OKU Ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Dec 2025 09:53:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png OKU Ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rina santuni 80 golongan istimewa, perkukuh kebajikan OKU di Ranau https://sabahmedia.com/2025/12/18/rina-santuni-80-golongan-istimewa-perkukuh-kebajikan-oku-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2025/12/18/rina-santuni-80-golongan-istimewa-perkukuh-kebajikan-oku-di-ranau/#respond Thu, 18 Dec 2025 09:53:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88532
Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Seramai 80 anak-anak istimewa dan orang kurang upaya (OKU) di daerah ini menerima kunjungan daripada Pembantu Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal menerusi Program Kunjungan Kasih ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau, di sini pada Rabu.

Menurut Rina, program berkenaan bertujuan memastikan kebajikan serta pembangunan golongan istimewa terus diberi perhatian, khususnya di peringkat komuniti, selaras dengan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, kunjungan itu bukan sahaja memberi sokongan moral kepada pelatih dan keluarga, malah turut berperanan memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan negeri, pengurusan PPDK dan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pemulihan.

“Kerajaan negeri sentiasa komited memastikan golongan OKU tidak tercicir daripada arus pembangunan dan terus mendapat sokongan sewajarnya agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya.

Pada majlis sama, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan MUTIARA-GRS masing-masing menyumbangkan bantuan kewangan berjumlah RM1,000 kepada PPDK Ranau bagi menyokong pelaksanaan aktiviti serta keperluan pusat berkenaan.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua merangkap Pengerusi Biro Kebajikan MUTIARA-GRS, Datin Seri Linda Ewit; Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Datin Seri Datuk Dr. Nuinda Alias; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS), Asri Jais; serta Pengerusi PPDK Ranau, Jabay Surugau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/18/rina-santuni-80-golongan-istimewa-perkukuh-kebajikan-oku-di-ranau/feed/ 0 88532