Wanita Kategori 2 pada Kejohanan Sirkit Para Memanah Kebangsaan Siri 1.

Kejayaan itu lebih membanggakan apabila Nurkhadijah hanya mengambil masa kurang daripada setahun untuk menguasai kemahiran memanah selepas mendapat dorongan daripada Pakar Perubatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth, Dr Thor Ju An.

Pada kejohanan yang berlangsung dari 14 hingga 18 April 2026 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu, atlet muda berkenaan membuktikan kemampuannya bersaing di peringkat lebih tinggi meskipun berdepan pencabar lebih berpengalaman.

Pasukan memanah para Sabah.

Sementara itu, pasukan memanah para Sabah yang diwakili 12 atlet dalam acara recurve dan compound lelaki serta wanita turut mencatat prestasi cemerlang apabila membawa pulang lima pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.

Pasukan itu dibimbing Ketua Jurulatih, Paul Leong, bersama jurulatih Elaine Van dan Mohamad Naqiyuddin Mohamad Nadzri serta dibantu tiga pegawai anak panah.

Kejohanan anjuran bersama Allianz, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia itu menghimpunkan 72 peserta dari 11 negeri.

Bagaimanapun, pingat tidak ditawarkan bagi pusingan kelayakan, sekali gus menyaksikan Sabah berpotensi menambah dua lagi emas, satu perak dan satu gangsa.

Sebagai persiapan menghadapi kejohanan kebangsaan kedua yang dijadualkan pada Jun depan serta temasya SUKMA XXII Selangor 2026 pada September, beberapa penambahbaikan kecil akan dilakukan bagi memperkukuh pasukan.

Ringkasan pemenang pingat:

Kategori 1

Emas

  • Recurve Lelaki Berpasukan: Charlie Jikulis & Fredoline Modius
  • Compound Lelaki Berpasukan: Mohd Fakrul Azam Roslen & Arthur Sinabil
  • Recurve Berpasukan Campuran: Charlie Jikulis & Suzillah Saunin
  • Compound Lelaki Individu: Arthur Sinabil
  • Recurve Lelaki Individu: Fredoline Modius

Perak

  • Compound Wanita Berpasukan: Lidwina Isidore Andilah & Nurizzati Zahidah Hasanudin
  • Compound Berpasukan Campuran: Mohd Fakrul Azam Roslen & Lidwina Isidore Andilah
  • Compound Wanita Individu: Lidwina Isidore Andilah

Gangsa

  • Compound Lelaki Individu: Mohd Faizal Abdullah
  • Recurve Lelaki Individu: Charlie Jikulis

Kategori 2

Emas

  • Recurve Wanita: Nurkhadijah Husna Budiman
]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/21/nurkhadijah-husna-raih-emas-recurve-wanita/feed/ 0 95293