OGSE – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Feb 2026 07:50:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png OGSE – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Generasi profesional baharu diseru rebut peluang perkukuh industri OGSE Sabah https://sabahmedia.com/2026/02/14/generasi-profesional-baharu-diseru-rebut-peluang-perkukuh-industri-ogse-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/02/14/generasi-profesional-baharu-diseru-rebut-peluang-perkukuh-industri-ogse-sabah/#respond Sat, 14 Feb 2026 07:50:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91650
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Seramai 53 graduan generasi profesional baharu diseru merebut setiap peluang untuk memperkukuh kemahiran dan membina kecekapan sebenar bagi memacu pertumbuhan industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Sabah.

Seruan itu disampaikan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh pembantu Menteri Kewangan Datuk Mohd Ishak Ayub pada Majlis Konvokesyen Ke-12 TAS Institute of Oil & Gas, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, hari konvokesyen bukan sekadar penerimaan sijil, sebaliknya mencerminkan komitmen jangka panjang institut berkenaan dalam melatih anak tempatan, selari dengan keutamaan Kerajaan Negeri Sabah yang melihat sektor minyak dan gas sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi serta penciptaan pekerjaan berkualiti.

Menurutnya, kerjasama kukuh antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS menjadi titik perubahan penting apabila ia membuka ruang lebih luas kepada syarikat Sabah untuk berkembang, di samping memberi fokus terhadap pembangunan bakat tempatan.

“Kepada generasi profesional baharu, anda perlu bersedia bekerja keras dan menimba pengalaman sebenar. Rebut setiap peluang untuk belajar di tempat kerja, terus memperkukuh kemahiran dan membina kecekapan melalui pengalaman. Negeri ini mengharapkan anda menjadi tenaga kerja mahir, boleh dipercayai dan diyakini sebagai pemacu utama industri OGSE serta pertumbuhan jangka panjang Sabah,” katanya.

Beliau berkata, Sabah kini merupakan pengeluar minyak mentah terbesar di Malaysia dan berada pada kedudukan strategik untuk menerajui fasa pertumbuhan tenaga seterusnya susulan peningkatan aktiviti luar pesisir serta pembangunan di perairan lebih dalam.

Sehubungan itu, katanya, industri memerlukan lebih ramai tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi yang mengutamakan keselamatan, dengan latihan memenuhi piawaian antarabangsa serta selaras keperluan industri.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada TAS Institute dan anak syarikatnya, SEQU-TAS Offshore Safety yang memulakan latihan kepada anak tempatan lebih awal sebelum ia menjadi dasar rasmi, sekali gus membantu ramai graduan daripada keluarga B40 meningkatkan taraf hidup.

Masidi turut mengumumkan sokongan penuh Kerajaan Negeri terhadap penganjuran OGSE Sabah Conference yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Jun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Persidangan sulung itu dianjurkan oleh Sabah Oil and Gas Services Council dan Persatuan Kontraktor Petroleum Bumiputera Sabah bagi meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam kontrak OGSE.

Menurutnya, pada tahun 2025, pemilikan kontrak oleh syarikat Sabah mencatat rekod hampir 40 peratus dan kerajaan menyasarkan peningkatan kepada 60 peratus menjelang 2026 melalui kerjasama erat semua pihak termasuk PAC dan OPU.

Beliau turut menghargai peranan Sabah Local Content Council yang dipengerusikan oleh SMJ Energy atas penubuhan Industry Joint Task Force yang diterajui ConocoPhillips bagi memperkukuh keupayaan teknikal, kepimpinan dan kesiapsiagaan bakat industri OGSE Sabah.

Sejak penubuhannya, TAS Institute telah melahirkan lebih 2,000 graduan mahir dalam bidang minyak dan gas yang kini menyumbang di Sabah dan seluruh negara.

Masidi berkata, kerajaan negeri menggalakkan institut itu terus mempercepat momentum melatih bakat berkualiti tinggi sehingga diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan industri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/14/generasi-profesional-baharu-diseru-rebut-peluang-perkukuh-industri-ogse-sabah/feed/ 0 91650
OGSE Sabah 2026 perkasa sektor perkhidmatan minyak dan gas tempatan https://sabahmedia.com/2026/01/13/ogse-sabah-2026-perkasa-sektor-perkhidmatan-minyak-dan-gas-tempatan/ https://sabahmedia.com/2026/01/13/ogse-sabah-2026-perkasa-sektor-perkhidmatan-minyak-dan-gas-tempatan/#respond Tue, 13 Jan 2026 10:22:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89662
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Sabah Oil and Gas Services Council (SOGSC) bersama Persatuan Kontraktor Petroleum Bumiputera Sabah (PKPBS) akan melancarkan secara rasmi Persidangan dan Pameran Perkhidmatan serta Peralatan Minyak dan Gas Sabah 2026 (OGSE Sabah 2026) bagi memperkukuh penglibatan pemain tempatan dalam rantaian bekalan industri minyak dan gas Sabah.

Perhimpunan industri yang dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 6 Jun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu bertujuan mempercepat pembangunan kandungan tempatan serta meningkatkan keupayaan penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas tempatan.

Program berkenaan selari dengan visi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, untuk memperkasa pemain industri tempatan dan membuka peluang kerjasama strategik serta pertumbuhan mampan.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, dan disaksikan wakil pemain industri utama termasuk Petronas, ConocoPhillips, Hess Malaysia, Hibiscus Malaysia dan SMJ Energy.

Maklumat lanjut berkaitan acara dan penyertaan akan diumumkan oleh penganjur melalui saluran rasmi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/13/ogse-sabah-2026-perkasa-sektor-perkhidmatan-minyak-dan-gas-tempatan/feed/ 0 89662
Rakyat Sabah diseru ambil peluang manfaat daripada OGSE https://sabahmedia.com/2024/09/28/rakyat-sabah-diseru-ambil-peluang-manfaat-daripada-ogse/ https://sabahmedia.com/2024/09/28/rakyat-sabah-diseru-ambil-peluang-manfaat-daripada-ogse/#respond Sat, 28 Sep 2024 08:01:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61363
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah mempunyai peluang keemasan untuk mendapat manfaat daripada Industri Perkhidmatan serta Peralatan Minyak & Gas (OGSE) kerana negeri itu bakal menjadi pusat kuasa OGSE melalui usaha kerjasama strategik dengan Petronas, melalui syarikat minyak dan gasnya, SMJ Energy Sdn Bhd.

Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi SMJ Energy, Datuk Seri Masidi Manjun, menggesa rakyat Sabah merentasi semua latar belakang sosio-ekonomi untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang berkembang pesat dalam industri OGSE.

“Inilah masanya untuk bakat tempatan meningkatkan, sama ada dengan memulakan perniagaan OGSE mereka sendiri atau menyertai syarikat tempatan sedia ada selama bertahun-tahun, rakyat Sabah telah meminta lebih banyak peluang dalam minyak dan gas; kini adalah masa untuk merealisasikannya,” katanya .

Pengarah Eksekutif OGSE dan Korporat SMJ Energy, Terry Biusing, menggariskan peranan kritikal SMJ Energy dalam memudahkan usaha ini, menunjukkan kejayaan kerjasama antara Negeri, Petronas dan pemain OGSE tempatan.

“Sinergi antara Negeri, Petronas dan pemain OGSE tempatan telah mewujudkan persekitaran yang rancak untuk pertumbuhan ekonomi, dan kami sudah melihat lebih banyak syarikat tempatan berkembang dan dianugerahkan kontrak OGSE,” katanya.

Sejak menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial antara kerajaan negeri dan PETRONAS pada Disember 2021, syarikat OGSE Sabah menyaksikan peningkatan hasil sebanyak 38% dari 2022 hingga 2023, memperoleh pekerjaan bernilai RM780 juta di Sabah, dengan hasil keseluruhan RM1.5 bilion untuk perkhidmatan yang diberikan di seluruh Malaysia.

Bilangan syarikat tempatan yang aktif telah melonjak sebanyak 58%, dengan 125 syarikat kini menerajui dalam menyediakan perkhidmatan OGSE di Sabah.

Kerja asas yang ditubuhkan pada 2023 dijangka menghasilkan manfaat yang ketara pada 2024, dengan unjuran pendapatan untuk syarikat OGSE Sabah dijangka meningkat dua kali ganda.

Sabah Local Content Council yang terdiri daripada wakil semua Operator Minyak & Gas di Sabah, persatuan industri OGSE Sabah (SOGSC dan PKPBS) dan wakil dari PETRONAS dan Negeri Sabah, dengan Terry Biusing sebagai Pengerusi telah ditubuhkan pada Mei untuk terus memacu penyertaan kontraktor tempatan dalam OGSE di bawah tajaan kerajaan Negeri.

Dengan SMJ Energy mendahului dan disokong penuh kedua-dua negeri Sabah dan PETRONAS, industri OGSE di Sabah bersedia untuk memasuki era baru pengembangan, merebut peluang untuk meningkatkan keupayaan dan menembusi pasaran baharu di dalam dan luar negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/28/rakyat-sabah-diseru-ambil-peluang-manfaat-daripada-ogse/feed/ 0 61363